Tokoh Hadis : Imam Yahya bin Ma'in
3 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Wednesday, February 14, 2007 at 12:24 AM.Kehebatan Imam Yahya bin Ma'in dalam ilmu Hadis.
Imam az-Zahabi dalam kitabnya "Siyar A'lamun Nubala" menyatakan: "beliau ialah al-Imam al-Hafiz al-Jihbiz (pakar hadis), Sayyidul Huffaz, Malikul Huffaz, Syeikhul Muhaddisin, Abu Zakariyya, Yahya bin Ma'in bin Aun bin Ziad bin Bistom. Beliau bukanlah berketurunan arab, cumanya beliau menjadi wala' (dan dianggap sebahagian daripada) Bani Mur (satu kabilah arab). Kerana inlah beliau digelar al-Murri.
Dilahirkan dan dibesarkan di
Beliau pernah mengambil hadis daripada Abdullah bin al-Mubarak, Husyaim bin Basyir, Ismail bin Iyash, Sufyan bin Uyainah, Abdul Razaq as-Son'ani di Yaman, Waki' bin al-Jarrah, Yahya bin Said al-Qattan, Abdul Rahman bin Mahdi dan ramai lagi, samada di Iraq, Syam, Semenanjung Arab, Mesir dan Hijaz. Antara yang mengambil hadis daripada beliau pula ialah Imam Ahmad bin Hanbal, Imam al-Bukhari, Muslim, Abu Dawuud, Abbas ad-Duriy al-Baghdadi yang merupakan periwayat ilmunya, Abu Zur'ah ar-Rozi, Abu Hatim ar-Rozi, Usman bin Said ad-Darimi, Abu Ya'la al-Mausili dan ramai lagi yang tidak terhitung ramainya.
Ibnu Ma'in menulis satu juta hadis dan menulis satu hadis yang sama sebanyak
Berkata Ali bin al-Madini: "Kemuncak ilmu manusia terhenti pada Yahya bin Ma'in. Berkata Abdul Khaliq bin Mansur: “aku pernah berkata kepada Abdullah bin ar-Rumi: aku mendengar beberapa rang yang mengambil (belajar) hadis daripada Yahya bin Main mengatakan bahawa : “telah menceritakan kepada kami oleh seorang yang tidak pernah terbit matahari kepada seorang yang lebih hebat daripadanya” (mereka maksudkan ialah Yahya bin Ma'in.), lalu Abdullah bin ar-Rumi menjawab kepadaku: “adakah engkau merasa hairan (dengan gelaran tersebut)”? Aku sendiri pernah mendengar bahawa Ali bin al-Madini menyatakan bahawa: “Aku tidak pernah melihat manusia sehebatnya, dan kami tidak tahu seorang pun semenjak Nabi Adam lagi yang menulis hadis sebanyak apa yang ditulis oleh Yahya bin Ma'in”. Berkata Muhammad bin Nasr al-Marwazi: “aku pernah mendengar Yahya bin Ma'in menyatakan : "aku telah menulis dengan tanganku ini satu juta hadis". Berkata Imam az-Zahabi: "Yang beliau maksudkan dengan bilangan yang begitu banyak ini ialah beliau mengulang-ngulang menulis satu hadis yang sama. Tidakkah kamu lihat yang mana beliau pernah nyatakan bahawa: "Kalaulah kami tidak menulis sesuatu hadis itu sebanyak
Semua hadis yang tidak dikenali oleh Yahya bin Ma'in bukanlah Hadis.
Imam Ahmad bin Hanbal berkata: "Mana-mana hadis yang tidak diketahui Yahya bin Ma'in, maka sebenarnya ia bukanlah hadis. Memang Allah SWT ciptakan beliau untuk perkara ini (hadis), kerana itulah beliau mampu menjelaskan pembohongan para pemalsu hadis". Berkata Abu Hatim ar-Razi: "Kalaulah kamu melihat seorang
Metodologi Pengajian Yahya bin Main Dalam Ilmu Hadis
Ibnu Ma'in berkata: "Bila kamu belajar dan menulis hadis, maka tuliskanlah apa sahaja yang kamu dengar (supaya kamu juga dapat mengetahui hadis-hadis palsu), tetapi bila kamu mengajar hadis, maka selidikilah (pastikan hanya hadis sohih sahaja yang kamu ajari itu)". Manhaj yang dibawa oleh Yahya bin Ma'in merupakan manhaj terbaik dalam mencari ilmu dan menyebarkannya. Kata-katanya tadi meupakan perlembagaan yang diambil oleh para muhaddisin dan para ulamak dalam mencari dan menyebarkan hadis.
Banyaknya kitab-kitab yang ditinggalkan oleh Yahya bin Ma'in
Al-Hafiz Solih bin Ahmad mendengar daripada Abu Abdillah Muhammad bin Abdullah berkata: ayahku menyatakan bahawa Yahyan bin Main telah meninggalkan sebanyak 114 rak buku dan 4 bakul kayu yang penuh berisi kitabnya.
Ibnu Ma'in sentiasa menghalau pembohongan dan pemalsuan terhadap Nabi s.a.w.
Yahya bin Ma'in ini bila mana beliau mengerjakan haji, beliau akan ke Mekah melalui jalan Madinah, dan bila pulang daripada Mekah pun, beliau akan pulang melalui jalan Madinah. Ketika mana beliau keluar mengerjakan haji pada tahun 233H, beliau sampai di Madinah sebelum mengerjakan haji, iaitu pada penghujung bulan zulqaedah. Dan beliau ditimpa sakit serta meninggal pada 23 zulqaedah. Maka orang ramai saling memberitahu mengenai kedatangan beliau dan kematian beliau. Keluarga Bani Hasyim pula mengeluarkan kayu /katil tempat di mana Rasulullah s.a.w. dimandikan. Dan beliau dimandikan di atasnya, Dan sesudah selesai sembahyang jenazah, beliau dikuburkan di perkuburan Baqi'.
Tokoh : Amir Abu Hafs martyred (inshaAllah)
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Friday, December 01, 2006 at 12:02 AM.Amir Abu Hafs, the Deputy Military Amir of Chechen Mujahideen martyred (Shaheed, insha Allah) in a fierce battle that lasted for several hours in the Dagestani town of Khasavyurt, on Sunday, November 26, 2006, according to a Tuesday report for the Kavkaz Center news agency from the Eastern Front Headquarters of the Chechen Republic of Ichkeria's Armed Forces.
Two other Mujahideen martyred with him in the battle, Allah's willing, the report says. Earlier the Russians falsely claimed that they had killed 5 Mujahideen in the action.
Details of the battle are still unavailable. The battle lasted for the whole light-time period on Sunday, the report says.
The Russians earlier claimed that it lasted for 4 hours.
Amir Abu Hafs was born in 1973 in Jordan. After graduating from a university, he came in 1995 in Chechnya to fight as a volunteer against Russian aggressors. After martyrdom (Shaheed, insha Allah) of Amir Hattab, Abu Hafs became a deputy of Amir Abu Walid. And after Abu Walid (Shaheed, insha Allah), he became the commander of a group of volunteers. He was nominated a Deputy Military Amir of Chechen Mujahideen by the order of the Chechen President in 2005. KC.
Read also an interview with Amir Abu Hafs published by KC only on November 12:
Abu Hafs: Youth Is Going Out For Jihad
Tokoh : Amir Khattab
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Sunday, November 12, 2006 at 7:05 AM."An old Chechen woman inspired Khattab to fight for the Chechens" said Mansour Al-Suwailem, elder brother of the leading Chechen fighter Khattab, who was assassinated by Russians.
Mansour shed light on several aspects of Khattab's personal life in an interview with Arab News. Khattab's real name was Samir Saleh Abdullah Al-Suwailem. “There were two differing reports on how his brother was killed”, said al-Suwailem. According to one report, he died five minutes after opening a poisoned letter given to him by a trusted aide. The second report says that he was poisoned at a private party held about a month earlier.
Samir, who was born in Arar, a northern border city in Saudi Arabia in 1969, a brilliant student who scored 94 percent in the secondary school examination.
Unlike other family members, he used to evince more interest in Islamic periodicals and tapes. He was very much impressed by the history of the second Caliph Umar ibn Al-Khattab (may Allah be pleased with him) and therefore accepted the title Khattab. He joined a technical training conducted by Aramco. He planned to continue his studies in the
Mansour explained how Samir conceived the idea of going to
While he was making inquiries on how to reach
Somehow or other, he managed to reach
It was about this time that he met an old Chechen woman who stressed the need for jihad against the Russians. She told him confidently: "We want them to quit our and so that we can return to Islam''
When asked how she would help in a jihad against Russians, her reply was that she possessed only a jacket and she would donate it for the cause of Allah.
Suwailam said his brother sobbed until "his beard became wet with his tears", the meeting was a turning point in his life. Khhattab's actions were based on strong principles drawn from the Holy Qur'an and the Sunnah of the Prophet. The objective of jihad is to the establishment of the religion of Allah, there is no negotiation with the enemy, the fight should not end until the enemy's threat was totally removed, jihad does not depend on the life of a leader, leadership does not mean comfortable position, and unity is the most important requisite for fighting against
“Samir was seeking martyrdom for the past 14 years”, Mansour said. “He failed to achieve it in
Samir was married to a Dagistani woman and had three children.
by Mowaffaq Al-Nowaiser (AN)
Note: He was martyred on the night of March 19-20, 2002
Lihat juga:Pictures from KC
Chechan.over-blog.com
Tokoh : Imam as-Syatibi
11 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Tuesday, October 31, 2006 at 10:07 AM.Syeikhul Maqasid, Imam as-Syatibi
Beliau ialah Abu Ishaq, Ibrahim bin Musa. Seorang ulamak dari barat dan bermazhab Maliki. Antara kitab karangan beliau ialah al-Muwafaqat dan al-I’tisoam. Dalam kitab al-Muwafaqat, beliau menulis berkenaan ilmu Maqasid Syariah dan kitabnya ini menjadi rujukan kepada seluruh ulamak yang ingin mendalami tentang ilmu Maqasid Syariah. Kitab al-I’tisoam pula membicarakan tentang bid’ah dan keburukannya. Kitab ini merupakan rujukan terbesar dalam bab memerangi bid’ah. Beliau menghadapi banyak cabaran dan celaan kerana memerangi bid’ah, tetapi beliau tetap dengan kebenaran menegakkan sunnah. Beliau menganggap kebinasaan yang dihadapi dalam mengamalkan sunnah merupakan kejayaan dan beliau bergantung sepenuhnya kepada Allah kerananya dan menganggap manusia sedikit pun tidak mampu memperkayakan dirinya daripada Allah. Beliau tidak menganggap berdoa selepas solat secara berkumpulan sebagai sunnah. Meninggal pada tahun 790H/1388M.
Labels: Tokoh
Tokoh : Imam Syafie
6 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Monday, October 23, 2006 at 11:37 AM.Mengenali Imam Syafie
Beliau ialah Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Usman bin Syafie. Gelarannya ialah Abu Abdillah dan beliau berketurunan Quraisy. Nasab keturunan beliau bertemu dengan nasab Rasulullah saw. pada Abdul Muttalib. Imam Syafie adalah daripada keturunan Hasyim, bapa saudara Nabi saw.
Dilahirkan di Ghazzah (Semenanjung Gaza), di Palestin pada tahun 150H. Ayah beliau meninggal semasa beliau masih kecil dan ibunyalah yang menjaganya dan membawanya tinggal di Mekah. Imam Syafie pernah berkata: “Aku khatam menghafal al-Qur’an ketika berumur tujuh tahun dan hafal Muwattoa’ Imam Malik ketika berumur sepuluh tahun”. Beliau dikatakan mengkhatam al-Qur’an pada setiap hari. Dan dalam perjalanan untuk menuntut ilmu dari Mekah ke Madinah, beliau sempat khatam sebanyak enam belas kali.
Imam Syafie merupakan seorang ulamak yang menguasai pelbagai ilmu. Berkata al-Rabi’: Imam Syafie bila beliau bermunazarah dengan manusia, beliau akan bercakap mengikut kadar kefahaman mereka sahaja. Kalaulah beliau bercakap mengikut ketinggian ilmunya, maka mereka tidak akan memahaminya”. Beliau sangat mahir dalam kesusasteraan bahasa arab dan percakapannya dianggap sebagai hujah dalam bahasa. Berkata Ibnu Hisyam: Percakapan “Imam Syafie adalah hujah dalam bahasa”. Berkata al-Jahiz: “Aku banyak membaca penulisan-penulisan orang-orang yang hebat dalam ilmu, tetapi aku tidak dapati seorang pun yang lebih cantik penulisannya berbanding Imam Syafie. Perkataannya seolah-olah permata-permata yang diatur”. Imam Syafie mempalajari bahasa Arab dengan qabilah Huzail selama tujuh belas tahun dan kabilah Huzail adalah kabilah arab badwi yang sangat fasih.
Beliau juga merupakan pengasas ilmu Usul Fiqh. Kitabnya yang masyhur ialah ar-Risalah dan al-Um. Imam Syafie belajar mendalami bahasa Arab dan sejarah selama dua puluh tahun dan beliau berkata: “Tidak ada tujuan lain bagiku daripada pelajaran tersebut melainkan untuk membantu kefahaman (ilmu feqah)”. Beliau juga sangat mahir dalam tafsir. Berkata Yunus bin Abdul A’la: “Sesungguhnya Imam Syafie bila beliau menghuraikan tafsir, maka seolah-olah beliau juga berada ketika penurunan al-Qur’an”.
Imam Syafie sangat menyanjung para muhaddisin dan beliau pernah berkata: “
Imam Syafie sangat bencikan ilmu Kalam. Beliau pernah berkata: “Kalaulah manusia tahu apa yang ada pada ilmu Kalam, nescaya mereka akan lari daripadanya seperti lari daripada singa”. Beliau juga berkata: “Seorang hamba yang dihadapkan di hadapan Allah (di hari qiamat) dengan semua dosa kecuali syirik adalah lebih baik daripada dihadapkan dengan ada di sisinya sebahagian ilmu Kalam”. Beliau juga berkata: Hukuman aku terhadap ahli ilmu Kalam ialah supaya mereka dipukul dengan pelepah dan diheret ke setiap suku dan kabilah dan dikatakan: “Inilah balasan orang yang meninggalkan Qur’an dan Sunnah”. Imam Syafie juga tidak suka berdebat dan beliau berkata: “Perdebatan dalam ilmu menimbulkan sikap keras hati dan dendam”.
Imam Syafie juga adalah seorang yang zuhud dan sangat taatkan ibunya. Beliau menceritakan bahawa setelah beliau pulang ke Mekah, Imam Malik telah memberikannya separuh daripada hartanya. Beliau juga membawa harta-hartanya yang diperolehinya dari Khurasan dan Mesir. Bila sampai di Mekah, ibunya datang menyambutnya dan memeluknya dan berkata: “Adakah kamu mahu pulang ke rumah dengan harta yang sebegini banyak? Sedangkan kamu keluar sebelum ini dalam keadaan miskin, adakah kamu mahu bermegah-megah dengan sepupu-sepupu kamu”? Akhirnya emaknya menyuruh untuk disedekahkan seluruh harta tersebut, dan Imam Syafie pun menyedekahkannya kepada para fakir miskin.
Imam Syafie juga mempunyai kelebihan dalam firasat. Ketika Imam Syafie duduk bersama dengan al-Humaidiyy dan Muhammad bin al-Hasan berfirasat, tiba-tiba lalu seorang lelaki. Lalu Imam Muhammad berkata: “
Sebenarnya terlalu banyak pujian ulamak terhadap Imam Syafie. Al-Husain bin Muhammad al-Karabiisiy berkata: “Aku tidak pernah lihat satu majlis ilmu yang lebih hebat daripada majlis Imam Syafie. Majlis beliau dihadiri oleh para muhaddisin, fuqaha dan juga penyair, dan kesemua mereka mendapat ilmu daripadanya”. Beliau juga berkata: “Aku tidak pernah jumpa orang yang setaraf dengan Imam Syafie dan beliau (Imam Syafie) juga tidak nampak orang yang setaraf dengannya”. Berkata Sa’lab: “Imam Syafie merupakan seorang Imam dalam ilmu bahasa”. Abi Abdillah Nuftuwaih berkata: “Perumpamaan Imam Syafie di kalangan para ulamak adalah seperti bulan purnama di kalangan bintang-bintang di langit”.
Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji, dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah. Sufyan pernah berkata tentang Imam Syafie: “Dialah (Imam Syafie) sebaik-baik pemuda zamannya”. Antara muridnya pula ialah Imam Ahmad bin Hanbal.
Imam Ahmad sangat menyayangi Imam Syafie. Beliau pernah berkata: “Sesungguhnya aku sentiasa berdoa di dalam solatku kepada Imam Syafie semenjak empat puluh tahun. Tidak ada seorang pun di kalangan fuqaha yang terlalu mengikut Hadis Nabi berbanding Imam Syafie”. Bilamana anak beliau bertanyakan kenapa beliau banyak berdoa kepada Imam Syafie, beliau menjawab: “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia ini dan seperti afiat bagi badan, maka adakah lagi yang kamu nampak yang boleh menggantikan kedua-dua ini”?
Imam Syafie tidaklah berumur panjang, dan beliau meninggal di Mesir ketika berumur
Labels: Tokoh
Mengenali Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah
Beliau dibesarkan dalam suasana ilmu sehinggalah beliau mampu berfatwa sebelum mencapai umur 20 tahun. Mempunyai ingatan yang sangat hebat sehingga dikatakan bahawa beliau tidak akan lupa apa sahaja yang diingatinya. Keberaniannya dalam menegakkan kebenaran tidak hanya pada lidah dan pena, bahkan beliau sendiri mengetuai angkatan tentera berjihad menentang pencerobohan Tatar. Mempunyai penulisan yang sangat banyak sehingga dikatakan penulisannya melebihi 500 jilid buku. Sangat kuat beribadah dan terlalu zuhud dan juga sangat pemaaf. Diiktiraf oleh ramai ulamak sebagai seorang mujtahid mutlaq. Dikatakan mana-mana hadis yang tidak diketahuinya adalah bukan hadis yang sebenar. Beliau pernah berkata: “Sesungguhnya kebunku berada di dadaku. Ia akan bersamaku di mana saja daku berada. Penjara bagiku adalah tempat khalwat (dengan Allah SWT), pembunuhanku adalah syahid dan buang daerah bagiku adalah melancong”.
Pujian ulamak terhadapnya tidak tertulis banyaknya. Berkata Ibnu Daqiqil Id: “Setelahku bertemu dengan Ibnu Taimiyyah, aku melihat seorang lelaki yang mana semua ilmu berada di kepalanya, dia akan ambil atau tinggalkan apa sahaja ilmu yang dia mahu”. Katanya lagi: “Aku tak sangka yang Allah SWT masih lagi menciptakan makhluk yang (sebegitu hebat) sepertimu”. Berkata Ibnu Sayyidinnas: “Kalaulah beliau bercakap dalam tafsir, maka beliaulah pembawa benderanya (tiada tandingan), bila berfatwa dalam fiqh, maka beliaulah yang sangat memahami tujuannya, bila bercakap mengenai hadis, maka beliaulah pemilik ilmu dan perawinya, bila bercakap mengenai perbandingan agama dan mazhab, maka tidak akan didapati sesiapapun yang setanding dengannya dan yang akan mengatasinya.”.
Berkata Ibnu az-Zamlakani yang beberapa kali berdebat ilmiah dengan Ibnu Taimiyyah: “Bila saja beliau ditanya tentang sesuatu ilmu, maka penonton dan pendengar akan menyangka beliau hanya mengetahui ilmu itu (kerana kepakarannya dalam ilmu tersebut, sedangkan seluruh ilmu dikuasainya) dan semua akan mengiktiraf bahawa tiada manusia seperti beliau”. Beliau juga berkata: “Tidak pernah ditemui (ulama’ yang hebat) sepertinya semenjak empat atau
Beliau meninggal dunia pada 20 Zulqe’dah tahun 728H di satu penjara di Damsyiq setelah dua tahun di dalamnya. Jenazahnya dihadiri ratusan ribu manusia. Beliau sempat mengkhatamkan al-Qur’an sebanyak 80 kali semasa di penjara. Pada kali yang ke 81, beliau hanya sempat membaca sehingga ayat yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa akan berada dalam syurga-syurga dan sungai-sungai. Pada kedudukan yang sebenar di sisi Tuhan Yang Maha Kuasa”.
Sumbangilah untuk pembinaan Masjid al-Barakah, Kg. Tasek
Labels: Tokoh
