TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


« Home

About Us

Assalamualaikum. SELAMAT DATANG ke TASEK PAUH blogspot, blog pemikiran dan pandangan Us Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail (TMSTI). Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Syariah Univer. Mu`tah, Karak, Jordan dan Sarjana Pengajian al-Quran dan as-Sunnah (Pengkhususan Hadis) UIAM KL.

Beliau pernah mengembara ke Pakistan mengambil sanad hadis dari ulama di sana. Di sana beliau juga menamatkan hafalan al-Quran dalam masa kurang dari satu tahun. Artikal Us TMSTI berasaskan al-Quran dan as-Sunnah dipaparkan dengan tujuan Pembersihan Aqidah dan Pemurnian Ibadah (PAPI).

Blog dikelolakan bersama Ir Zaidi Yaacob yang turut bertanggung jawab memuatkan artikal khusus dari Us TMSTI. Disamping itu, beliau juga memuatkan berita semasa dan tulisan dari sumber lain yang bersesuaian setelah disaringkan terlebih dahulu. InsyaAllah, dengan izin dan pertolongan Nya, kami berharap blog ini bermanafaat kepada pengunjung serta keseluruhan yang terlibat termasuk kami khususnya. Selamat membaca.

Sebarang komen, teguran atau pertanyaan, sila tulis di ruangan komen yang disediakan. Kami akan meneliti setiap komen serta menjawab soalan yang diajukan insyaAllah. Terima kasih dan sila kunjungi kami lagi. Wassalam.

15 Responses to “About Us”

  1. # Blogger Kaki Bangku

    Mengapa nama "TASEK PAUH"?  

  2. # Blogger Al-kahfi

    ustaz boleh bagi ulasan/kajian tentang gerakan kahfi/NII al Zaytun?

    Sila lawat

    http://gerakankahfi.blogspot.com
    http://zaytun.blogspot.com
    http://nii-alzaytun.blogspot.com

    :)  

  3. # Anonymous hafiz

    Assalamulaikum Tn Haji.
    Selamat berjuang demi ugama & bangsa. Semoga Allah memeberi pertolongan & petunjuknya. Hidup Ayah Di'.  

  4. # Anonymous Fakhrulrazi

    Assalualaikum Ustaz.

    Terima kasih kerana memberi jawapan tentang persoalan Roh.

    Patut ustaz bagitau awal-awal tentang blog ni. :)  

  5. # Anonymous Pejuang Sunnah Mansoura, Egypt

    Salam perjuang dari ardul kinanah..
    Sekarang ni dunia fitnah & kefasadan..Utamakan al-Qur'an & As-Sunnah sebagai bahan rujukan..Jgn Sampai perpecahan berlaku antara kita (umat Islam)..  

  6. # Anonymous Pejuang Sunnah Mansoura, Egypt

    MAULID Nabi Saw Menurut Para Sahabat RA
    Dari buku An Nikmatul Kubro oleh Ibnu Hajar al Haitami

    Apakah kata-kata Sahabat-sahabat ra dan
    tabi'in-tabi'in tentang amalan-amalan Maulid ini.
    Untuk itu kita lihat di dalam kitab An Nikmatul Kubro
    Alal'Alami yang ditulis oleh Al Imam 'Alim Al 'Alamah
    Shabuddin Ahmad ibnu Hajar AlHaitami Asy Syafie pada
    muka surat 7

    Telah berkata Sayidina Abu Bakar As Siddiq ra
    Barangsiapa membelanjakan satu dirham atas membaca
    Maulidin Nabi SAW, adalah dia sahabatku di dalam
    Syurga."

    Saiyidina Umar r.a. pula berkata, "Barangsiapa
    membesar-besarkan Maulidin Nabi SAW maka sesungguhnya
    dia menghidupkan Islam."

    Saiyidina Usman r.a. menyebut, "Barangsiapa
    membelanjakan satu dirham ke atas Maulidin Nabi maka
    seolah-olahnya dia telah syahid di dalam peperangan
    Badardan Hunain."

    Dan Saiyidina Ali k.w. berkata pula, "Barangsiapa
    membesar-besarkan Maulid Nabi SAW, adalah iaitu
    sebagai sebab bagi bacaannya itu, dia tidak akan
    keluar daripada dunia ini melainkan dengan iman dan
    masuk ke syurga tanpa hisab (perhitungan).

    Hassan Al Basri r.a. berkata, "Jikalau adalah bagiku
    seumpama gunung Uhud emas, nescaya aku akan
    membelanjakannya ke atas bacaan Maulid Nabi SAW."

    Junaid Al Baghdadi menyebut pula, "Barangsiapa hadir
    di dalam majlis Maulidin Nabi SAW dan
    membesar-besarkan nilainya, maka sesungguhnya ia telah
    berjaya dengan iman."

    Seterusnya berkata pula Ma'aruf Al Khurkhi,
    Barangsiapa mendatangkan makanan bagi tujuan bacaan
    maulidin Nabi SAW dan mengumpulkan saudara-saudara dan
    menghidupkan pelita dan memakai pakaian baru dan
    berwangi-wangian sebagai membesarkan bagi Maulidin
    Nabi SAW itu, Allah SWT membangkitkannya di hari
    kiamat, di firqah yang pertama bersama Nabi-Nabi. Dan
    tempatnya adalah di tempat yang tertinggi."

    Dan telah berkata Fakhruddin Ar Razi, "Barangsiapa
    yang membaca Maulid Nabi SAW atas garam, biji-bijian
    atau sesuatu yang lain melainkan akan zahir padanya
    berkat daripada benda itu." Selanjutnya, sesiapa yang
    memakan makanan tadi, maka Allah SWT menyempurnakan
    dan menghilangkan kegelisahan darinya. Dan jika
    dibacakan Maulidin Nabi SAW ke atas air, maka
    sesiapa yang minum air tersebut telah masuk ke dalam
    hatinya seribu cahaya dan rahmat, dan telah keluar
    daripadanya seribu kesusahan dan penyakit. Dan tidak
    mati hati itu ketika hari matinya hati-hati." -
    Fakhruddin Ar Razi adalah pengarang besar Tafsir Ar
    Razi.

    Al Imam Asy Syafie Rahimahullahu Taala menyatakan,
    Barangsiapa berkumpul kerana majlis Maulidin Nabi SAW
    dengan mendatangkan makanan dan tempat serta membuat
    baik dan jadilah sebagai sebab bacaan itu, Allah SWT
    membangkitkannya pada hari kiamat kelak berserta para
    siddiqin dan syuhada, para solehin dan adalah dia di
    dalam syurga An Na'im."

    As Sariyus Saqatti pula berkata, "Barangsiapa yang
    berkehendakkan tempat dibacakan padanya maulidin Nabi
    SAW maka sesungguhnya dia berkehendak "raudhah" (taman
    daripada taman-taman syurga), kerana sesungguhnya,
    tidaklah dia berkehendakkan tempat itu melainkan
    cintanya kepada Nabi SAW."Rasulullah SAW ada bersabda
    yang berbunyi ; "Barangsiapa mencintaiku, adalah dia
    bersama-samaku di dalam syurga."

    Al Fadhil Jalaluddin Abdur Rahman Abu Bakar As Sayuti
    berkata juga, "Dan telah bercahaya-cahaya kubur
    siapa-siapa yang membaca Maulid Nabi SAW." Kitab Al
    Wasail Fis Syarhi Syamail juga ada menyebut, "Tidaklah
    satu tempat dibacakan Maulid Nabi SAW melainkan
    dipenuhi oleh para malaikat di tempat itu dan
    malaikat-malaikat telah berselawat atas orang-orang
    yang ada di tempat tersebut. Dan Allah SWT juga telah
    memberikan rahmat dan keredhaan-Nya. Dan yang
    memberikan cahaya itu ialah malaikat Jibrail,Mikail,
    Israfil dan Izrael. Maka sesungguhnya mereka itulah
    yang menselawatkan ke atas orang-orang yang membacakan
    maulid Nabi SAW itu."

    Kata Imam As Sayuti lagi, "Tidak adalah daripada
    muslim itu membaca Maulidin Nabi SAW itu di dalam
    rumahnya melainkan Allah SWT angkat kemarau wabak,
    kebakaran, karam, kebinasaan, kecelakaan, kebencian,
    hasad dan pendengaran yang jahat dan pencuri daripada
    ahli-ahli rumah itu. Maka apabila mati, Allah SWT
    memudahkan ke atasnya menjawab soalan-soalan dari
    Munkar dan Nakir.

    Dan adalah dia ditempatkan di dalam tempat para
    siddiqin dan di sisi raja-raja yang berkuasa. Maka
    barangsiapa hendak membesarkan Maulidin Nabi SAW
    memadai akannya dengan kadar ini. Dan barangsiapa
    tidak membesarkan Maulid Nabi SAW, jikalau engkau
    telah memenuhi baginya dunia ini bagi memujinya, maka
    hatinya tidak digerakkan untuk mencintai Nabi SAW."

    Tidak syak lagi bahawasanya Maulid ini adalah
    merupakan amalan yang mulia dan terpuji. Amalan yang
    bernilai di dunia dan akhirat. Sebab itulah ia menjadi
    amalan pewaris-pewaris agama (yakni ulama-ulama) yang
    benar-benar cintakan Allah SWT dan Rasulullah SAW.

    p/s:
    Ustaz...
    Tolong KOMEN & Berikan Hujah pasal semua kenyataan di atas..  

  7. # Anonymous TMSTI

    Salam.
    Terima kasih kpd Pejuang Sunnah kerana beri komen. Semoga kita semua mendapat hidayahNya. Cuma,
    1- Di manakah kesahihan kata-kata sahabat yg disebutkan tu?
    2- Bolehkah org selain Rasulullah menjamin syurga?
    3- Adakah semua yg ditulis akan jadi sahih?

    Semoga kita semua mencintai Rasulullah s.a.w. dan memperjuangkan sunnah baginda yang sohih. Amin.  

  8. # Anonymous Anonymous

    Tasek Pauh Janggi ke yang berada selari dengan Pulau Besar di Selat Melaka?  

  9. # Anonymous Anonymous

    Gambaran wajah di langit. Apa cerita. Apa petanda?

    tonton di sini

    http://layarbahtera.wordpress.com/kiamat-sudah-dekat/  

  10. # Blogger AyKay

    Ustaz,

    harap dapat memberi rujukan kitab yg digunakan dalam penulisan Kkaifiat solat yang sempurna. Kalau boleh diberikan makna2 doa dan tasbih bacaan. Saya menggunakan kitab Idaman Penuntut sebagai rujukan.

    Mengikut amatan saya, ada percanggahan dari yg tertulis dalam buku "Solat Cara Nabi" yg banyak terdapat di pasaran dgn kaifiat kebiasaan. Harap ustaz dapat komen.  

  11. # Anonymous Anonymous

    Salam,

    Boleh huraikan kepada tentang Wahabi?
    dae_5264@yahoo.com  

  12. # Blogger tengku azri

    Tasek Pauh adalah sebuah kampung yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan. Tempat berkenaan adalah tempat darah tumpah penulis sedari badan masih merah hinggalah tamat pengajian menengah beliau.

    Penulis sekarang bermastautin di Kelantan.

    Wallahua'lam..
    -kerabat-  

  13. # Anonymous Anonymous

    salam...
    saya ingin mandapatkan bantuan dari ustaz, blh x saya dapatkan terjemahan kitab Raudhah al-Tolibin yang dikarang oleh Imam Nawawi. dalam bab toharah (bab al-ijtihad fil ma' al-mushtabih), saya harap ustaz dapat membantu..
    sila email syaiezmas@yahoo.com.
    terima kasih..  

  14. # Anonymous Anonymous

    salam...
    saya ingin mandapatkan bantuan dari ustaz, blh x saya dapatkan terjemahan kitab Raudhah al-Tolibin yang dikarang oleh Imam Nawawi. dalam bab toharah (bab al-ijtihad fil ma' al-mushtabih), saya harap ustaz dapat membantu..
    sila email syaiezmas@yahoo.com.
    terima kasih..  

  15. # Anonymous Hafiz Bang

    Baha'is Must be stopped. Bahaism is the most dangerous cult supported by the enemies of Islam. They are banned from teaching in Israel but they are encouraged and forced by their UHJ to teach in the Muslim lands.

    Read more about Baha'i faith here.
    http://www.scribd.com/NaserEmtesali
    http://www.bahaiawareness.com/


    Harus Baha'is dihentikan. Bahaism adalah sekte yang paling berbahaya didukung oleh musuh-musuh Islam. Mereka dilarang mengajar di Israel tetapi mereka didorong dan dipaksa oleh UHJ mereka untuk mengajar di negeri-negeri Muslim.

    Baca lebih lanjut mengenai iman Baha'i di sini.
    http://www.scribd.com/NaserEmtesali
    http://www.bahaiawareness.com/  

Post a Comment



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health