TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Ibadah : Beberapa kesilapan imam solat.

Beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh Imam dalam solat.

I Kesilapan Sebelum Bersolat.

1- Menganggap menjadi imam itu sebagai kemegahan, yang akhirnya menghilangkan sifat keikhlasan dalam beribadat.

2- Membaca "Usolli" (lafaz niat) dengan nyaring. Rasulullah s.a.w. tidaklah membaca "Usolli" sebelum bersembahyang. Bacaan "Usolli" itu disunatkan oleh sesetengah ulamak untuk membantu memudahkan niat. Jika tidak kerana demikian, sunnah Rasulullah s.a.w. adalah lebih utama untuk diikuti. Lagipun tidak ada seorang ulamak pun yang menyunatkan supaya dinyaringkan bacaan tersebut, samada dia adalah seorang imam ataupun makmum.

3- Terlalu lama untuk bertakbir "Takbiratul Ihram" kerana sibuk dengan bacaan-bacaan yang tidak ada pun nas daripada sunnah Nabi s.a.w. supaya dibacanya seperti surah an-Nas, "Basmalah", "Istiazah" dsbgnya.

4- Tidak memperbetulkan saf makmum sebelum bertakbir.


II Kesilapan Dalam Solat

1- Terlalu cepat dalam melakukan pergerakan sembahyang, menyebabkan makmum tidak dapat mengikut imam dengan baik.

2- Menyaringkan bacaan pada tempat yang tidak disunatkan nyaring. Perkara ini sering berlaku, melainkan kepada orang yang dipelihara oleh Allah.

3- Membaca ayat atau surah terlalu panjang pada keadaan yang tidak mengizinkan, seperti ketika ada kecemasan dsbgnya., atau membaca ayat terlalu pendek. Surah yang pendek adalah lebih baik daripada satu ayat yang terlalu pendek.


III Kesilapan Selepas Solat.

1- Menyaringkan bacaan doa "Allahumma inni as'aluka ridhoka…" ketika memberi salam.

2- Menganggap bahawa masih wujud ikutan antara makmum dan imam selepas salam.

3- Menjadikan bacaan yang tidak warid daripada sunnah Nabi s.a.w. sebagai wirid dan menyaringkannya, sedangkan wirid yang sunnah diabaikannya. Seperti membaca bersama "Ilahi lastuli firdausi ahla…", “Yaa amanna khaa ifiin….”, imam menyebut al-Fatihah, dsbgnya.

4- Menyaringkan wirid pada keadaan yang tidak digalakkan menyaringkannya, apatah lagi jika masih ada lagi makmum masbuq yang sedang bersembahyang atau yang bersembahyang sunat.

5- Menentukan aturan doa yang sama sahaja untuk setiap kali lepas sembahyang, sedangkan banyak lagi doa yang warid daripada Rasulullah s.a.w. diabaikannya.

6- Menganggap sebagai sunnah Nabi apa yang diamalkan oleh masyarakat sekarang dengan bahawa wirid sembahyang mestilah berakhir dengan seorang imam membacakan doa dan diaminkan oleh para makmum.


Petikan dari artikal "Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam" oleh Us TMSTI yang akan disiarkan dalam masa yang terdekat, insyaAllah - zy.

Labels: ,

11 Responses to “Ibadah : Beberapa kesilapan imam solat.”

  1. # Blogger Teku

    masukkan sekali kalu buleh hujah naqliyyah mcm hadis nabi atau qaul ulama' yang support setiap point.  

  2. # Blogger Editor

    Berkata Imam Ghazali dalam Ihya' Ulmuddin:
    Sunat membaca Surah An-Nas, sebelum menunaikan solat.

    Apa yang dianjurkan oleh Imam Ghazali itu bertujuan menghilangkan was-was dan gangguan syaitan.  

  3. # Anonymous Anonymous

    erm... stiap kesilapan tu kn ada pmbetulannya. seeloknya diberitakn jgk pmbetulannya. so, imam2 kt sana bleh blaja drpd ksilapan mereka yg mgikut2 imam yg sedia ada.  

  4. # Blogger Taufiq Musaddad Ahmad

    stSalam alaik...Saya ingin memberi komentar ttg Sunat Membaca Sura an-Nas sebelum solat...kebetulan saya sedang Siapkan Buku Panduan Solat Menurut Imam asy-Syafiie maka saya terpaksa gali dari sumbernya spt kitab al-Umm dll jadi jawaban editor yang menukilkan dari Imam al-Gazali itu memang Benar dan Sahih...sbb sunat saja bagi memohon perlindungan dari gangguan syaitan...hal ini dapat di lihat dengan lebih jelas pembahasannya dalam Kitab Bidayah al-Hidayah Hal 44....imam asy-syafiie tak pula saya temui sebarang penjelasan....t kaseh Ust Hj Taufiq Musaddad Hj Ahmad Abu Musa An-Nawawi Bekas Setiausaha J/K Fatwa Negeri Pulau Pinang.  

  5. # Blogger John
  6. # Anonymous Anonymous
  7. # Anonymous Anonymous
  8. # Anonymous Anonymous
  9. # Blogger Unknown
  10. # Blogger Unknown
  11. # Anonymous Obat Penyakit Sembelit Paling Ampuh
Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health