TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


« Home | About Us »

Aqidah : Soalan Mengenai Kedatangan Roh

Beberapa Persoalan Mengenai Kedatangan Roh

Seorang kenalan telah bertanyakan saya tentang kebenaran dan hakikat yang didakwa oleh sesetengan daripada kita, bahawa datang kepada mereka beberapa roh wali-wali dan roh-roh itu berinteraksi dengan mereka. Bahkan dalam beberapa keadaan, roh-roh tersebut membantu mereka menyembuhkan penyakit dan mengajar mereka beberapa ilmu dan hikmat. Sebelum menjawab persoalan yang menyentuh akidah ini, saya ingin tujukan kepada golongan yang mempercayai akan kedatangan roh tersebut beberapa soalan. Antaranya ialah:-

1- Adakah mereka yakin dan mengetahui bahawa yang datang itu adalah roh, sedangkan mereka juga tidak mengenali roh? Dan Allah SWT pula berfirman: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, maka katakanlah: “Roh itu termasuk dalam urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberikan pengetahuan melainkan sedikit”. Surah al-Isra’:85. Kerana itu, apakah alamat yang membolehkan mereka kenal bahawa yang datang itu adalah roh?

2- Kalaulah benar roh yang datang, mengapa ia datang dan memasuki jasad orang lain, kenapa ia tidak datang kembali kepada jasadnya? Tidakkah lebih baik dan munasabah roh orang yang mati itu datang dan memasuki jasadnya, berbanding memasuki jasad orang lain?

3- Adakah benar roh orang yang mati itu boleh kembali dan memasuki mana-mana jasad yang ingin dimasukinya atau mana-mana jasad orang yang disuruh oleh pemanggilnya? Tidakkah ini bertentangan dengan fakta yang difahami daripada firman Allah SWT: Sehinggalah datang kepada salah seorang daripada mereka itu kematian, dia akan berkata: “Wahai Tuhanku, kembalikan daku (ke dunia) {99} supaya aku dapat berbuat amalan salih (kebaikan) yang aku tinggalkan”. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu adalah perkatan yang diucapkan sahaja. Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan{100}. Surah al-Isra’: 99 dan 100. Ayat ini menerangkan bahawa sesudah kematian mereka berada di alam berzakh, iaitu satu kehidupan yang baru yang membatasi antara dunia dan akhirat.

4- Roh orang yang mati akan berada di alam barzakh. Itulah akidah kita orang Islam. Adakah roh yang sudah kembali ke alam barzakh boleh datang semula ke alam dunia, sedangkan dua alam ini berlainan? Tidakkah manusia dengan segala kecanggihan yang ada tidak mampu untuk kembali berada dalam alam rahim setelah keluar dari perut ibunya, sekalipun pada alam yang sama?

5- Alam barzakh bukan lagi tempat beramal. Kenapakah roh itu datang dan berinteraksi dengan manusia, bahkan menolong manusia. Adakah lagi amalan yang mampu dibuat setelah roh meninggalkan jasad, sedangkan Allah SWT berfirman: Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu, lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku mampu bersedekah dan aku termasuk dalam golongan yang solih?”. Surah al-Munafiqun: 10.

6- Jika benar roh yang datang, kenapa dia tidak mengambil peluang ini untuk bertaubat, bersedekah dan melakukan segala jenis amalan kebajikan? Tidakkah ini lebih baik baginya daripada membuang masanya dengan berbual-bual kosong memperkenalkan dirinya kepada manusia? Atau memang mereka dihalang untuk kembali walaupun sesaat ke dunia ini?

7- Jika benar roh yang datang dan membantu manusia (membuat kebaikan), maka persoalannya adakah roh itu akan mendapat pahala daripada amalannya itu, sedangkan Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila mati seorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara: (iaitu pahala amalannya yang dilakukannya semasa hayatnya masih diberikan pahala), sedekah yang berkekalan, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang solih yang berdoa kepadanya. Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.

8- Dan jika roh itu datang dan mengganggu manusia (membuat dosa), adakah dia akan dianggap berdosa? Tidakkah perhitungan amalan manusia hanya sesudah roh keluar daripada jasad? Allah SWT berfirman: Dan beribadatlah kepada Tuhanmu sehingga datang kepadamu keyakinan (kematian). Surah al-Hijr: 99. Tidakkah dua akidah ini bercanggahan?

9- Kalaulah dikatakan bahawa roh yang membuat amalan salih itu diberikan pahala, maka tidakkah ini membawa kepada mengingkari ayat-ayat suci al-Qur’anul Karim dan juga Hadis-hadis Nabi s.a.w.? Ini kerana dunia ini tempat beramal, dan alam selepasnya adalah tempat balasan. Tidakkah benar begitu?

10-Dan jika dijawab bahawa roh itu tidak akan mendapat pahala, maka siapakah yang akan mendapat pahala daripada amalan salih yang dilakukannya tadi? Atau memang roh tidak boleh kembali sebagaimana yang mereka percayai itu?

11-Dan jika ia melakukan pembohongan dan dosa, adakah ia akan berdosa? Maka jika dijawab dengan ya, maka bilakah ia akan dikenakan azab seksaan kuburnya? Atau orang yang mempercayai kedatangan roh itu menolak aqidah seksaan kubur? Dan bilakah roh ini akan mengetahui kedudukannya yang sebenar? Sedangkan Allah SWT berfirman: Kamu telah dilalaikan oleh sikap ingin bermegah-megah (dengan memperbanyakkan harta, pengaruh, pangkat dan sebagainya). Sehinggalah kamu memasuki kubur. Jangan begitu, kelak kamu akan mengetahui. Kemudian, janganlah begitu, (kerana) kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin. Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim. Kemudian kamu sesungguhnya benar-benar akan melihatnya dengan ainul yaqin (mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat). Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan. Surah at-Takasur: 1-8.

12-Dan jika dikatakan bahawa roh itu tidak berdosa, sebaliknya yang berdosa ialah orang yang dimasukinya. Maka persoalannya ialah, tidakkah ini berlawanan dengan akidah Islam yang menganggap bahawa seseorang itu tidak akan menanggung dosa orang lain? Kenapa dia dipersalahkan sedangkan roh orang lain yang melakukannya? Firman Allah SWT: Dan seseorang yang berdosa tidaklah memikul dosa orang yang lain. Surah al-Isra’: 15

13-Ada roh yang datang mengaku bahawa ia adalah roh wali si polan atau Nabi Khidir dan sebagainya. Adakah benar dakwaan roh tersebut, sedangkan kita tidak mengenalinya dan tidak juga mengenali jasadnya? Kita hanya mengenali sirahnya. Kalaulah manusia yang nampak dilihat ini boleh mengaku apa sahaja namanya kerana kita tidak mengenalinya, maka tidakkah persoalan yang sama boleh kita letakkan ke atas roh ghaib yang datang tadi?

14- Kalaulah benar roh yang datang itu roh para wali, kenapakah ia datang membantu kita? Tidakkah lebih munasabah ia pergi membantu saudara-saudara kita yang dibunuh dengan kejam oleh orang-orang Yahudi, Amerika dan juga Rusia? Atau pergi membantu menyekat remaja-remaja muslimah yang hendak dirogol oleh lelaki jahat atau mahramnya? Tidakkah ini lebih baik jika ia mampu untuk pergi menolong siapa sahaja yang dikehendakinya?

15-Tidakkah Allah SWT sahaja yang berkuasa mencabut roh? Tidakkah orang yang mengangap bahawa yang datang itu adalah roh mengetahui yang Allah SWT berfirman: Allah (jualah yang) memegang jiwa (roh manusia) ketika matinya dan (Dia jugalah yang memegang) jiwa (roh) yang belum mati diwaktu tidurnya. Maka Dia tahankan jiwa (roh orang) yang telah Dia tetapkaan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa (roh) yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir (menggunakan akal fikiran. Surah az-Zumar: 42. Adakah mereka tidak beriman dengan ayat suci ini atau dalam hati mereka ada penutup yang menyebabkan mereka menolak ayat-ayat Allah SWT?

16-Kalaulah roh itu dapat datang setelah dipanggil, kenapa tak dipanggil saja roh Saidina Hamzah, Khalid al-Walid, Saidina Umar dan seumpama mereka untuk membantu menguatkan kekuatan Islam? Kenapa tak dipanggil saja roh Imam Syafie, Maliki, Ghazali, Nawawi dan seumpama mereka untuk diajukan persoalan masalah-masalah fiqh yang baru dan terkini?

17- Diriwayatkan dalam suatu hadis, Rasulullah SAW ada bersabda: Kubur itu samada satu taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka. Riwayat Tirmizi. Kalaulah roh yang baik yang datang, kenapakah mereka bersusah payah datang sedangkan mereka berada dalam kenikmatan?

18-Dan jika roh orang yang berdosa yang datang, tidakkah ini boleh merehatkannya daripada azab kuburnya? Mungkin semua roh orang yang berdosa akan keluar untuk melepaskan diri daripada azab kuburnya? Adakah ini benar bagi orang yang berakidah dengan akidah Islam yang sebenar?

19-Tidakkah mempercayai kedatangan kembali roh itu bererti menolak banyak daripada ayat-ayat suci al-Qur’anul Karim dan juga Hadis-Hadis Nabi s.a.w.? Manakah yang lebih patut bagi seorang yang beragama Islam, antara mempercayai ayat-ayat suci al-Qur’anul Karim dan juga Hadis-Hadis Nabawi atau mempercayai suara yang hanya menumpang jasad orang lain dan mendakwa ia adalah roh si polan bin si polan?

20-Adakah orang yang mempercayai kedatangan roh itu akan tetap berdegil dengan pegangannya itu setelah dikemukakan persoalan-persoalan ini? Atau mereka akan bertaubat dan kembali kepada kebenaran dan mengikut titah Allah SWT melalui firmanNya: Maka tanyalah orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui. Surah an-Nahli: 43.


Setelah diajukan solan-soalan ini, maka saya dengan yakin mengatakan bahawa yang datang itu bukanlah roh orang yang dah mati. Yang datang dan mengaku sebagai roh wali si polan dan si polan tidak lain melainkan jin yang ingin menyesatkan dan memperdayakan manusia. Mungkin kita tidak nampak akan kemudharatannya, kerana ia seumpama meletakkan racun yang halus di dalam madu yang manis. Memohon pertolongan jin boleh membawa kepada kesyirikan. Dan boleh jadi juga yang datang itu adalah “Qarin” si mati yang sentiasa mendampingi si mati semasa hayatnya. Kerana itulah dia sangat mengenalinya dan menyerupainya. Semoga kita semua terselamat daripada tipu daya syaitan. Allah Maha Mengetahui.

Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail. Sarjana Muda Syariah & Pengajian Islam, Univ. Mu’tah, Jordan. 1:54p22061425H08082004M

Labels: ,

17 Responses to “Aqidah : Soalan Mengenai Kedatangan Roh”

  1. # Anonymous Anonymous

    Assalamualaikum Tuan,

    Saya amat tertarik dengan ulasan Tuan berkenaan dengan Roh.

    Saya ada satu persoalan yang mungkin Tuan dapat huraikan.

    Apabila seseorang itu mati maka dia akan berpecah kepada 3 iaitu jasad, roh dan diri. Jasad akan kembali ke tanah, Roh kembali ke Hadrat Allah Taala dan kemana 'kita' akan tuju...  

  2. # Anonymous Anonymous

    Dah baca Furu masail? Dah baca kitab Imam RAmli? atau Imam Suyuthi? SEmuanya mengakui bahawa roh orang mati boleh datang membantu tetapi bukan sebarang roh. hanya roh orang bertaqwa. Itu karamah.  

  3. # Anonymous Anonymous

    memang betul ulasan saudara dengan bersumberkan dalil al quran. tapi masih ader yang tidak saudara terangkan. Pernahkah saudara mengkaji diri saudara sendiri. sudahkah saudara benar2 mengenal diri saudara. Manusia ada 2 : satu roh dan satu jasad kasar. Jasad kasar akan hancur dan binasa. mana mungkin jasad yang rosak roh akan kembali ke dalam jasad tersebut. saya ingin tanya saudara jika kita telah mati adalah roh kita benar2 akan naik kelangit atau hanya duduk di dalam kubur menghadapi siksa kubur. Sebelum saudara bercakap cuba saudara jalani dahulu jalan Toriqat mudahan Allah membuka jalan rahsia untuk saudara. setelah saudara mengenal siapa yang disembah iaitu Allah barulah boleh bercakap mengenai hal2 sebegini.
    Ada rahsia di sebalik rahsia. Tidak sia2 apa yang Allah ciptakan ini.  

  4. # Anonymous Anonymous

    Askum ustaz.

    Saya tertarik tentang "Qarin". Apa yang saya ketahui ialah setiap manusia, ada qarin yang mendampingi termasuklah Nabi saw. Namun saya kurang jelas.

    Boleh tak ustaz tuliskan artikal pasal qarin dalam blog ni.

    Saya yakin masih ramai yang masih tidak mengetahui tentangnya.

    Semoga memberi manfaat kepada pembaca.  

  5. # Blogger azizan

    bagaimana pula persoalan tawassul dengan nabi2, para wali dsb sedangkan mereka juga sudah mati?  

  6. # Blogger Al Mahadaya

    Hakikat Diri

    Setiap orang di sertai Jibrilnya. Hakikatnya hanya ada satu Jibril di alam raya ini tapi pancaran cahayanya ada dalam setiap diri. seperti Ruh tidah pernah dinyatakan dalam bentuk jamak didalam Al-Quran. Tetapi setiap diri mendapat tiupan ruh dari tuhan dan ruh tersebut menjadi si A, si B, si C Dst.. satu tetapi terpantul pada setiap cermin sehingga seolah2 setiap cermin mengandung Ruh, dan manusia sebenarnya adalah cermin bagi sang diri. setiap diri menerima limpahan cahayanya.
    Diantara limpahan cahayanya adalah Jibril yang menuntun setiap orang. Jibril akan menuntun manusia ke jalan yang benar, yang telah membersihkan dirinya, membersihkan cerminnya, membersihkan hatinya. Jibril lah yang menambah daya agar teguh dan tebal keimanan seseorang. Jibril berdampingan dengan Guru sejati, bersanding dengan diri Pribadi.

    Ke Dua Malaikat Israfil. sebagai Pelita Hati bagi manusia agar hatinya tetap terang, Itulah sebabnya sejahat-jahatnya manusia masih ada secercah cahaya dalam hatinya, tetap ada kebaikan yang dimilikinya meski hanya sebesar debu…

    Yang ketiga adalah Malaikat Mikail, Salah satu malaikat yang menjadi pembesar para malaikat. Tugas malaikat Mikail adalah Memelihara Kehidupan. Jika seseorang memohon perlindungan tuhan, maka Mikail yang akan menjalankan perintah Tuhan untuk melindunginya.

    Ke Empat adalah Malaikat Izrail. Malaikat Maut yang dipercaya sebagai yang bertanggung jawab akan Kematian. Kehadirannya amat ditakuti Manusia. Jika ajal telah tiba maka ia akan mewafatkan manusia sesuai waktunya.

    Malaikat maut ini ternyata saudara Manusia sendiri bukan orang lain dan ia tidak akan menyalahi tugasnya bila seseorang belum sampai ajalnya dia tak akan mewafatkannya. Dia hadir untuk meringankan penderitaan manusia, saudara sejati pasti melindungi bila yang bersangkutan selalu di jalan yang benar. Bayangkan bila manusia tidak boleh mati tetapi hidupnya menderita..? apa tidak tersiksa..? bayangkan bila ada orang yang hendak mati tetapi terlalu sukar. Izrail disebut sebagai kekuatan Tuhan yang berada di dalam Darah. Dalam kehidupan sehari hari Izrail bertugas untuk menjaga hati yang suci, Jika hati terjaga kesuciannya maka ketakutan akan hidup menderita dan kematian akan tak ada lagi.

    Jika ajal telah sampai maka Izrail akan bersidang dgn malaikat lainnya, untuk mengakhiri hidupnya. Kekuatan pada sang Jiwa diangkat keluar tubuh, sehingga tubuh tak dapat lagi dikendalikan oleh jiwa. Ruh penyambung hidup kita lepas dan tubuh menjadi longlai tidak berdaya dan ini bentuk umum kematian bagi manusia.. bila Diri Sejati manusia mampu memimpin saudara-saudaranya untuk melepaskan Jiwa manusia kealam Gaib. Orang demikian sudah tentu menyongsong kematiannya dengan benar, dia memberitahukan pada sanak dan saudaranya bila kematiannya akan datang.
    Seseorang peminta telah meminta kedatangan azab yang bakal terjadi, (1) Untuk orang-orang kafir, yang tidak seorangpun dapat menolaknya, (2)dari Allaha, Yang mempunyai tempat-tempat naik. (3) Malaikat-malaikat dan ruh naik kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.(4) Al Maarij
    Apabila roh telah pergi menuju hazrat tuhan, jasad tiada bermakna lagi. Oleh itu di dlm al quran tiada terdpt seksa kubur.
    Mempercayai dan mengenal malaikat adalah salah satu rukun iman.  

  7. # Anonymous TMSTI

    Salam. "Kebenaran Asalama" ini adalah Dajjal yang ingin menyesatkan anda semua. Komenya itu dusta yang diilhamkan syaitan kepadanya. Semoga dia bertaubat, dan jangan kita semua terpedaya dan tertipu dengan ajaran sesatnya.  

  8. # Anonymous Anonymous

    Salam Ustaz,

    Terima kasih di atas penjelasan yg terang. Entah kenapa setengah orang tak faham. Itu biasalah, ada yg faham ada pula yg tak faham. Jangan sengaja tak mahu faham sudahlah.

    Saya percaya bahawa yg datang itu besar kemungkinannya adalah qariin si mati. Qariin itu teman. Di dalam Az zukruf 36 ada perkataan qariin di situ. Tapi qariin di dalam ayat itu merujuk kepada syaitan yg Allah adakan untuk orang yg menolak ajaran Ar Rahman, ia itu Quran. Maknanya orang yg beriman kepada Quran tidak ada qariin (syaitan) padanya.

    Wallahu'alam.  

  9. # Anonymous Anonymous

    salam tuan..macamana pula cerita tentang roh org yg telah mati dtg kedalam mimpi saudaranya dan menuntut saudaranya itu membayar hutang simati yg berhutang dgn seseorg semasa hayatnya...dan ternyata mimpinya itu benar..memang simati ada berhutang dgn sesorang dan apabila hutangnya telah diselesaikan, roh simati tdi tidak lagi muncul dlm mimpi saudaranya itu..bukan sehari dua saudaranya itu bermimpi simati tdi diseksa sehingga kehitaman dan hangit dan meronta2 supaya hutangnya diselesaikan,malah berminggu2..dan disebabkan ini juga membuatkan saudaranya itu insaf dan mendekatkan diri kpd tuhan..ADAKAH INI JUGA MAINAN SYAITAN DAN JIN??KALAU BETUL,,KENAPA SYAITAN DAN JIN ITU BERBUAT DEMIKIAN?? BUKANNYA MENYESATKAN MANUSIA MALAH MENUNTUN MANUSIA KEMBALI BERIMAN KEPADA ALLAH..TIDAKKAH ITU BERTENTANGAN DGN SIFAT SYAITAN YG SEPATUTNYA MENYESATKAN MANUSIA??? WALLAHUALAM...HARAP TUAN DPT MENERANGKAN SITUASI INI KPD SAYA..  

  10. # Anonymous hipnotis jakarta

    Assallammu'aliakum,

    Terimaksih ustad atas pencerahaanya, yg jelas manusia hanya sedikit tahu soal sesuatu yg ghaib :)  

  11. # Blogger Zaun Abah Bahlul

    kalo yg namanya tipuan/umpan ya sudah pasti tampil membingungkan. Aku aja kasih racun bwt tikus memakai nasi beneran. Apa lagi setan sicerdik licik ulet dan tlaten dalam menipu manusia, seolah 2 menolong yg hasilnya menyesatkan.
    Aku sepaham dgn uraian pak ustadz. Cuma satu yang blum aku mengerti. Manakala Rasulullah menerima perintah shalat bukankah disitu terkisah dgn arwah para anbiya.
    Mohon dibahas ya.  

  12. # Blogger John
  13. # Anonymous Anonymous
  14. # Anonymous Anonymous
  15. # Blogger raybanoutlet001
  16. # Blogger Unknown
  17. # Blogger خدمات منزلية
Post a Comment



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health