Tokoh : Ibnu Taimiyyah
2 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Monday, October 23, 2006 at 11:34 AM.Mengenali Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah
Beliau dibesarkan dalam suasana ilmu sehinggalah beliau mampu berfatwa sebelum mencapai umur 20 tahun. Mempunyai ingatan yang sangat hebat sehingga dikatakan bahawa beliau tidak akan lupa apa sahaja yang diingatinya. Keberaniannya dalam menegakkan kebenaran tidak hanya pada lidah dan pena, bahkan beliau sendiri mengetuai angkatan tentera berjihad menentang pencerobohan Tatar. Mempunyai penulisan yang sangat banyak sehingga dikatakan penulisannya melebihi 500 jilid buku. Sangat kuat beribadah dan terlalu zuhud dan juga sangat pemaaf. Diiktiraf oleh ramai ulamak sebagai seorang mujtahid mutlaq. Dikatakan mana-mana hadis yang tidak diketahuinya adalah bukan hadis yang sebenar. Beliau pernah berkata: “Sesungguhnya kebunku berada di dadaku. Ia akan bersamaku di mana saja daku berada. Penjara bagiku adalah tempat khalwat (dengan Allah SWT), pembunuhanku adalah syahid dan buang daerah bagiku adalah melancong”.
Pujian ulamak terhadapnya tidak tertulis banyaknya. Berkata Ibnu Daqiqil Id: “Setelahku bertemu dengan Ibnu Taimiyyah, aku melihat seorang lelaki yang mana semua ilmu berada di kepalanya, dia akan ambil atau tinggalkan apa sahaja ilmu yang dia mahu”. Katanya lagi: “Aku tak sangka yang Allah SWT masih lagi menciptakan makhluk yang (sebegitu hebat) sepertimu”. Berkata Ibnu Sayyidinnas: “Kalaulah beliau bercakap dalam tafsir, maka beliaulah pembawa benderanya (tiada tandingan), bila berfatwa dalam fiqh, maka beliaulah yang sangat memahami tujuannya, bila bercakap mengenai hadis, maka beliaulah pemilik ilmu dan perawinya, bila bercakap mengenai perbandingan agama dan mazhab, maka tidak akan didapati sesiapapun yang setanding dengannya dan yang akan mengatasinya.”.
Berkata Ibnu az-Zamlakani yang beberapa kali berdebat ilmiah dengan Ibnu Taimiyyah: “Bila saja beliau ditanya tentang sesuatu ilmu, maka penonton dan pendengar akan menyangka beliau hanya mengetahui ilmu itu (kerana kepakarannya dalam ilmu tersebut, sedangkan seluruh ilmu dikuasainya) dan semua akan mengiktiraf bahawa tiada manusia seperti beliau”. Beliau juga berkata: “Tidak pernah ditemui (ulama’ yang hebat) sepertinya semenjak empat atau
Beliau meninggal dunia pada 20 Zulqe’dah tahun 728H di satu penjara di Damsyiq setelah dua tahun di dalamnya. Jenazahnya dihadiri ratusan ribu manusia. Beliau sempat mengkhatamkan al-Qur’an sebanyak 80 kali semasa di penjara. Pada kali yang ke 81, beliau hanya sempat membaca sehingga ayat yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa akan berada dalam syurga-syurga dan sungai-sungai. Pada kedudukan yang sebenar di sisi Tuhan Yang Maha Kuasa”.
Sumbangilah untuk pembinaan Masjid al-Barakah, Kg. Tasek
Labels: Tokoh

salam kenal untuk saudaraku di malaysia
mujaddid...