TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Hadis : Kitab Riyad us Solihin

PENGUMUMAN

Kami sedang dalam proses akhir menyiapkan atur huruf terjemahan kitab Nuzhatul Muttaqin, syarah Riyadus Solihin, kitab kumpulan hadis yang tidak asing lagi karangan Imam Nawawi, terjemahan Us TMSTI. InsyaAllah, kami akan mula siarkan dalam masa yang terdekat. Terjemahan kitab ini akan disiarkan secara besiri, saperti pelajaran Maqaasid as-Syariah al-Islamiyyah yang sudah pun bermula. Kami akan mulakan dengan "Kitab Pada Menyatakan Perkara - Perkara Yang Dilarang". Sama-sama kita ambil manafaat dari terjemahan ini, insyaAllah.

Labels: ,

Pakistanis rally after air raid on school
Tuesday 31 October 2006

Pervez Musharraf, Pakistan's president, has said that the 80 people killed in a air raid on a religious school near the Afghan border were all undergoing military training.

Qazi Hussain Ahmed, a Pakistani political leader, said he would lead a convoy of cars from the northwestern city of Peshawar to Khar and Chingai in protest on Tuesday. "They killed 80 teenagers who were students of the Quran," Ahmed said. "This is a very cruel joint-activity [between the US and Musharraf governments]."

"They were militants doing military training. We were watching them for the last six or seven days - we knew exactly who they are, what they are doing," Musharraf told a security conference in Islamabad on Tuesday.

"They were all militants using weapons doing military training within the compound."

Almost 10,000 Pakistanis attended protests held in Khar, the main town in the northwestern tribal Bajaur district, where military helicopters fired five missiles into an Islamic religious school, known as a madrasa, on Monday.

As loudspeakers broadcast songs in the local Pashto language, protesters gathered in a field to denounce what they described as an attack that killed innocent students and teachers.

Addressing the rally, Maulana Roohul Amin, a local Islamic cleric, said: "We will continue our jihad. We will take revenge for the blood of our martyrs. "The infidels are trying to erase us from existence."

Scores of pro-government tribal police were deployed throughout Bajaur, blocking roads with large rocks in an attempt to prevent political activists and journalists reaching Khar and Chingai, a local government official said.

Resignations

Many local politicians and regional cabinet ministers have resigned in protest over the attack.

"Islamabad is acting against its own citizens who profess loyalty, promise to maintain peace and to eliminate foreign militants," a Pakistan daily, The Nation, said in an editorial column.

Ali Dayan Hasan, a representative for Human Rights Watch, accused Pakistani authorities of "persistent use of excessive and disproportionate force in pursuing counter-terror operations".

The planned signing of a peace deal between tribal leaders and the military was cancelled in response to the air strike.

The attack led to claims of US collusion with Pakistan in attacking and destroying the madrasa.

Pakistani and US military officials have denied American involvement in the attack, which occurred 3km from the Afghan border, saying it was purely a Pakistani operation.

Terrorist links

Among those killed was Liaqat Hussain, a fugitive cleric who ran the attacked madrasa.

The raid was carried out after Hussain rejected government warnings to stop using the school as a training camp for fighters heading to Afghanistan, the military said.

Faqir Mohammed, who Pakistan also described as a 'terrorist', left the madrasa 30 minutes before the strike, intelligence officials said. Aljazeera + Agencies.

Labels: , ,

Maqasid : 1.2 - Tujuan di Sebalik Pensyariatan

Bab 1 - Maqasid Syariah

مقاصد الشريعة الإسلامية

1 .2 Tujuan di Sebalik Pensyariatan

Telah pun makruf di kalangan para ulamak bahawa adanya tujuan di sebalik pensyariatan. Kesemua hukum-hukum Syariah adalah disyariatkan untuk kemaslahatan manusia, samada lambat atau cepat. Kemaslahatan yang lambat ialah kemaslahatan ukhrawi iaitu dengan mendapat syurga yang kekal abadi dan dilepaskan daripada neraka dan azabnya. Kemaslahatan yang cepat pula ialah kemaslahatan duniawi. Dan hukum-hukum syarak hanyalah alat untuk mencapai tujuan tersebut.

Tidak ada satu pun daripada keseluruhan hukum-hukum syarak yang pensyariatannya adalah sia-sia (tanpa tujuan). Di mana sahaja adanya hukum syarak, maka di situ wujudlah kemaslahatan yang ingin dicapai atau kemudharatan yang ingin ditolak dan dijauhi. Mencapai kebaikan atau kemaslahatan dan menolak keburukan atau kemudharatan adalah tujuan bagi setiap hukum syarak. Dakwaan ini mestilah didirikan dalil bagi melihat kebenaran atau kepalsuannya.

Di sini, kami tidaklah ingin membentangkan keseluruhan dalil bagi masalah ini. Ini kerana perkara yang sudah pun makruf tidaklah perlu diperkenalkan lagi. Walau bagaimanapun, kami ingin bentangkan beberapa dalil kepada orang yang baru belajar, supaya mereka mengetahui hakikat ini.

Dalil pertama: Firman Allah SWT: Dan tidak Kami utuskanmu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Surah al-Anbiya’: 107). Perkataan “rahmat” itu mengandungi maksud memelihara dan menghasilkan maslahah-maslahah dan menolak mafsadah-mafsadah (keburukan).

Dalil kedua: Sesiapa yang mengkaji ayat-ayat suci al-Qur’an dan hadis-hadis Nabawi, sudah tentu dia akan dapati bahawa di mana sahaja ada perintah (suruhan), maka di situ wujudnya maslahah dan di mana sahaja ada larangan, maka di situ wujudnya mafsadah. Sebagai contoh kita lihat ayat-ayat suci di bawah:

1- Dalam bab solat, Allah SWT berfirman: Sesungguhnya solat itu boleh mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. (Surah al-Ankabut: 45)

2- Dalam bab puasa, Allah SWT berfirman: Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, semoga kamu (sentiasa) bertaqwa. (Surah al-Baqarah: 183)

3- Dalan bab qisas, Allah SWT berfirman: Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) kehidupan bagi kamu. (Surah al-Baqarah: 179)

4- Dalam bab keizinan berperang, Allah SWT berfirman: Telah diizinkan (berperang) bagi orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telahpun dizalimi. (Surah al-Haj: 39)

5- Dalam bab taqwa, Allah SWT berfirman: Dan bertaqwalah kepada Allah, semoga kamu (sentiasa) berjaya. (Surah al-Baqarah: 189)

Ini adalah sebahagian daripada ayat-ayat suci al-Qur’anul Karim yang menunjukkan bahawa adanya tujuan di sebalik pensyariatan. Kerana inilah Syeikhul Maqasid Imam as-Syatibi menyatakan bahawa kita tidak mampu membilang setiap tujuan daripada setiap perincian hukum daripada al-Qur’an dan as-Sunnah. Ini kerana setiap hukum ada tujuannya. Inilah natijahnya jika kita mengkaji tujuan bagi setiap hukum secara terperinci (tafsili).

Dan jika kita mengkaji tujuan pensyariatan secara umum (ijmali), kita akan dapati banyak ayat-ayat suci al-Qur’an dan Hadis-hadis Nabawi yang menyebutnya. Antaranya ialah firman-firman Allah SWT dalam ayat-ayat berikut:

1- Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. (Surah az-Zariyat: 56)

2- Tuhan yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji, siapakah di kalangan kamu yang lebih baik amalannya. (Surah al-Mulk: 2)

3- (Kami utuskan) para rasul yang membawa berita gembira dan dan memberi peringatan supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. (Surah an-Nisa’: 165)

4- Dan Kami turunkan daripada al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman…(Surah al-Isra’: 82)

Ini adalah sebahagian kecil daripada contoh-contoh yang diambil daripada ayat suci al-Qur’anul Karim. Contoh yang kami utarakan ini hanyalah hikmah dalam setiap suruhan melalui ayat-ayat suci al-Qur’anul Karim. Kami belum dan tidak ingin memberikan contoh hikmah daripada larangan-larangan daripada ayat-ayat suci al-Qur’an. Dan kami juga tidak mahu mengutarakan contoh dengan hadis-hadis Nabawi, kerana meringkaskan perbicaraan ini. Ini kerana tujuan kami hanyalah ingin memberikan sedikit pengenalan mengenai ilmu Maqasid Syariah sahaja.

Dalil ketiga: Pensyariatan adalah undang-undang ketetapan Allah SWT. Kalaulah akal kita tidak dapat menerima sesuatu undang-undang ciptaan manusia jika ia dibuat tanpa sebarang tujuan, maka lebih-lebih lagilah akal kita tidak dapat menerima Syariat Allah Yang Maha Bijaksana ini kosong daripada sebarang tujuan. Maka jelaslah bahawa Syariat Allah SWT datang dengan adanya tujuan iaitu menarik kemaslahatan dan menolak keburukan (mafsadah).

Dalil keempat: Firman Allah SWT: Dialah yang menciptakan semua yang ada di bumi untuk kamu. (Surah al-Baqarah: 29) Allah SWT menciptakan alam ini untuk kemaslahatan kita, begitu juga dengan SyariatNya. SyariatNya datang untuk kebaikan kita iaitu dengan menarik manfaat (kebaikan) atau menolak mafsadah atau kedua-duanya sekali.

Dalil kelima: Telah sepakat para ulamak muslimin di atas perkara ini. Berkata Imam al-Razi: “Telah berlaku ijmak bahawa Syariat ini ialah maslahah-maslahah”. Berkata Imam as-Syatibi: “Pensyariat (Allah SWT) telah meletakkan Syariat ini dengan mengambil kira kemaslahatan-kemaslahatan dengan sepakat ulamak di atas perkara ini”. Beliau juga ada menyebut: “Dan telah berlaku ijmak, secara umumnya bahawa Pensyariat (Allah SWT) mensyariatkan taklif-taklif ini untuk tujuan kemaslahatan”.

Cuma, sebagai satu peringatan, bahawa kesemua kemaslahatan yang ada pada hukum-hukum syarak ini merupakan satu pemberian daripada Allah SWT kepada para hambaNya. Ini kerana Allah SWT Yang Maha Kaya tidaklah memerlukan kemaslahatan-kemaslahatan tersebut untuk zatNya. Maka jelaslah daripada perbincangan ini, perlunya kita kembali kepada ajaran dan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Syariat Islam. Ini kerana setiap hukum yang disyariatkan itu tentulah bertujuan untuk kemaslahatan kita, samada kita mengetahui kemaslahatan tersebut atau tidak. Janganlah kita terpedaya dengan orang yang menganggap bahawa berpegang dengan hukum-hukum Islam boleh membawa kita ke belakang. Ini kerana mereka sebenarnya masih belum mengetahui dan memahami hikmat pensyariatan Syariat Islam. Boleh jadi juga kekufuran yang ada di hati mereka yang menyebabkan mereka menolak hukum-hukum agama dan menentangnya. Semoga kita terselamat daripada fitnah itu.

Tulisan: Tuan Mohd Sapuan bin Tuan Ismail. Sarjana Muda Shariah & Pengajian Islam, Universiti Mu’tah, Jordan. Se290604M

Labels: ,

Tokoh : Imam as-Syatibi

Syeikhul Maqasid, Imam as-Syatibi

Beliau ialah Abu Ishaq, Ibrahim bin Musa. Seorang ulamak dari barat dan bermazhab Maliki. Antara kitab karangan beliau ialah al-Muwafaqat dan al-I’tisoam. Dalam kitab al-Muwafaqat, beliau menulis berkenaan ilmu Maqasid Syariah dan kitabnya ini menjadi rujukan kepada seluruh ulamak yang ingin mendalami tentang ilmu Maqasid Syariah. Kitab al-I’tisoam pula membicarakan tentang bid’ah dan keburukannya. Kitab ini merupakan rujukan terbesar dalam bab memerangi bid’ah. Beliau menghadapi banyak cabaran dan celaan kerana memerangi bid’ah, tetapi beliau tetap dengan kebenaran menegakkan sunnah. Beliau menganggap kebinasaan yang dihadapi dalam mengamalkan sunnah merupakan kejayaan dan beliau bergantung sepenuhnya kepada Allah kerananya dan menganggap manusia sedikit pun tidak mampu memperkayakan dirinya daripada Allah. Beliau tidak menganggap berdoa selepas solat secara berkumpulan sebagai sunnah. Meninggal pada tahun 790H/1388M.

Labels:

Maqasid : 1.1 - Mengenali Maqasid Syariah

Saperti yang dijanjikan, tasekpauh blogspot memulakan pelajaran Maqaasid as-Syariah al-Islamiyyah susunan Us TMSTI dengan artikal partama "Mengenali Maqasid Syariah". Pelajaran ini kurang dikenali menyentuh antaranya tujuan pensyariatan, apa erti maslahah & mafsadah, maqasid mukallaf, perkaitan antara maqasid syariah dan maqasid mukallaf, dsbnya. Kami berharap tulisan Us TMSTI menambah pendedahan dan kefahaman masyarakat tentang Maqaasid as-Syariah al-Islamiyyah. Kami akan susuli dengan artikal seterusnya, dan insyaAllah kami juga akan jilidkan apabila keseluruhan artikal disiarkan - zy.


Bab 1 - Maqasid Syariah

مقاصد الشريعة الإسلامية

1 .1 Mengenali Maqasid Syariah

Mengenali Maqasid Syariah merupakan satu perkara yang amat berharga bagi seorang muslim yang menyayangi agamanya. Orang yang mengenali Maqasid Syariah akan terpegun dengan keindahan agamanya dan kesempurnaannya. Mengenalinya juga merupakan syarat penting untuk berijtihad. Sayangnya, ramai umat Islam sendiri tidak mengetahui mengenainya, bahkan ada yang belum pernah mendengarnya.

Dari sini, saya akan berusaha menulis beberapa artikel ringkas untuk memperkenalkan ilmu Maqasid Syariah ini. Tujuan saya hanyalah untuk memperkenalkan ilmu ini, dan bukanlah untuk membincangkannya secara mendalam. Perbincangan mendalam mengenainya memerlukan kepada seorang ulamak yang sangat hebat dan juga buku-buku yang tebal dan bukannya artikel-artikel ringkas dan terbatas ini. Semoga dengan artikel-arikel ini, kita dapat mengenali ilmu Maqasid Syariah dan ia menjadi langkah pertama ke arah mempelajari dan memperdalami ilmu ini, serta menjadikannya sebagai pencetus pemikiran kreatif, kemajuan dan kejayaan yang lebih besar bagi kita dan umat Islam seluruhnya.

Saya tidaklah mengetahui apakah kalimah yang paling tepat dalam bahasa Melayu untuk diterjemahkan kepada kalimah maqasid. Tambahan lagi, terdapat banyak kalimah dalam bahasa arab yang agak sama maksudnya dengan kalimah maqasid, seperti kalimah al-illah, al-munasabah, al-ghard, al-hikmah dan juga al-ma’na. Dan dalam artikel-artikel ini, kami akan maknakan maqasid Syariah sebagai tujuan pensyariatan ataupun hikmat pensyariatan.

Ulamak-ulamak terdahulu yang membincangkan tentang maqasid tidak pun mentakrifkan maksud maqasid. Bahkan, Syeikhul Maqasid, Imam as-Syatibi[1] sendiri tidak pun memberikan takrifan khas mengenainya. Boleh jadi, sebab kenapa mereka tidak mentakrifkan maqasid adalah kerana perkara ini sudah pun makruf di kalangan mereka. Lagi pun Imam Syatibi sendiri pernah mengingatkan bahawa “tidak sesuai bagi yang ingin melihat dan meneliti kitabnya al-Muwafaqat (yang menjadi asas rujukan ilmu ini) melainkan orang yang benar-benar mahir mengenai ilmu Syariah, dari segi usulnya (asas fiqh) dan cabangnya (hukum-hakam fiqh), manqulnya (Qur’an dan Hadis) dan ma’qulnya (kefahaman terhadap keduanya), dan mereka yang tidak tenggelam dalam kegelapan taqlid dan taksub mazhab”.

Beberapa ulamak sekarang cuba mentakrifkan makna maqasid. Dr. Ahmad ar-Raisuniyy[2] telah mentakrifkannya sebagai:“Maqasid Syariah (tujuan pensyariatan) ialah tujuan (sebenar) yang ingin dihasilkan bagi ketetapan hukum Syarak (dengan tujuan) untuk kemaslahatan manusia”. Terdapat beberapa kalimah lain yang digunakan untuk menunjukkan makna maqasid, antaranya ialah “al-illah”, “al-munasabah” dan “al-hikmah”. Cumanya, kalimah “al-hikmah” adalah lebih banyak digunakan untuk menunjukkan erti maqasid. Kerana ini kita boleh juga terjemahkan maqasid Syariah sebagai “Hikmat Pensyariatan” atau “Tujuan Pensyariatan”.

Sebagai tambahan, saya akan menerangkan sedikit penggunaan kalimah-kalimah tersebut di kalangan ulamak. Adapun “al-illah”, maka ia adalah satu sifat yang zahir dan tetap yang mana dengan sebabnyalah diasaskan sesuatu hukum. Sebagai contoh, hikmat pensyariatan qasar solat ketika musafir adalah untuk menolak masyaqqah (kesusahan). Illah harus qasar pula ialah musafir. Ini kerana pada pandangan mujtahid, masyaqqah bukanlah satu sifat yang zahir dan ia bukanlah satu sifat yang tetap yang mana ia boleh berubah mengikut individu dan keadaan.

Untuk menjelaskan lagi perkara ini, saya kemukakan satu contoh. Sebuah keluarga keluar bermusafir. Mereka terdiri daripada seorang bapa, seorang ibu yang sedang sarat mengandung, seorang anak perempuan yang berumur enam tahun dan seorang anak lelaki remaja. Kesusahan yang ditanggung oleh si ibu mungkin lebih besar berbanding bapa dan anak remaja. Kerana inilah dikatakan kesusahan itu bukan satu sifat yang tetap. Ia boleh berubah-ubah mengikut kekuatan individu. Tambahan lagi, hanya inbdividu terbabit yang benar-benar mengetahui tahap dan kadar kesusahannya. Kerana ini, “al-hikmah” (iaitu “kesusahan” dalam contoh ini) tidak boleh dijadikan asas hukum. Ini kerana hukum menjadi tidak konsisten, kerana dalam masalah ini, mungkin si ibu sahaja yang diharuskan qasar solat, dan tidak bagi yang lain. Tambahan lagi, tahap “kesusahan” yang bagaimanakah yang diharuskan qasar?

Kerana inilah para fuqaha’ tidak mengasaskan hukum berdasarkan “al-hikmah”, sebaliknya diasaskan dengan “al-illah”. Dan “al-illah” dalam contoh ini ialah musafir. Setiap daripada mereka adalah dianggap bermusafir, kerana inilah mereka semua diharuskan qasar solat. Musafir dikatakan illah kerana ia satu sifat yang zahir dan tetap untuk semua orang. Setiap orang yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain yang jauh dianggap sebagai bermusafir, samada mempunyai masyaqqah atau pun tidak. Sesuatu hukum diasaskan kepada illah. Jika ada illah, maka adalah hukum dan begitulah sebaliknya, (jika tiada illah, maka tiadalah hukum tersebut). Kerana inilah harus bagi yang bermusafir menqasarkan solatnya, sekalipun dengan kapal terbang, kerana ada illah, tetapi tidak harus bagi yang bermuqim qasar solat, sekalipun keletihan kerana tiada padanya illah. Dan bagi illah itu, beberapa syarat yang kami tidaklah ingin bincangkannya di sini.

Untuk memahami “al-munasabah” pula, kita perlu memahami dahulu “al-hikmah” dan “al-illah”. Hikmah harus qasar solat ketika musafir ialah untuk menolak masyaqqah (kesusahan), dan illahnya pula ialah musafir. Musafir dikatakan sebagai “al-illah”, kerana musafirlah yang menyebabkan masyaqqah. Perkaitan antara “al-illah” dengan “al-hikmah” inilah dinamakan sebagai “al-munasabah”. Jadi, “al-munasabah” ialah mencari illah yang betul-betul boleh menimbulkan “al-hikmah”. Terdapat pelbagai jenis “al-munasabah” yang disebutkan oleh para ulamak usul fiqh, dan kami tidaklah berhasrat membincangkannya di sini.

الحكمة هي المعنى المقصود من شرع الحكم, وهي المصلحة التي قصد الشارع بتشريع الحكم لجلب مصلحة أو دفع مفسدة أو لهما معا. والعلة هي الوصف الظاهر المنضبط الذي بنى عليه الحكم وربط به وجودا وعدما لأنها مظنة تحقيق المصلحة المقصودة من تشريع الحكم. والمناسبة هي رعاية المصلحة. والمقاصد الشريعة هي الغايات التي وضعت الشريعة لأجل تحقيقها لمصلحة العباد.

Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail. Sarjana Muda Shariah & Pengajian Islam Univ. Mu’tah, Jordan. J120705H30072004M


[1] Beliau ialah Abu Ishaq, Ibrahim bin Musa. Seorang ulamak dari barat dan bermazhab Maliki. Antara kitab karangan beliau ialah al-Muwafaqat dan al-I’tisoam. Dalam kitab al-Muwafaqat, beliau menulis berkenaan ilmu Maqasid Syariah dan kitabnya ini menjadi rujukan kepada seluruh ulamak yang ingin mendalami tentang ilmu Maqasid Syariah. Kitab al-I’tisoam pula membicarakan tentang bid’ah dan keburukannya. Kitab ini merupakan rujukan terbesar dalam bab memerangi bid’ah. Beliau menghadapi banyak cabaran dan celaan kerana memerangi bid’ah, tetapi beliau tetap dengan kebenaran menegakkan sunnah. Beliau menganggap kebinasaan yang dihadapi dalam mengamalkan sunnah merupakan kejayaan dan beliau bergantung sepenuhnya kepada Allah kerananya dan menganggap manusia sedikit pun tidak mampu memperkayakan dirinya daripada Allah. Beliau tidak menganggap berdoa selepas solat secara berkumpulan sebagai sunnah. Meninggal pada tahun 790H/1388M.

[2] Beliau adalah seorang Sarjana Maghribi dan judul asal bukunya ini ialah “Nazariyyatul Maqasid Indal Imam as-Syatibi. Bukunya ini diterbitkan oleh The International Institute Of Islamic Thought yang berpusat di Virginia, Amerika Syarikat. Edisi pertamanya adalah pada tahun 1411H/1990M.

Labels: ,

Ibadah : Wirid terbaik adalah cara Nabi saw

Sebaik-baik wirid adalah yang warid dari Nabi saw, bersendirian dgn suara rendah dan tidak disunatkan berjamaah.

Wirid yang terbaik adalah yang warid daripada Nabi s.a.w. meninggalkan wirid Nabi dan menggantikannya dengan yang lain adalah amalan yang kurang bijak. Kebaikan dan kelebihan itu berada pada mengikut sunnah nabi s.a.w. Dan tidak disunatkan berjemaah dalam berwirid, bahkan adalah lebih elok wirid bersendirian dengan suara yang perlahan. Apatah lagi jika ada jemaah yang sedang bersembahyang, maka perlu diperlahankan kerana dibimbangi mengganggu mereka. Pernah satu kali Rasulullah s.a.w. beriktikaf di masjid, dan baginda mendengar suara bacaan (Qur'an/zikir) yang nyaring, lalu baginda bersabda: "Kamu semuakan sedang bermunajat dengan Tuhan, maka kerana itu janganlah salah seorang daripada kamu menyakiti oang lain (dengan munajatnya itu), dan janganlah kamu mengangkatkat suara dalam bacaan kamu". Walau bagaimanapun, diharuskan mengangkat suara dengan berwirid, untuk mengajar para makmum dengan wirid. Kerana itulah wirid nabi yang perlu dibaca. Ibnu Abbas menyatakan bahawa mengangkatkan suara dengan berzikir sesudah selesai solat fardhu memang ada pada zaman Nabi s.a.w. Dan aku mengetahui yang mana mereka telahpun selesai bersolat bila aku mendengar (zikir nyaring) tersebut. Hadis-hadis tersebut adalah seperti di bawah:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخدري قَالَ اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ فِي الصَّلَاةِ. رَوَاهُ أَحْمَدُ وَأَبُوْ دَاوُدَ.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّهُ عَنْهُمَا, أَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. وَقَالَ: كُنْتُ أَعْلَمُ إِذَا انْصَرَفُوا بِذَلِكَ إِذَا سَمِعْتُهُ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.

Labels: ,

Ibadah : Beberapa kesilapan imam solat.

Beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh Imam dalam solat.

I Kesilapan Sebelum Bersolat.

1- Menganggap menjadi imam itu sebagai kemegahan, yang akhirnya menghilangkan sifat keikhlasan dalam beribadat.

2- Membaca "Usolli" (lafaz niat) dengan nyaring. Rasulullah s.a.w. tidaklah membaca "Usolli" sebelum bersembahyang. Bacaan "Usolli" itu disunatkan oleh sesetengah ulamak untuk membantu memudahkan niat. Jika tidak kerana demikian, sunnah Rasulullah s.a.w. adalah lebih utama untuk diikuti. Lagipun tidak ada seorang ulamak pun yang menyunatkan supaya dinyaringkan bacaan tersebut, samada dia adalah seorang imam ataupun makmum.

3- Terlalu lama untuk bertakbir "Takbiratul Ihram" kerana sibuk dengan bacaan-bacaan yang tidak ada pun nas daripada sunnah Nabi s.a.w. supaya dibacanya seperti surah an-Nas, "Basmalah", "Istiazah" dsbgnya.

4- Tidak memperbetulkan saf makmum sebelum bertakbir.


II Kesilapan Dalam Solat

1- Terlalu cepat dalam melakukan pergerakan sembahyang, menyebabkan makmum tidak dapat mengikut imam dengan baik.

2- Menyaringkan bacaan pada tempat yang tidak disunatkan nyaring. Perkara ini sering berlaku, melainkan kepada orang yang dipelihara oleh Allah.

3- Membaca ayat atau surah terlalu panjang pada keadaan yang tidak mengizinkan, seperti ketika ada kecemasan dsbgnya., atau membaca ayat terlalu pendek. Surah yang pendek adalah lebih baik daripada satu ayat yang terlalu pendek.


III Kesilapan Selepas Solat.

1- Menyaringkan bacaan doa "Allahumma inni as'aluka ridhoka…" ketika memberi salam.

2- Menganggap bahawa masih wujud ikutan antara makmum dan imam selepas salam.

3- Menjadikan bacaan yang tidak warid daripada sunnah Nabi s.a.w. sebagai wirid dan menyaringkannya, sedangkan wirid yang sunnah diabaikannya. Seperti membaca bersama "Ilahi lastuli firdausi ahla…", “Yaa amanna khaa ifiin….”, imam menyebut al-Fatihah, dsbgnya.

4- Menyaringkan wirid pada keadaan yang tidak digalakkan menyaringkannya, apatah lagi jika masih ada lagi makmum masbuq yang sedang bersembahyang atau yang bersembahyang sunat.

5- Menentukan aturan doa yang sama sahaja untuk setiap kali lepas sembahyang, sedangkan banyak lagi doa yang warid daripada Rasulullah s.a.w. diabaikannya.

6- Menganggap sebagai sunnah Nabi apa yang diamalkan oleh masyarakat sekarang dengan bahawa wirid sembahyang mestilah berakhir dengan seorang imam membacakan doa dan diaminkan oleh para makmum.


Petikan dari artikal "Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam" oleh Us TMSTI yang akan disiarkan dalam masa yang terdekat, insyaAllah - zy.

Labels: ,

Maqasid : Islam Sentiasa Relevan

Bagaimanakah syariah Islam yang ditentukan Allah sentiasa relevan? Apakah tujuan syariah Islam? Artikal ini merupakan pengenalan kepada Maqaasid as-Syarii`ah al-Islaamiyyah, satu tajuk mengenai kefahaman tujuan syariah Islam yang ditentukan Allah kepada setiap mukallaff. Ia memberi kefahaman awal kepada pembaca tentang tujuan diturunkan syariat, dan InsyaAllah kami akan menyusuli dengan artikal maqasid secara perinci selepas artikal pengenalan ini.

Bagaimana Syariah Islam Sentiasa Relevan?

مقاصد الشريعة الإسلامية

Sesungguhnya Syariah Islam adalah Syariah terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT kepada umat manusia. Perutusan tersebut adalah melalui RasulNya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Syariah ini adalah perundangan yang kekal untuk semua masa dan tempat.

Kebelakangan ini, seruan yang mengajak ke arah mengenepikan Syariah makin mendapat sambutan.. Ini kerana, mereka menganggap bahawa Syariah Islam yang disyariatkan sejak seribu empat ratus tahun yang lampau sudah tidak relevan lagi pada zaman sains dan teknologi ini. Dakwaan ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan bahawa zaman sudah berubah dan sentiasa berubah, dan Syariah pula statik dan tidak berubah, kerana itu mengamalkan Syariah bererti kembali ke arah kemunduran dan ke belakang. Dan seruan untuk kembali mengamalkan Syariah bererti seruan mengajak manusia ke arah kemunduran. Syariah juga dikatakan sesuai untuk memajukan masyarakat Arab jahiliyyah pada satu abad yang lampau dan bukannya umat moden sejagat. Adakah dakwaan ini benar?

Sebagai muslim sudah tentu kita menolak dakwaan ini. Kita menolak dakwaan ini bukanlah kerana taksubkan dengan Syariah Islam yang kita anuti ini, tetapi kerana realiti fakta yang sebenar adalah bercanggah dengan kenyataan dan dakwaan tersebut. Untuk menolak dakwaan ini, kita mestilah dahulu memperkenalkan Syariah dan ciri-cirinya yang membolehkan ia sentiasa relevan pada setiap masa, tempat dan keadaan.

Syariah adalah undang-undang yang disyariatkan Allah kepada makhluknya melalui al-Qur’an dan juga as-Sunnah. Ciri-ciri utama Syariah adalah berbeza dengan mana-mana undang ciptaan manusia, kerana itulah Syariah kekal istimewa dan relevan. Antara ciri-ciri tersebut ialah:-

Pertama: Syariah adalah datang daripada Allah.

Sumber perundangan Syariah Islam adalah daripada Allah SWT. Ia merupakan wahyu Ilahi yang disampaikan kepada manusia melalui RasulNya Nabi Muhammad s.a.w. Ciri inilah yang jelas membezakan antara Syariah dengan mana-mana perundangan ciptaan manusia. Ini kerana undang-undang yang lain, sekalipun yang paling terbaru, ia tetap ciptaan manusia, manakala Syariah pula adalah datang daripada Pencipta manusia itu sendiri, Yang Maha Mengetahui tentang situasi dan keperluan yang terbaik untuk manusia. Antara natijah daripada perbezaan sumber dua perundangan ini ialah:-

Pertama: Asas Syariah dan hukum hakamnya itu bebas daripada sebarang kezaliman, kekurangan dan menurut hawa nafsu (iaitu tidak berpandukan akal yang rasional). Ini kerana Allah SWT bersifat dengan sifat yang sangat sempurna dan Dia adalah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Manakala mana-mana perundangan ciptaan manusia tidak akan terlepas daripada unsur-unsur tersebut, kerana memang manusia tidak akan terlepas daripada kejahilan (sekalipun kajian berterusan dan menyeluruh) dan juga kekurangan. Sebagai satu contoh, Syariah Islam menganggap bahawa manusia hanyalah sama sahaja, dan perbezaan warna kulit dan keturunan tidaklah mempunyai apa-apa keistimewaan. Kemulian yang sebenar terletak pada ketaqwaan kepada Allah SWT, iaitu Pencipta mereka semua. Asas ini mampu menyatukan masyarakat, kerana mereka akan berlumba mentaati Allah SWT, dan bukannya mementingkan diri dan bangsa sendiri sahaja. Kerana asas inilah, Syariah Islam mampu menyatukan qabilah-qabilah arab yang terkenal dengan sikap membezakan etnik. Tetapi perundangan ciptaan manusia tidak mampu menyatukan hati pelbagai kaum dan etnik yang berpecah, kerana ia tidak akan sunyi dari sudut teori atau praktikal atau kedua-duanya sekali daripada unsur pilih kasih dan warna.

Kedua: Wujudnya perasaan hebat, hormat dan kagum terhadap Syariah di hati kaum muslimin, samada golongan pemerintah atau rakyat jelata. Ini kerana mereka semua mengetahui bahawa Syariah ini adalah daripada Allah SWT. Mereka semua perlu akur dengan perintah Allah SWT yang berbunyi: "Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki yang beriman dan juga perempuan, bilamana Allah dan RasulNya tetapkan sesuatu ketetapan, ada bagi mereka pilihan yang lain. Dan sesiapa sahaja yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata". Surah al-Ahzab, ayat 36. Mereka semua akur dan faham bahawa melaksanakan syariah adalah ibadat yang wajib mereka laksanakan untuk mendekatkan diri mereka dengan Allah SWT, sebagaimana mereka juga yakin bahawa pelaksanaan Syariah Allah merupakan pelaksanaan terhadap perundangan yang paling adil untuk mereka dan yang paling mampu untuk menghalang sebarang kezaliman dan kebatilan. Di lubuk hati mereka juga ada perasaan bahawa Allah SWT sentiasa memerhatikan mereka, samada mereka melaksanakan Syariah ini atau tidak.

Sebagai contoh, bila turunnya ayat pengharaman arak iaitu ayat 90, Surah al-Ma'idah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sesunguhnya arak, judi, (berkorban untuk) berhala, bertenung nasib dengan anak panah adalah perkara keji yang termasuk dalam perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu semoga kamu beruntung", para muslimin berlumba-lumba membuang arak mereka, bahkan mereka memecahkan bekas-bakas arak supaya tiada walau setitik arak yang berbaki. Sesungguhnya perkataan "jauhilah" itu memberikan kesan yang begitu hebat terhadap mereka.

Berbeza dengan perundangan pengharaman arak yang dilaksanakan di Amerika sekitar tahun 1930, di mana mereka telah menggunakan segala kemudahan yang ada untuk memberitahu tentang keburukannya. Mereka telah menghabiskan 65 juta dolar Amerika, dan mencetak sembilan ribu juta helaian kertas untuk menyatakan keburukan arak dan hukuman yang akan dikenakan terhadap penjual, pembeli dan pembekal arak. Sehingga awal 1933, mereka telah membunuh 200 orang dan memenjarakan lebih kurang setengah juta orang dan mendenda mereka dengan jutaan ringgit, namun undang-undang ini tidak mampu menyekat rakyat mereka daripada terus meminum arak. Akhirnya kegagalan ini membawa mereka kepada membuang undang-undang pengharaman arak tersebut[1]. Inilah perbezaannya antara Syariah Islam dan perundangan ciptaan manusia.

Kedua: Balasan Dan Hukuman Dalam Syariah Adalah Duniawi Dan Ukhrawi

Syariah Islam mempunyai persamaan dengan perundangan manusia dengan bahawa kedua-duanya mengenakan tindakan terhadap para pesalah, bezanya adalah Syariah Islam lebih menyeluruh kerana asas Syariah itu sendiri dan juga kerana wujudnya balasan di akhirat. Bahkan asal bagi hukuman dalam Syariah adalah berbentuk ukhrawi, namun Syariah Islam tidak melupakan realiti kehidupan bahawa untuk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan masyarakat dunia ini, perlunya wujud balasan berbentuk duniawi. Kerana inilah wujudnya hukuman qisas, hudud, takzir, denda kewangan dan gantian kebendaan dalam Syariah Islam.

Balasan akhirat ini dikenakan ke atas setiap perlanggaran hukum Syariah, samada dalam bab ibadat, muamalat, munakahat dan juga jinayat. Kesan daripada wujudnya balasan ukhrawi ini menyebabkan seorang muslim yang sejati akan mematuhi hukum-hakam Syariah secara rela hati samada semasa terlindung dan juga terang-terangan, bahkan jika dia mampu untuk lari daripada hukuman keduniaan sekalipun, dia tetap tidak melanggari hukum-hakam Syariah kerana takutkan azab Allah SWT di akhirat. Dan jika mereka begitu lalai sehingga mereka melanggari hukum-hakam tersebut, meraka akan kembali bertaubat dan menyesali perbuatan tersebut. Kerana inilah ada seorang perempuan yang berzina sanggup pergi berjumpa Rasulullah s.a.w. supaya dijatuhkan hukuman rejam ke atasnya kerana menyesali dengan perlanggarannya terhadap hukum Syariah. Dan perkara ini tidak terdapat dalam perundangan ciptaan manusia. Para muslimin akan mentaati perintah Syariah samada kerana hormatnya terhadap peraturannya atau juga kerana bimbangkan azab yang akan menimpanya di akhirat. Inilah asas Syariah yang ditanam dalam jiwa kaum muslimin, sebagaimana firman Allah SWT: "Pada hari yang mana tiap-tiap diri mendapati segala kebajikannya dikemukakan, dan (begitu jugalah) setiap kejahatan. Ia ingin kalaulah kiranya antaranya dan antara hari itu masih terdapat masa yang jauh, dan Allah memperingatkan kamu dengan diriNya (seksaNya)…". Surah Ali Imran, ayat 30.

Satu perkara lagi yang membezakan antara kedua-dua perundangan ini, hasil daripada wujudnya balasan ukhrawi ialah ganjaran kepada individu yang mentaati perundangan. Dalam perundangan ciptaan manusia, inidividu yang mematuhi peraturan tidaklah diberikan ganjaran, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja, tetapi semua pesalah akan dikenakan tindakan. Manakala dalam Syariah Islam, individu yang mematuhi hukum-hakam Syariah akan diberikan ganjaran yang berlipat ganda di akhirat sebagai penghargaan di atas kesungguhannya mematuhi hukum-hakam tersebut. Ini menambahkaan lagi kekuatan kepada mereka untuk mematuhi Syariah. Firman Allah SWT: "Sesiapa yang menerjakan kebaikan walau sebesar zarah sekalipun, nescaya mereka akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan keburukan sebesar zarah sekalipun, nescaya mereka (juga) akan melihat (balasan)nya". Surah az-Zalzalah, ayat 7 dan 8.

Ketiga: Syariah Bersifat Universal

Syariah Islam diturunkan untuk semua manusia dan semua tempat dan masa. Ia adalah Syariah yang kekal yang tidak boleh diganti atau dipinda dengan sebarang peraturan yang lain. Sifat Syariah yang sebegini memestikan bahawa asas dan hukum-hakamnya mampu memberikan kebaikan atau "maslahah" bagi semua manusia di semua tempat dan masa. Ia juga memestikan bahawa Syariah mampu memenuhi keperluan manusia dan tidak menyusahkan mereka dan menghalang mereka daripada mencapai kemajuan. Dan kesemua perkara ini sebenarnya wujud dalam prinsip-prinsip asas Syariah dan hukum-hakamnya. Ini kerana Allah SWT yang Maha Meliputi PengetahuanNya, yang mensyariatkan Syariat ini untuk setiap masa dan tempat telah mengatur prinsip-prinsip asas Syariah dan hukum-hakamnya supaya ia sentiasa relevan dengan setiap masa dan tempat. Dan perkara ini boleh dibuktikan dengan realiti Syariah, sumbernya, prinsip-prinsip asasnya dan juga hukum-hakamnya.

Dan di sini kami akan sebutkan secara ringkas perkara-perkara tersebut supaya apa yang kami sebutkan tadi lebih jelas dan dibuktikan kebenarannya dengan hujah dan dalil, dan bukan sekadar dakwaan yang kosong.

Dalil Pertama: Syariah Islam diasaskan di atas prinsip menghasilkan "maslahah" (kebaikan) dan menolak "mafsadah" (keburukan).

Sesungguhnya Syariah Islam tidak disyariatkan melainkan untuk memberikan kebaikan kepada manusia samada di dunia ataupun di akhirat. Kerana inilah para fuqaha sentiasa menyebutkan bahawa "Sesungguhnya Syariah Islam kesemuanya adalah "maslahah" , iaitu samada menghasilkan kebaikan atau menolak keburukan". Hakikat ini adalah satu perkara yang sentiasa wujud dalam Syariah dan boleh dijelaskan berdasarkan kepada nas-nas Syariah (al-Qur'an dan Hadis) dan juga hukum-hakamnya. Dan ia adalah sangat banyak dan tidak terhitung kerana asas ini terdapat pada keseluruhan Syariah. Tidak ada satu tuntutan dan suruhan dalam Syariah Islam melainkan untuk kepentingan dan kebaikan manusia, dan tidak ada satu larangan melainkan dengan tujuan mengelakkan mereka daripada bahaya dan keburukan. Antara dalil yang menunjukkan demikian ialah:

Pertama: Dalam menyatakan sebab penurunan al-Qur'an, Allah SWT berfirman: "Tidaklah Kami turunkan al-Qur'an itu untuk menyusahkan kamu".

Kedua: Dalam menyatakan sebab perutusan Nabi Muhammad s.a.w., Allah SWT berfirman: "Dan tidak kami utuskanmu wahai Muhammad, melainkan untuk "rahmat" bagi seluruh alam". Dan kalimah "rahmat" itu membawa erti menjaga kebaikan manusia dan mengelakkan mereka daripada keburukan.

Ketiga: Hukum-hakam Syariah semuanya disyariatkan dengan berhikmah dan "ta'lil" (bersebab) untuk menghasilkan "maslahah"dan menolak "mafsadah", supaya manusia mengetahui bahawa Syariah itu sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada mereka. Ia boleh dibuktikan berdasarkan kepada "istiqra’" (kaji selidik) yang menyeluruh kepada dalil-dalil Syarak (al-Qur’an dan al-Hadis). Nas-nas berkenaan dengan perkara ini adalah sangat banyak dan kami akan sebutkan sebahagian daripadanya sebagai contoh. Antaranya ialah seperti berikut:-

1- Dalam bab kewajiban beribadah, hikmahnya ialah untuk menghasilkan ketaqwaan kepada Allah SWT (Surah al-Baqarah: 21).

2- Dalam bab kewajiban bersolat, hikmahnya ialah untuk mengingati Allah SWT (Surah Toha: 14), menghapuskan dosa-dosa (Surah Hud: 114) dan juga mencegah perkara keji dan mungkar (Surah al-Ankabut: 45).

3- Dalam bab kewajiban berpuasa, hikmahnya ialah untuk menghasilkan ketaqwaan kepada Allah SWT (Surah al-Baqarah: 183).

4- Dalam bab kewajiban bertaqwa kepada Allah SWT, hikmahnya ialah untuk kejayaan manusia dunia dan akhirat. (Surah al-Baqarah: 189).

5- Dalam bab kewajiban melaksanakan qisas, hikmahnya ialah kelangsungan kehidupan manusia. (Surah al-Baqarah: 179).

6- Larangan berjudi dan meminum arak, ialah kerana ia boleh menimbulkan permusuhan sesama manusia dan melalaikan daripada mengingati Allah SWT dan bersolat. (Surah al-Ma'idah: 91).

7- Larangan mencela berhala, hikmahnya ialah kerana dibimbangi menjadi punca kepada pencelaan terhadap Allah SWT. (Surah al-An’am: 108).

8- Kewajiban berperang sekalipun tidak disukai, hikmahnya ialah untuk keharmonian di sebalik peperangan tersebut. (Surah al-Baqarah: 216).

Kesemua perkara yang disebutkan di atas dengan jelas menunjukkan bahawa hukum-hakam Syariah adalah untuk kemaslahatan manusia dan menolak mafsadah ke atas mereka. Prinsip inilah yang menjadikan Syariah Islam sentiasa relevan dan terbaik untuk setiap masa dan tempat.

Dalil kedua: Prinsip asas Syariah dan realiti hukum-hakamnya.

Hukum-hakam dalam Syariah terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama ialah hukum-hakam yang bersipat terperinci dan bahagian yang kedua ialah hukum hakam yang disyariatkan sebagai prinsip asas dan kaedah umum. Kedua-dua jenis hukum ini disyariatkan supaya sentiasa relevan dan terbaik untuk setiap masa dan tempat, sesuai dengan sipat asas Syariah yang bersipat universal.

Bahagian Pertama: Hukum-Hakam Yang Terperinci.

Hukum-hakam ini terdapat dalam bab aqidah, ibadat, akhlak dan sebahagian daripada hukum perhubungan sesama manusia. Aqidah yang menjadi tunjang asas kepada Syariah adalah satu perkara yang diperlukan oleh manusia pada semua masa. Kerana inilah asasnya diperincikan kerana ia adalah satu perkara yang tidak akan berubah. Keimanan kepada Allah SWT, RasulNya, hari akhirat dan sebagainnya tidaklah boleh berubah kerana ia adalah hakikat kebenaran yang tidak menerima sebarang perubahan.

Masalah-masalah ibadat pula ialah satu perkara yang menyusun peraturan perhubungan Tuhan dengan manusia. Kerana inilah caranya telah diperincikan oleh Syariah kerana ia adalah satu perkara yang diperlukan oleh manusia pada sepanjang zaman dan tidak diketahui caranya melainkan dengan keterangan daripada Syariah. Ini kerana ibadat merupakan keperluan manusia kepada Penciptanya, selain ia juga memberikan "maslahat" kepada individu dan masyarakat. Akhlak dan budi pekerti pula merupakan satu perkara yang sentiasa diperlukan untuk kebaikan dan kekuatan masyarakat dan kerana inilah ia juga antara perkara yang diperincikan. Begitu juga sebahagian daripada perhubungan antara sesama manusia juga telah diperincikan hukumnya. Contohnya seperti hukum-hakam kekeluargaan seperti nikah kahwin, hak penjagaan anak, perceraian, harta pusaka dan sebagainya. Tujuan perincian kepada perkara-perkara seperti ini adalah untuk menjaga kemaslahatan setiap individu dan juga masyarakat. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika tidak wujudnya hukum perkahwinan, perceraian dan sebagainya dalam masyarakat.

Pengharaman riba dalam sistem perhubungan kewangan sesama manusia juga termasuk dalam hukum yang terperinci demi menjaga "maslahah" individu dan juga masyarakat. Begitu juga hukuman-hukuman yang telah ditentukan oleh Syariah kepada para pesalah seperti orang yang murtad, pembunuh, penzina, pencuri, peminum dan sebagainya telah diperincikan demi menjaga kerukunan masyarakat. Dan kesemua hukum ini adalah diasaskan di atas kebaikan dan keadilan yang memang diperlukan oleh masyarakat manusia supaya mereka tidak hidup dalam kezaliman hukum rimba.

Bahagian Kedua: Hukum-Hakam Yang Bersipat Sebagai Asas Dan Prinsip

Jenis hukum yang kedua ini adalah hukum-hakam yang diasaskan sebagai prinsip asas dan kaedah umum yang fleksibel dengan keperluan kehidupan manusia. Antara contoh-contoh jenis hukum ini ialah seperti:

Pertama: Prinsip Syura. Islam sangat mementingkan prinsip permuafakatan bersama dalam kehidupan manusia. Walau bagaimanapun Islam tidaklah menetukan cara-cara tertentu yang terperinci dalam melaksanakan prinsip ini. Ini kerana ia boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan tempat, asalkan tidak lari dengan Syariah.

Kedua: Prinsip Keadilan. Islam sangat mementingkan keadilan bahkan telah menentukan sebahagian hukum yang terperinci ke arah perkara tersebut. Namun asas pelaksanaan keadilan tidaklah ditentukan kerana ia boleh berubah. Kerana ini, kalaulah keadilan akan lebih tertegak dengan wujudnya enakmen yang bertulis, atau beberapa peringkat mahkamah, atau memerlukan kepada lebih seorang hakim bagi sesuatu kes berat, atau memerlukan kepada badan yang mengkaji keadilan hakim, atau sebagainya, maka kesemua perkara ini adalah diharuskan dalam agama demi menegakkan keadilan. Kalaulah dalam menentukan harga barangan oleh pemerintah itu merupakan cara ke arah keadilan, maka ia juga diharuskan. Perlu diperingatkan bahawa menghukum pesalah dengan hukuman yang ditetapkan oleh Syariah adalah termasuk dalam hukum terperinci yang kita tidak diberi lagi pilihan untuk mengambil hukuman dan peraturan yang lain.

Ketiga: Prinsip Tidak Harus Memulakan Penindasan Dan Membalasnya. Dalam prinsip ini, tidak ada seorang pun harus untuk menganiai dirinya sendiri, apatah lagi individu lain. Atas prinsip ini, tidak harus bagi seseorang yang dibakar rumahnya (sebagai conth) untuk membakar rumah orang yang lain, kerana ia menambahkan lagi kekusutan dalam masyarakat, bahkan orang yang bertanggungjawab hendaklah membayar ganti rugi kepadanya selain dikenakan tindakan oleh pemerintah. Atas prinsip inilah, adanya hak "Syuf'ah" dalam Islam. Atas prinsip inilah, kerajaan perlu menetukan lesen-lesen untuk dikeluarkan kepada para penternak ayam dan sebagainya, kerana ia boleh menyakiti orang yang lain. Atas prinsip ini juga haramnya "ihtikar" iaitu sorok barangan jualan untuk menaikkan harganya.

Berdasarlan kenyataan ini semua, maka jelaslah bahawa dakwaan yang mengatakan Syariah Islam itu statik dan jumud adalah dakwaan yang tidak berasas dan merupakan fitnah kepada agama Allah SWT.

Dalil Ketiga: Sumber Perundangan Syariah.

Qur'an dan Sunnah (Hadis) yang merupakan sumber perundangan asli bagi Syariah telah datang dengan hukum-hakam yang mampu menagani setiap apa jua keadaan, yang membolehkan ia bersesuaian dengan setiap masa dan tempat, sebagaimana yang baru sahaja disebutkan tadi.

Manakala ijmak dan segala jenis ijtihad seperti "Qias", "Istihsan", "Maslahah Mursalah", "Sadduz Zaraie'", adalah sumber perundangan yang fleksibel yang didasarkan kepada sumber asli Syariah, iaitu Qur'an dan Hadis. Keseluruhan sumber untuk mengetahui dan mengeluarkan hukum Syariah ini membolehkan hukum-hakam Syariah menjawab setiap persoalan baru yang tidak disebutkan nas keterangan tentangnya secara nyata dalam sumber asli. Hukum-hakam yang dikeluarkan melalui ijtihad juga adalah hukum yang diiktibar oleh Syariah kerana ia didasarkan kepada sumber perundangannya yang asli, iaitu Qur'an dan Hadis. Kerana semua inilah Syariah akan sentiasa relevan bagi semua masa, tempat dan keadaan.

Keempat: Syariah Yang Syumul

Syariah Islam adalah Syariah atau perundangan yang mencakupi setiap aspek kehidupan manusia. Ia adalah perundangan yang menyatakan tentang hubungan manusia dengan dirinya, Penciptanya dan juga sesama mereka. Keseluruhan perjalanan kehidupan manusia tidak akan terkeluar dan terlepas daripada hukum-hakam Syariah.

Kesempurnaan hukum Syariah ini boleh kita bahagikan kepada tiga bahagian:-

Pertama: Hukum-hakam Syariah yang berkaitan dengan aqidah (kepercayaan) seperti prinsip "ketuhanan", "kenabian" dan juga "sam'iyyat" (perkara-perkara ghaib). Contohnya seperti keimanan kepada Allah, para Rasul, Kitab-kitab, hari akhirat dan sebagainya. Perkara-perkara ini dipelajari dalam ilmu "Tauhid".

Kedua: Hukum-hakam Syariah yang berkaitan dengan budi pekerti seperti, benar, amanah, menunaikan janji, menghormati orang lain dan sebagainya. Perkara-perkara ini dipelajari dalam ilmu "Akhlak".

Ketiga: Hukum-hakam berkaitan dengan keseluruhan perbuatan manusia. Ia dipelajari dan diperbahaskan dalam ilmu "Feqah".

Perbuatan-perbuatan manusia pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian.

Bahagian Pertama: Hukum-hakam "ibadat" seperti sembahyang, puasa, haji dan sebagainya. Ia adalah hukum-hakam yang menyusun perhubungan manusia dengan Penciptanya.

Bahagian Kedua: Hukum-hakam yang menyusun perhubungan manusia sesama mereka. Ia dipanggil sebagai "adat" atau juga "muamalat".

Bahagian ini merangkumi perkara-perkara berikut:-

Pertama: Hukum-hakam yang berkaitan dengan kekeluargaan, seperti nikah, cerai, nafkah, hak penjagaan anak, nasab dan sebagainya. Ia dipanggil sebagai "hukum kekeluargaan".

Kedua: Hukum-hakam yang berkaitan dengan hubungan kewangan seperti jual, beli, sewa, gadaian dan sebagainya. Ia dipanggil sebagai "muamalat".

Ketiga: Hukum-hakam yang berkaitan dengan pendakwaan dan hukuman. Ia adalah hukum yang berkaitan dengan kehakiman dan pengadilan.

Keempat: Hukum-hakam yang berkaitan dengan hubungan dengan bukan muslim, samada sesama rakyat senegara atau bukan muslim dengan kerajaan Islam.

Kelima: Hukum-hakam yang berkaitan dengan hubungan Negara Islam dengan Negara-negara yang lain, samada ketika aman atau perang.

Keenam: Hukum-hakam yang berkaitan dengan sistem pemerintahan Negara, pendidikan, hak-hak individu dalam Negara dan hubungannya dengan Negara lain.

Ketujuh: Hukum-hakam yang berkaitan dengan hasil mahsul Negara dan cara pengurusannya dan hubungan antara yang kaya dan miskin dalam sesebuah Negara.

Kelapan: Hukum-hakam yang berkaitan dengan ikatan kesalahan, denda dan hukuman terhadap individu berhubung dengan Negara.

Berdasarkan kepada keterangan ini, jelaslah kepada kita bahawa Islam adalah satu peraturan yang lengkap yang mampu menangani segala permasalahan kehidupan manusia. Janganlah kita tertipu dengan dakwaan bahawa Syariah hanyalah hubungan antara manusia dengan Tuhan Pencipta mereka sahaja, kerana ini adalah fitnah dan tuduhan yang bertujuan memburukkan Syariah, dan mengenepikan pelaksanaannya.

Kalaulah kita ingin membandingkan kesempurnaan perundangan Syariah dengan perundangan ciptaan manusia, kita akan dapati bahawa Syariah Islam adalah jauh lebih sempurna. Ini kerana persoalan akidah, akhlak dan ibadat tidak terdapat dalam sistem perundangan ciptaan manusia. Kesemua eleman tadi adalah satu perkara yang penting untuk yang boleh membentuk keharmonian manusia sejagat. Dalam masalah "muamalat" yang merupakan asas kepada perundangan ciptaan manusia, terdapat perbezaan yang jelas antaranya dan "muamalat" berasaskan Syariah. Ini kerana aspek akhlak merupakan satu eleman yang diwajibkan dalam "muamalat" Syariah. Kerana inilah, dalam bab kewangan sebagai contoh, Islam tetap mengharamkan riba, perniagaan arak dan judi kerana ia boleh menimbulkan keburukan kepada masyarakat, sekalipun menghasilkan keuntungan kewangan.

Persoalan halal dan haram juga merupakan asas "muamalat" Islam. Kerana inilah Syariah tetap mengharamkan perkara yang pada zahirnya adalah sah, jika pada hakikatnya adalah haram dan dilarang. Ini kerana hukum yang zahir tidaklah mengubah perkara yang haram kepada halal, dan begitulah sebaliknya. Kerana inilah tidaklah harus kepada seorang muslim melakukan satu perkara yang haram, sekalipun diharuskan di segi perundangan kehakiman. Dalam bab menjatuhkan hukuman dalam pendakwaan, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia. Dan kamu menjadikanku kata pemutus dalam pertelingkahan sesama kamu. Boleh jadi ada sebahagian kamu yang lebih pandai berhujah berbanding dengan yang lain, lalu aku bagikan kepadanya (menang dalam kes tersebut) berdasarkan kepada apa yang aku dengar (pada zahirnya, dan hakikat yang sebenar tidaklah diketahui). Maka sesiapa yang aku putuskan kepadanya daripada hak (kepunyaan) saudaranya (lawannya dalam pendakwaan), maka janganlah dia mengambilnya walau sedikitpun, (kerana) sebenarnya aku telah putuskan baginya satu keratan daripada api neraka". (Hadis riwayat Bukhari). Dan roh akhlak dan halal-haram ini tidak ada dalam sistem perundangan ciptaan manusia.

Sebagai penutup, kami ingin tegaskan di sini, bahawa kembali mengamalkan Syariah bererti kembali kepada ketamadunan manusia dan keadilan yang sebenar untuk kebaikan dan kepentingan manusia sejagat. Dan inilah yang kita diperintahkan. Menghalang pelaksanaan Syariah bukan sahaja dimurkai Allah SWT, bahkan bererti menyekat keadilan dan ketamadunan manusia serta mengajak manusia ke arah kecelakaan, kebinasaan dan membawa manusia ke arah kemunduran dan kezaliman. Semoga kita semua mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah SWT.

Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail. Sarjana Muda Syariah, Universiti Mu'tah, Jordan. 0136353463, tasekpauh@yahoo.com.my



[1] Sumber: al-Madkhal Li Dirasati as-Syariah al-Islamiyyah, karangan Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan, m/s 38. Cetakan ke 14, Muassasash Risalah, Beirut, 1417H.

Labels: ,

Ibadah : Azan Mengikut Syarak

Di setengah masjid atau surau di kalangan masyarakat kita, ada yang meninggal amalan azan atas sebab-sebab tertentu atau tanpa sebab yang munasabah. Peningggalan azan kerap berlaku terutama azan isyak apabila terdapat kuliah maghrib di masjid atau surau tersebut yang melangkaui masuk waktu isyak. Apakah pandangan terbaik mengikut sunnah terhadap amalan meninggalkan azan samaada atas sebab-sebab tertentu atau sebaliknya?

Kelebihan Azan Pada Pandangan Syarak

Azan ialah zikir yang digunakan untuk memberitahu masuknya waktu solat. Ia disyariatkan di Madinah al-Munawwarah pada tahun pertama hijrah. Para ilmuan Islam sangat menitik beratkan tentang masalah azan sehingggakan menjadi khilaf di kalangan mereka samada azan itu sunat muakkadah atau pun fardu kifayah.

Berkata Imam as-Syirazi di dalam kitabnya al-Muhazzab: “Pada menyatakan hukum azan dan iqamah. Bermula hukum kedua-duanya adalah sunat (muakkadah), dan ada juga dikalangan ulamak kita (yang bermazhab Syafie) yang menganggapnya adalah fardu kifayah. Maka jika berpakat ahli sesuatu negeri atau kawasan untuk meninggalkan kedua-duanya, maka mereka hendaklah diperangi. Ini kerana azan adalah sebahagian daripada syiar Islam, maka tidak harus mencuaikannya”. Berkata Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi pula (seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabya al-Kafi Fi Fiqhi Ibni Hanbal: “Azan itu disyariatkan umtuk sembahyang lima waktu dan tidak (disyariatkan untuk) sembahyaang-sembahyang yang lain. Ia adalah fardu kifayah kerana ia termasuk dalam syiar Islam yang jelas. Maka kerana inilah, jika sepakat penduduk sesuatu kawasan untuk meninggalkannya, maka mereka hendaklah diperangi kerananya (meninggalkannya)”.

Azan memang disyariatkan untuk setiap sembahyang fardu yang lima. Fonomena yang berlaku di sesetengah kawasan yang meninggalkan azan Isyak merupakan satu keadaan yang kurang elok pada pandangan Syarak. Tetapi mungkin hukum dan keadaan ini tidak disedari oleh sebahagian daripada kita. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila masuknya waktu sembahyang, maka hendaklah salah seorang daripada kamu (melaungkan) azan”. Riwayat Imam Bukari dan Muslim. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad pula, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada (satu kumpulan yang terdiri daripada) tiga orang di sesuatu kampung yang tidak azan dan tidak mendirikan solat berjamaah, melainkan mereka telah pun dikuasai oleh syaitan”.

Fadilat atau kelebihan azan sangatlah banyak. Bahkan khilaf di kalangan ulamak antara kelebihan azan dan menjadi imam. Ada di kalangan mereka yang menganggap bahawa azan lebih afdhal. Ini kerana Rasulullah SAW pernah mendoakan keampuanan untuk para muazzin. (Dalam hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi). Abu Said al-Khudriyy pernah berkata kepada seorang pengembala kambing: “Sesungguhnya aku lihat kamu banyak bersama kambing (peliharaanmu) dan pedalaman (kawasan pengembalaanmu). Maka bila kamu berada di tempat kambingmu (peliharaanmu) atau pedalaman (kawasaan pengembalaanmu), azanlah untuk bersolat. Angkatkanlah suara laungan azanmu itu. Ini kerana tidak ada sesuatu pun yang mendengar suara muazzin samada di kalangan jin mahu pun manusia, melainkan ia akan menjadi saksi (kebaikanmu) pada hari qiamat”. Katanya lagi: Aku mendengarnya daripada Rasulullah SAW”. Hadis riwayat Imam Bukhari.

Maka samalah kita menghidupkan syiar azan ini. Dan janganlah kita meninggalkannya kerana ia adalah syiar Islam yang sangat jelas. Kawasan yang terdengar azan padanya adalah satu petunjuk yang menunjukkan bahawa ada di kalangan penduduknya yang beragama Islam. Tambahan lagi, hikmah daripada pensyariatan azan adalah sangat besar. Ini kerana azan bukan sahaja mengandungi aqidah dan laungan kepada simbol amalan Islam iaitu solat, bahkan ia adalah laungan kepada seluruh muslimin untuk mencapai kemenangan dunia dan akhirat. Laungan ini mengingatkan kaum muslimin supaya mengambil dengan sebab-sebab kemenangan iaitu dengan kembali kepada panduan Allah (al-Qur’an) dan juga RasulNya (Hadis).

Tulisan: Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail. Sarjana Muda Shariah, Universiti Mu’tah, Jordan. K06051425H24062004

Labels: ,

Tahniah Eid ul-Fitr 1427H

Tasek Pauh blogspot mengucapkan tahniah kepada seluruh umat Islam dengan kejayaan Ramadhan yang baru saja berakhir dan dengan datangnya 1 Syawal tahun ini. Selamat menyambut hari raya eid ul-fitri. Semoga Allah merahmati ummah yang menjaga agamaNya keseluruhannya.

الله أكبر ، الله أكبر ، لا إله إلا الله ، الله أكبر ولله الحمد
Allaahu akbar, Allaahu akbar, laa ilaaha ill-Allaah, Allaahu akbar, Allaahu akbar, wa Lillaahilhamd

Labels:

Tokoh : Imam Syafie

Mengenali Imam Syafie

Beliau ialah Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Usman bin Syafie. Gelarannya ialah Abu Abdillah dan beliau berketurunan Quraisy. Nasab keturunan beliau bertemu dengan nasab Rasulullah saw. pada Abdul Muttalib. Imam Syafie adalah daripada keturunan Hasyim, bapa saudara Nabi saw.

Dilahirkan di Ghazzah (Semenanjung Gaza), di Palestin pada tahun 150H. Ayah beliau meninggal semasa beliau masih kecil dan ibunyalah yang menjaganya dan membawanya tinggal di Mekah. Imam Syafie pernah berkata: “Aku khatam menghafal al-Qur’an ketika berumur tujuh tahun dan hafal Muwattoa’ Imam Malik ketika berumur sepuluh tahun”. Beliau dikatakan mengkhatam al-Qur’an pada setiap hari. Dan dalam perjalanan untuk menuntut ilmu dari Mekah ke Madinah, beliau sempat khatam sebanyak enam belas kali.

Imam Syafie merupakan seorang ulamak yang menguasai pelbagai ilmu. Berkata al-Rabi’: Imam Syafie bila beliau bermunazarah dengan manusia, beliau akan bercakap mengikut kadar kefahaman mereka sahaja. Kalaulah beliau bercakap mengikut ketinggian ilmunya, maka mereka tidak akan memahaminya”. Beliau sangat mahir dalam kesusasteraan bahasa arab dan percakapannya dianggap sebagai hujah dalam bahasa. Berkata Ibnu Hisyam: Percakapan “Imam Syafie adalah hujah dalam bahasa”. Berkata al-Jahiz: “Aku banyak membaca penulisan-penulisan orang-orang yang hebat dalam ilmu, tetapi aku tidak dapati seorang pun yang lebih cantik penulisannya berbanding Imam Syafie. Perkataannya seolah-olah permata-permata yang diatur”. Imam Syafie mempalajari bahasa Arab dengan qabilah Huzail selama tujuh belas tahun dan kabilah Huzail adalah kabilah arab badwi yang sangat fasih.

Beliau juga merupakan pengasas ilmu Usul Fiqh. Kitabnya yang masyhur ialah ar-Risalah dan al-Um. Imam Syafie belajar mendalami bahasa Arab dan sejarah selama dua puluh tahun dan beliau berkata: “Tidak ada tujuan lain bagiku daripada pelajaran tersebut melainkan untuk membantu kefahaman (ilmu feqah)”. Beliau juga sangat mahir dalam tafsir. Berkata Yunus bin Abdul A’la: “Sesungguhnya Imam Syafie bila beliau menghuraikan tafsir, maka seolah-olah beliau juga berada ketika penurunan al-Qur’an”.

Imam Syafie sangat menyanjung para muhaddisin dan beliau pernah berkata: “Para muhaddisin adalah tetamu Allah”. Beliau juga berkata: “Bila aku melihat seorang ahli hadis, maka seolah-olah aku melihat seorang sahabat Nabi saw.”. Dan beliau juga merupakan salah seorang daripada mereka. Beliau berkata: “Aku dipanggil di Baghdad sebagai Nasirul Hadis (penegak hadis)”. Az-Zahabi berkata: “Imam Syafie adalah seorang penghafal hadis dan beliau juga orang yang mengenali selok belok ilmu hadis”. Imam Syafie pernah berkata: “Apabila hadis itu sohih, maka itulah mazhabku”. Beliau juga pernah berkata: “Setiap pendapatku yang mana berlawanan dengan hadis Nabi yang sohih, maka hadis Nabi lebih perlu diikuti, dan janganlah kamu taqlid kepadaku”.

Imam Syafie sangat bencikan ilmu Kalam. Beliau pernah berkata: “Kalaulah manusia tahu apa yang ada pada ilmu Kalam, nescaya mereka akan lari daripadanya seperti lari daripada singa”. Beliau juga berkata: “Seorang hamba yang dihadapkan di hadapan Allah (di hari qiamat) dengan semua dosa kecuali syirik adalah lebih baik daripada dihadapkan dengan ada di sisinya sebahagian ilmu Kalam”. Beliau juga berkata: Hukuman aku terhadap ahli ilmu Kalam ialah supaya mereka dipukul dengan pelepah dan diheret ke setiap suku dan kabilah dan dikatakan: “Inilah balasan orang yang meninggalkan Qur’an dan Sunnah”. Imam Syafie juga tidak suka berdebat dan beliau berkata: “Perdebatan dalam ilmu menimbulkan sikap keras hati dan dendam”.

Imam Syafie juga adalah seorang yang zuhud dan sangat taatkan ibunya. Beliau menceritakan bahawa setelah beliau pulang ke Mekah, Imam Malik telah memberikannya separuh daripada hartanya. Beliau juga membawa harta-hartanya yang diperolehinya dari Khurasan dan Mesir. Bila sampai di Mekah, ibunya datang menyambutnya dan memeluknya dan berkata: “Adakah kamu mahu pulang ke rumah dengan harta yang sebegini banyak? Sedangkan kamu keluar sebelum ini dalam keadaan miskin, adakah kamu mahu bermegah-megah dengan sepupu-sepupu kamu”? Akhirnya emaknya menyuruh untuk disedekahkan seluruh harta tersebut, dan Imam Syafie pun menyedekahkannya kepada para fakir miskin.

Imam Syafie juga mempunyai kelebihan dalam firasat. Ketika Imam Syafie duduk bersama dengan al-Humaidiyy dan Muhammad bin al-Hasan berfirasat, tiba-tiba lalu seorang lelaki. Lalu Imam Muhammad berkata: “Cuba kamu tengok orang ini”. Lalu Imam Syafie memerhatikan orang tersebut dan beliau tidak menjawabnya. Imam Muhammad bertanya: “Adakah kamu kesamaran terhadapnya”? Beliau menjawab: “Aku kesamaran samada dia adalah seorang tukang jahit ataupun dia seorang tukang kayu”. Lalu Imam al-Humaidiyy bangun dan pergi bertanyakan orang lelaki tersebut, dan lelaki tersebut menjawab: “Aku memang seorang tukang kayu, tetapi hari ini aku sudah mula bekerja sebagai tukang jahit”. Imam Syafie juga merupakan seorang pemanah yang hebat. Dalam sepuluh panahannya, tidak ada satu pun yang melencong daripada sasaran.

Sebenarnya terlalu banyak pujian ulamak terhadap Imam Syafie. Al-Husain bin Muhammad al-Karabiisiy berkata: “Aku tidak pernah lihat satu majlis ilmu yang lebih hebat daripada majlis Imam Syafie. Majlis beliau dihadiri oleh para muhaddisin, fuqaha dan juga penyair, dan kesemua mereka mendapat ilmu daripadanya”. Beliau juga berkata: “Aku tidak pernah jumpa orang yang setaraf dengan Imam Syafie dan beliau (Imam Syafie) juga tidak nampak orang yang setaraf dengannya”. Berkata Sa’lab: “Imam Syafie merupakan seorang Imam dalam ilmu bahasa”. Abi Abdillah Nuftuwaih berkata: “Perumpamaan Imam Syafie di kalangan para ulamak adalah seperti bulan purnama di kalangan bintang-bintang di langit”.

Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji, dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah. Sufyan pernah berkata tentang Imam Syafie: “Dialah (Imam Syafie) sebaik-baik pemuda zamannya”. Antara muridnya pula ialah Imam Ahmad bin Hanbal.

Imam Ahmad sangat menyayangi Imam Syafie. Beliau pernah berkata: “Sesungguhnya aku sentiasa berdoa di dalam solatku kepada Imam Syafie semenjak empat puluh tahun. Tidak ada seorang pun di kalangan fuqaha yang terlalu mengikut Hadis Nabi berbanding Imam Syafie”. Bilamana anak beliau bertanyakan kenapa beliau banyak berdoa kepada Imam Syafie, beliau menjawab: “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia ini dan seperti afiat bagi badan, maka adakah lagi yang kamu nampak yang boleh menggantikan kedua-dua ini”?

Imam Syafie tidaklah berumur panjang, dan beliau meninggal di Mesir ketika berumur lima puluh empat tahun, iaitu pada tahun 204H. Bila ditanyakan Imam Ishaq bin Rahuwaih tentang bilakah Imam Syafie menulis buku-bukunya yang sangat bermutu itu, sedangkan umurnya hanyalah singkat, beliau menjawab: “Sesungguhnya Allah telah mempercepatkan akalnya kerana pendeknya umurnya”. Beliau meninggal pada hari jumaat di hujung bulan rejab dan dikebumikan pada hari tersebut sesudah solat asar. ADKHALANALLAHU WAIYYAHU FASIIHA JANNAATIH. ALLAHUMMA AMIN.

Tulisan: Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail. Sarjana Muda Syariah, Mu’tah Universiti, Karak, Jordan. Kha28071424H25092003.

Labels:

Tokoh : Ibnu Taimiyyah

Mengenali Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah

Beliau ialah Ahmad bin Abdul Halim bin Abdul Salam bin Abdullah bin Taimiyyah. Lebih dikenali dengan Taqyuddin Ibnu Taimiyyah. Dilahirkan di Harran pada 10 Rabiul Awal 661H dan dibesarkan di Damsyiq, Syria.

Beliau dibesarkan dalam suasana ilmu sehinggalah beliau mampu berfatwa sebelum mencapai umur 20 tahun. Mempunyai ingatan yang sangat hebat sehingga dikatakan bahawa beliau tidak akan lupa apa sahaja yang diingatinya. Keberaniannya dalam menegakkan kebenaran tidak hanya pada lidah dan pena, bahkan beliau sendiri mengetuai angkatan tentera berjihad menentang pencerobohan Tatar. Mempunyai penulisan yang sangat banyak sehingga dikatakan penulisannya melebihi 500 jilid buku. Sangat kuat beribadah dan terlalu zuhud dan juga sangat pemaaf. Diiktiraf oleh ramai ulamak sebagai seorang mujtahid mutlaq. Dikatakan mana-mana hadis yang tidak diketahuinya adalah bukan hadis yang sebenar. Beliau pernah berkata: “Sesungguhnya kebunku berada di dadaku. Ia akan bersamaku di mana saja daku berada. Penjara bagiku adalah tempat khalwat (dengan Allah SWT), pembunuhanku adalah syahid dan buang daerah bagiku adalah melancong”.

Pujian ulamak terhadapnya tidak tertulis banyaknya. Berkata Ibnu Daqiqil Id: “Setelahku bertemu dengan Ibnu Taimiyyah, aku melihat seorang lelaki yang mana semua ilmu berada di kepalanya, dia akan ambil atau tinggalkan apa sahaja ilmu yang dia mahu”. Katanya lagi: “Aku tak sangka yang Allah SWT masih lagi menciptakan makhluk yang (sebegitu hebat) sepertimu”. Berkata Ibnu Sayyidinnas: “Kalaulah beliau bercakap dalam tafsir, maka beliaulah pembawa benderanya (tiada tandingan), bila berfatwa dalam fiqh, maka beliaulah yang sangat memahami tujuannya, bila bercakap mengenai hadis, maka beliaulah pemilik ilmu dan perawinya, bila bercakap mengenai perbandingan agama dan mazhab, maka tidak akan didapati sesiapapun yang setanding dengannya dan yang akan mengatasinya.”.

Berkata Ibnu az-Zamlakani yang beberapa kali berdebat ilmiah dengan Ibnu Taimiyyah: “Bila saja beliau ditanya tentang sesuatu ilmu, maka penonton dan pendengar akan menyangka beliau hanya mengetahui ilmu itu (kerana kepakarannya dalam ilmu tersebut, sedangkan seluruh ilmu dikuasainya) dan semua akan mengiktiraf bahawa tiada manusia seperti beliau”. Beliau juga berkata: “Tidak pernah ditemui (ulama’ yang hebat) sepertinya semenjak empat atau lima ratus tahun”. Berkata Imam az-Zahabi: “Beliau adalah seorang yang tidak layak orang yang sepertiku untuk menceritakan tentang sifatnya. Kalaulah aku bersumpah di hadapan ka’bah, nescaya aku akan bersumpah bahawa aku tidak pernah melihat orang yang sepertinya dan beliau juga tidak pernah melihat orang yang setandingnya (dalam keilmuan)”. Berkata al-Hafiz al-Mizzi: “Tidak pernah didapati manusia seperti Ibnu Taimiyyah semenjak empat ratus tahun”. Berkata Baha’uddin as-Subki: “Demi Allah, tidak ada yang membenci beliau melainkan orang yang jahil atau yang menurut nafsu. Orang yang jahil tidak mengetahui apa yang diucapkannya dan yang menurut nafsu pula dihalang oleh nafsunya untuk menerima kebenaran setelah mengetahuinya”. Murid beliau yang tersohor ialah Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah.

Beliau meninggal dunia pada 20 Zulqe’dah tahun 728H di satu penjara di Damsyiq setelah dua tahun di dalamnya. Jenazahnya dihadiri ratusan ribu manusia. Beliau sempat mengkhatamkan al-Qur’an sebanyak 80 kali semasa di penjara. Pada kali yang ke 81, beliau hanya sempat membaca sehingga ayat yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa akan berada dalam syurga-syurga dan sungai-sungai. Pada kedudukan yang sebenar di sisi Tuhan Yang Maha Kuasa”.

Sumbangilah untuk pembinaan Masjid al-Barakah, Kg. Tasek Pulai Tinggi, 16810, Selising, Pasir Puteh, Kelantan.

Labels:





XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health