Husam Bertanding No. 2 - Kenyataan Rasmi
4 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Monday, May 25, 2009 at 4:15 PM.KENYATAAN RASMI YB. DATO’ HAJI HUSAM BIN HAJI MUSA
Dengan Nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang
Maha Berkuasa Atas Semua Perkara
Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang mulia.
Saya terlebih dahulu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana sekali lagi mendapat kepercayaan ahli-ahli untuk terus memimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai Presidennya.
Beliau mempunyai tsiqah dan kepercayaan yang tinggi dari ahli-ahli untuk memimpin PAS berasaskan Islam yang komprehensif dengan pendekatan yang mampu melonjakkan sokongan masyarakat silang budaya dan agama di Malaysia.
2. Sebagai sebuah parti yang mengamalkan kepimpinan kolektif, lengkap melengkapkan antara satu sama lain dan dipandu oleh Majlis Syura Ulama’, saya yakin bahawa gandingan yang mantap boleh membantu Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memimpin PAS terus menerus menerokai kemajuan dan pembukaan sehingga berjaya dari segi politik menggantikan tempat UMNO sebagai teraju utama negara pada masa akan datang.
3. Setelah mempertimbangkan semua aspek; termasuk pengharapan yang dinyatakan oleh Kawasan-Kawasan PAS di seluruh negara, baik yang mencalonkan saya atau pun tidak, serta keputusan Majlis Syura yang bersidang pada 10 Mei 2009 yang menyatakan tidak ada ketetapan bahawa jawatan yang saya akan tandingi adalah khusus, tertutup dan eksklusif, serta, pengurusan dan kepimpinan pada peringkat tertentu yang memerlukan satu semakan untuk keperluan semasa yang mendesak, saya dengan segala rendah diri, tawadhu’ dan semangat yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W untuk tegur menegur baik dengan lisan mahupun tindakan, mengumumkan menerima pencalonan sebagai Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2009/2011.
4. Saya yakin, kawasan-kawasan yang mencalonkan saya, melaksanakan pencalonan itu dengan penuh tanggungjawab dan pertimbangan yang tidak harus diperkecilkan oleh mana-mana pihak atas kematangan dan pengharapan mereka.
Melalui semangat tarbiyyah Islamiyyah yang telah dijalani oleh semua peringkat parti, terutama selepas Kepimpinan Ulama’ mengambil alih teraju kepimpinan PAS sejak 1982, serta amal Islami dan adab jamai’ie yang berteraskan ukuran ukhrawi yang menjadikan PAS berbeza dari parti politik yang lain, saya sangat berharap bahawa keputusan saya ini diterima dengan dada yang terbuka dan pertandingan ini berlangsung dalam semangat ukhuwwah Islamiyyah dan ethika persahabatan yang tinggi. Semoga segalanya berjalan sebagai ubudiyyah dengan segala tertib dan rukunnya.
Sesungguhnya, saya bersetia dan menyatakan wala’ saya yang tidak berbelah bahagi kepada PAS, Presiden Parti, Mursyidul Am dan Majlis Syura seperti sepatutnya dilakukan oleh ahli parti yang terdidik.
5. Saya yakin, ahli-ahli tidak terpengaruh dengan percaturan UMNO/media-media tertentu atau mana-mana pihak luar untuk mencorakkan keputusan ahli dalam pemilihan saf kepimpinan PAS nanti.
6. Berdasarkan waqi’ atau realiti politik negara pada hari ini, saya berkeyakinan bahawa sudah sampai masanya PAS berusaha menggantikan tempat UMNO sebagai teraju utama politik negara dan ini hanya boleh dilakukan dengan PAS menjadi pesaing UMNO dan bukan rakan dalam apa bentuk ikatan.
Penolakan ke atas UMNO adalah kerana sifat perjuangannya yang memisahkan aktiviti pemerintahan dari hitungan akhirat dan bimbingan wahyu, yang membawa kepada berleluasanya korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa serta hilang puncanya UMNO dalam isu hubungan kaum dan agama di Malaysia.
Segala keburukan yang berlaku dalam negara ini, baik amalan demokrasi yang tempang, kehilangan rule of law dan runtuhnya kepercayaan terhadap semua institusi utama dalam negara, peningkatan jenayah, keruntuhan akhlak dan kepincangan-kepincangan yang lain memerlukan islah yang menyeluruh dengan kedudukan PAS sebagai teraju perubahan, dengan izin Allah.
7. Kepercayaan masyarakat bukan Islam yang semakin subur terhadap PAS kini tidak harus sama sekali dipersia-siakan baik dalam konteks dakwah mahu pun pengukuhan politik menuju kedudukan sebagai parti yang paling dipercayai, bersekali dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dengan kedudukan PAS yang mampu berdiri sama tinggi.
Saya, Husam Haji Musa, dengan ini, mengumumkan menerima pencalonan sebagai Timbalan Presiden PAS.
Kepada Allah saya bertawakkal.
30 Jumad Al Ulaa 1430
25 Mei 2009
Pejabat Agung Pas,
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Lihat juga:
PAS: Husam sah cabar Nasharuddin - MalaysiaKini
Datuk Husam Musa will run for Pas No 2 - MalaysiaInsider
Husam, Mahfuz sahkan bertanding - MalaysiaToday
SYARAT SAH DUA KALIMAH SYAHADAH
16 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Friday, May 22, 2009 at 11:50 AM.Lafaz Dua Kalimah Syahadah
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang sebenar) melainkan Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah (Rasulullah).
Maksud Dua Kalimah Syahadah
Syahadah yang pertama bermaksud meyakini bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah SWT. Dialah yang berhak disembah, dan segala yang disembah selain Allah adalah salah dan palsu. Syahadah pertama menafikan segala apa yang disembah selain Allah dan juga menetapkan bahawa ibadah atau penyembahan hanya layak untuk Allah SWT. Syahadah kedua bererti mengakui kerasulan Nabi Muhammad dan menerima segala ajaran baginda, kerana baginda adalah utusan Allah kepada manusia.
Syarat Sah Syahadah “La ilaha illallah”
Seseorang yang mengucapkan syahadah, tidak akan sempurna syahadahnya melainkan dengan syarat-syarat berikut:-
1- Ilmu (Mengetahui dan memahami makna syahadah itu)
2- Yakin dengan apa yang difahami itu.
3- Menerima kandungan kalimah syahadah itu dengan hati dan lidah.
4- Patuh dengan maknanya dan tidak melakukan perkara yang membatalkannya.
5- Membenarkan hati dengan apa yang disebutkan lidah
6- Ikhlaskan syahadah hanya kepada Allah dan menjauhkan kesyirikan.
7- Mencintai segala tuntutan dan ajaran kalimah syahadah itu.
8- Menolak segala yang bertentangan dengan tuntutan syahadah.
Syarat Pertama: Ilmu ( Mengetahui Dan Memahami)
Seorang yang bersyahadah mestilah mengetahui dan memahami makna kalimah syahadah itu, samada nafi (penafian kepada sebarang sembahan selain Allah) atau isbat (meyakini hanya Allah yang layak dianggap sebagai tuhan). Dia mestilah memahami apa ajaran yang tersirat di sebalik syahadah tersebut. Firman Allah SWT:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
Ertinya: “Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah”. Surah Muhammad: 19.
Usman bin Affan menyatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ.
Ertinya: “Sesiapa yang mati, sedangkan dia mengetahui bahawa tiada tuhan melainkan Allah, maka dia akan masuk syurga”. Hadis riwayat Muslim.
Syarat kedua: Yakin
Pengetahuan dan kefahaman yang ada tadi mestilah diyakininya seratus peratus, tanpa sebarang keraguan dan syak. Ini kerana aqidah yang disertakan dengan keraguan bukanlah aqidah yang sebenar dan ia tertolak. Firman Allah SWT:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar”. Surah al-Hujurat: 15.
Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa Nabi s.a.w. memberikan kepadanya dua kasut baginda dan bersabda:
فَمَنْ لَقِيْتَ مِنْ وَرَاءَ هَذَا الْحَائِطِ يَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مَسْتَيْقِنًا بِهَا قَلْبُهُ، فَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ
Ertinya: “Sesiapa sahaja yang kamu jumpa di belakang kebun ini, yang menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dengan hati yang penuh yakin, maka gembirakanlah dia dengan (ganjaran) syurga”. Hadis riwayat Muslim.
Syarat Ketiga: Terima
Ilmu dan keyakinan tadi tidak lengkap tanpa menerima apa sahaja kandungan ajaran kalimah ini dengan hati dan lidahnya. Janganlah dia menyombongkan diri dengan menolak sebahagian ajaran “La ilha illallah”. Firman Allah SWT:
إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ
Ertinya: “Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: "Laa ilaaha illallah" (Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) mereka menyombongkan diri”. Surah as-Sofat: 35.
Orang yang memahami dan meyakini bahawa Islam adalah agama yang benar, namun menolaknya, maka ia adalah orang yang kafir.
Syarat Keempat: Patuh
Kepatuhan atau penyerahan diri yang sempurna terhadap tuntutan syahadah, dan meninggalkan segala yang membatalkan syahadah juga merupakan pelengkap kepada syarat sah syahadah. Orang yang bersyahadah sekali-kali tidak boleh melakukan perkara yang boleh membatalkan syahadahnya. Firman Allah SWT:
وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُورِ
Ertinya: “Dan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (patuh), sedang dia adalah orang yang muhsin, (beraqidah dan melakukan amalan dengan penuh keikhlasan), maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang kukuh (“La ilaha illallah”)”. Surah Luqman: 22.
Ini bukanlah bererti orang yang melakukan maksiat itu terbatal syahadahnya, namun ia mengurangkan keimanannya. Dan jika dia tidak patuh, sehingga melakukan apa yang boleh membatalkan syahadahnya, maka keimanannya sudah tidak berguna lagi, bahkan syahadahnya tertolak dan tidak diterima, sehinggalah dia kembali bertaubat (dengan bersyahadah, patuh dan menyempurnakan keseluruhan syarat syahadah).
Syarat Kelima: Benar
Syahadah menuntut supaya benar ucapan lidah dengan keyakinan di hati. Orang yang mengucapkan syahadah di lidah, tetapi kosong daripada keimanan di hati adalah orang kafir munafiq. Firman Allah SWT:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (8) يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Ertinya: “Di kalangan manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri, sedang mereka tidak sedar”. Surah al-Baqarah: 8-9.
Kerana inilah Rasulullah s.a.w. bersabda sebagaimana yang diceritakan oleh Muaz bin Jabal r.a.:
مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلاَّ حَرَّمَهُ اللهُ عَلَى النَّارِ.
Ertinya: “Sesiapa sahaja yang bersaksi dengan benar dari hatinya bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhamad itu Rasulullah (pesuruh Allah), maka Allah akan haramkannya daripada Neraka”. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Syarat Keenam: Ikhlas (Bersih Daripada Syirik)
Orang yang bersyahadah perlu mengikhlaskan ibadah dan perhambaan hanya kepada Allah. Dia perlu membersihkan dirinya daripada sebarang syirik, kerana ia akan membatalkan syahadahnya. Bahkan amalan yang dilakukan juga perlu bersih daripada riak dan mencari nama dan kemegahan, supaya ibadahnya diterima Allah. Firman Allah SWT:
وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ
Ertinya: “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama yang lurus”. Surah al-Bayyinah: 5.
Itban bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
فَإِنَّ اللهَ قَدْ حَرَّمَ عَلَى النَّارِ مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ يَبْتَغِيْ بِذَلِكَ وَجْهَ اللهِ.
Ertinya: “Sesungguhnya Allah telah haramkan api neraka kepada sesiapa yang mengucapkan (La ilaha illallah) “Tiada tuhan melainkan Allah”, dengan tujuan mencari keredhaan Allah”. Hadis riwayat Bukhari.
Syarat Ketujuh: Cinta Dan Sayang
Kesemua syarat yang lepas tidak akan sempurna tanpa kecintaan kepada Allah SWT dan juga ajaranNya. Firman Allah SWT
وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ
Ertinya: “Dan orang-orang yang beriman sangat-sangat mencintai Allah (melebihi segala-galanya)”. Surah al-Baqarah: 165.
Dan tanda kecintaan kepada Allah ialah mencintai apa yang dicintai Allah dan membenci apa yang dibenci Allah. Orang yang mencintai Allah dengan sendirinya akan mentaati Allah dan meninggalkan laranganNya. Dia akan menyokong orang yang menyokong ajaran Allah dan membenci orang yang membenci dan menafikan ajaran Allah, walau sesiapa pun. Kerana inilah asas keimanan yang paling penting ialah kecintaan kepada Allah. Dan orang yang membenci Allah SWT dan ajaranNya adalah orang yang kafir murtad, dan terbatal segala amalannya. Firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْسًا لَهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ (8) ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ
Ertinya: “Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amalan-amalan mereka. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan oleh Allah (Al Quran), lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amalan-amalan mereka.” . Surah Muhammad: 8-9.
Syarat Kelapan: Menolak Segala Yang Bertentangan Dengan Syahadah
Di samping semua perkara tadi, syahadah tidak akan sempurna melainkan setelah ditolak segala sembahan selain Allah dan segala ajaran selain Allah. Ini kerana syahadah yang pertama ini bukan sahaja bererti mengisbatkan ketuhanan Allah SWT, tetapi juga menafikan ketuhanan kepada selain Allah, kepatuhan yang mutlak kepada selain Allah dan menafikan segala ajaran dan hukum selain Allah.
Orang yang mengakui ketuhanan Allah SWT dan menyembahNya, tetapi menyembah juga perkara lain selain Allah adalah orang yang kafir. Firman Allah SWT:
Firman Allah SWT:
فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لاَ انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ertinya: “Maka sesiapa yang mengkufuri Thaghut (syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah s.w.t.) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kukuh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Surah al-Baqarah: 259.
FirmanNya lagi:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut ". Surah an-Nahl: 36.
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دُونِ اللهِ حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ، وَحِسَابُهُ عَلَى اللهِ.
Ertinya: “Sesiapa yang menyatakan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan mengkufuri apa sahaja yang disembah selain Allah, maka terpeliharalah harta dan darahnya. Dan perhitungan (yang sebenar terserah) kepada Allah”. Hadis riwayat Muslim.
Firman Allah SWT:
وَلا يَأْمُرَكُمْ أَنْ تَتَّخِذُوا الْمَلائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًا أَيَأْمُرُكُمْ بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Ertinya: “Dan (tidak wajar pula bagi seorang Rasul) menyuruhmu menjadikan malaikat dan para nabi sebagai tuhan. Apakah (patut) dia menyuruhmu kufur (kafir) sesudah kamu (menganut agama) Islam?"”. Surah Ali Imran: 80.
FirmanNya lagi:
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ بْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Ertinya: “Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka tidak disuruh melainkan menyembah tuhan yang Esa, tidak ada tuhan selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan”. Surah at-Taubah: 31.
Dan orang yang mengaku beriman, namun masih menerima selain hukum Islam sebenarnya orang yang kurang yakin dengan Islam dan akidahnya tertolak. Begitu juga orang yang mengaku beriman, tetapi masih menerima selain ajaran Allah dan tidak menganggapnya sesat, maka dia sebenarnya adalah orang yang kafir.
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلالا بَعِيدًا (60) وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا ((61
Ertinya: “Adakah kamu tidak melihat orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? (Padahal) mereka hendak berhakim kepada thaghut, sedangkan mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. dan syaitan (pula) ingin menyesatkan mereka (dengan) kesesatan yang sejauh-jauhnya. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang telah diturunkan Allah dan kepada hukum Rasul", nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu”. Surah an-Nisa’: 60-61.
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Ertinya: “Apakah hukum Jahiliyah yang mereka mahu, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?”. Surah al-Maidah: 50.
Syarat Tambahan Tentang Syahadah Kenabian
Syahadah yang kedua mengandungi pengiktirafan bahawa Nabi Muhamad adalah hamba pilihan Allah dan merupakan Rasul iaitu utusan Allah kepada manusia untuk menyampaikan ajaran Allah SWT. Syahadah kedua tidak lengkap melainkan dengan:
1- Mengiktiraf dan meyakini kerasulan Nabi Muhammad
2- Melafazkan pengiktirafan tersebut dengan lidah
3- Mengikuti baginda dengan mengamalkan kebenaran yang dibawanya dan meninggalkan kebatilan yang dilarang oleh baginda.
4- Membenarkan segala ajaran baginda
5- Mempercayai segala perkara ghaib yang dibawa oleh baginda
6- Mencintai baginda melebihi segalanya, termasuk diri sendiri, anak isteri & ibu bapa.
7- Mendahulukan ajaran baginda berbanding ajaran orang lain dan mengamalkan sunnah baginda.
Kelebihan Dua Kalimah Syahadah
Tidak ada satu kalimah yang lebih hebat daripada mengaku ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan inilah asas pertama yang membezakan antara Islam dan kufur. Orang yang enggan mengakuinya merupakan penderhaka yang memilih jalan ke neraka. Ubadah bin as-Somit r.a. meyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ شَهِدَ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ، حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ النَّارَ. رَوَاهُ مُسْلِم.
Ertinya: “Sesiapa yang bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, maka Allah akan mengharamkannya daripada neraka”. Riwayat Muslim.
Asas Agama Islam
Berdasarkan dua kalimah syahadah, asas agama Islam ialah:-
1- Jangan disembah melainkan Allah. ( Difaham daripada syahadah pertama)
2-Jangan menyembahNya melainkan dengan cara yang ditentukanNya. Iaitu melalui perantaraan Rasulullah s.a.w. (Difaham daripada syahadah kedua)
Email: tasekpauh@yahoo.com
Nizar MB yang sah - Berita Malang utk Umno BN
4 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Monday, May 11, 2009 at 4:58 PM.Nizar adalah MB yang sah sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi KL hari ini. Berita gembira untuk seluruh rakyat tapi berita malang bagi BN & Umno.
Nizar diberitakan dalam perjalana ke Ipoh untuk mengadap dan memohon perkenan sultan untuk membubar dewan negeri.
Kesabaran Pas ada Batas - Amaran TG Hj Hadi Kepada Umno
3 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Sunday, May 10, 2009 at 8:50 AM.Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada UMNO, kesabaran PAS terhadap apa yang dilakukan oleh UMNO ada sempadan.
"Apa yang Pas mahu buat, tunggu..." - TG Hj. Hadi.
Sila dengar amaran beliau yang dibuat dalam ucapan penerangan mengenai isu Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di Masjid Rusila, 9 Mei 2009. Amaran ini adalan ulangan kepada amaran yang beliau cetuskan semasa sidang media di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman sehari sebelum itu.
Bila jenayah tidak dihirau, ianya datang kepada 'penjaga'nya
4 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Saturday, May 09, 2009 at 7:17 AM.Senior Negri cop slashed outside his home
Tampin - May 08 - A chief inspector was slashed by an assailant outside his house in Taman Bukit Tampin near here, after returning home from playing badminton on Thursday night.
He suffered injuries on his face, back and hands, and was rushed to the district hospital in an ambulance and later transferred to the Tuanku Ja’afar Hospital in Seremban.
When met at the hospital Friday, Mohd Zain said he had almost reached his house when two men on a motorcycle cut into his path and asked him to stop.
“I had no idea why they stopped me. As I got out of the car, one of them took out a machete and attacked me.
“The incident happened so fast that I couldn’t even see their faces clearly,” he said, adding that both men could be in their 30s.
His attackers fled when Mohd Zain screamed in pain.
Mohd Zain’s son, Mohd Nazrullah, 24, when met at the hospital said doctors told him his father’s condition was stable.
“I rushed back from Kuantan when my family notified me of the attack.
“We have no clue why this happened,” he said.
When contacted, state police chief SACII Datuk Osman Salleh said police were investigating the motive of the attack.
“There were no eyewitnesses,” he said.
Osman, who visited Mohd Zain at the hospital, said police have classified the case under section 326 of the Penal Code for causing grievous hurt with a weapon. StarOnline 08May09
7 Mei DUN Ipoh - Satu Lagi Hari Yg Malang bagi Demokrasi
4 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Thursday, May 07, 2009 at 3:25 PM.Perkembangan terkini dari MalaysiaKini:
3.15pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah masuk ke dewan (lima jam lewat dari jadual asal) untuk majlis pembukaan persidangan DUN.
3.12pm V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempat yang tidak didedahkan. Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu.
3.10pm R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa.
Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan - Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja) - tetapi mereka enggan.
Speaker itu kemudian menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.
2.55pm Kumpulan "pegawai" mengelilingi tempat duduk Speaker - kini diambil alih oleh R Ganesan - untuk mengawal keadaan.
2.41pm Sekumpulan lelaki berjaket, dengan tag nama "pegawai", yang dilaporkan anggota polis mengheret V Sivakumar dan memaksanya keluar dewan.
2.35pm Usaha pengawal dewan dan kakitangan DUN mengalihkan V Sivakumar dari tempat duduknya dibantah oleh Speaker tersebut dan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat.
Sementara sekumpulan ADUN Pakatan yang lain cuba membawa keluar Ganesan, speaker lantikan BN, dari dewan.
2.15pm Persidangan dewan negeri Perak bersambung. Wakil-wakil rakyat Pakatan cuba menghalang R Ganesan, speaker lantikan BN, memasuki dewan.
Suasana kelam-kabut dan tidak menentu di dalam bangunan tersebut. Saling tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk, beberapa ADUN kelihatan nerdiri di atas meja.
Bebarapa pegawai polis masuk ke dalam dewan DUN bagi menenangkan keadaan, dengan disambut jeritan ADUN Pakatan agar mereka meninggalkan dewan.
Pada waktu yang sama, wakil-wakil rakyat pula berusaha membuang keluar V Sivakumar dari tempat duduk Speaker - tetapi beliau masih dikelilingi oleh beberapa ADUN Pakatan.
Labels: Malaysia
Dilema dan Fobia Najib
2 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Tuesday, May 05, 2009 at 11:10 AM.Sebagai manusia biasa yang mempunyai perasaan kesian sesama insan, kita tentunya kadangkala berasa kesian terhadap Perdana Menteri Malaysia yang baru sahaja memegang jawatan selama 32 hari.
Macam mana tidak kesian kepada beliau. Sudahlah insan yang bernama Najib Razak tidak langsung dipeduli oleh pemimpin-pemimpin dunia. Semasa dilantik menjadi Perdana Menteri berapa kerat pemimpin dunia, sama ada Presiden atau Perdana Menteri yang mengutus kawat tahniah kepada beliau. Yang ada terkonteng-konteng Perdana Menteri Singapura dan pemimpin kanan negara pulau itu serta beberapa duta dan perwakilan asing yang mengucapkan tahniah bagi pihak kerajaan mereka.
Beliau muncul dipersada politik sebagai Perdana Menteri keenam dalam suasana senyap sunyi seolah-olah perlantikan beliau tidak mempunyai apa-apa signifikan pada pandangan pemimpin dunia lain.
Keadaan ini jauh berbeza dengan Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein (ayah Najib), Hussein Onn, Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi. Ucap tahniah mencurah-curah datang dari pelbagai cara; melalui panggilan talipon, faks, telegram, emel, surat, utusan peribadi dan sebagainya.
Kalau betul-betul diperhatikan ianya memang menimbulkan perasaan kesian dan menyentuh kalbu mengenangkan nasib yang menimpa Perdana Menteri yang satu ini. Mana tidaknya, sebelum diangkat jadi Perdana Menteri lagi macam-macam perkara dikaitkan kepada beliau. Sewaktu menjadi menteri kabinet dalam tahun 1990an khabar angin bertiup kencang apabila namanya dikaitkan dengan seorang artis tempatan. Selepas penafian dibuat perkara itu terus berita itu lenyap daripada radar media.
Tetapi ingatan manusia tidak mudah luput terutama apabila ia melibatkan berita sensasi. Semasa kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang bulan lalu sekali lagi cerita lama ini diungkit malah siap dengan poster dan gambar artis itu sekali. Dahsyat sungguh memori silam yang manis kalau dicungkil kembali mampu menjadi mimpi ngeri.
Bukan sahaja pemimpin dunia seolah-olah memulau beliau malah media negara mereka mengata bermacam-macam pula terhadap Najib. Betul tak betul lain cerita. Yang menjadi inti perbahasan ialah tindakan mereka yang seakan tidak menghormati pemimpin tertinggi Malaysia.
Tajuk utama laporan mereka ialah mengenai kematian mengerikan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu yang mayatnya dikatakan diletupkan menggunakan bahan ledakan ala C4 yang digunakan pihak tentera. Dikatakan 19 akhbar Barat membuat laporan mengenai pembunuhan wanita itu dan yang paling sensasi mereka mendakwa keterkaitan Najib dalam pembunuhan tersebut. Kaitan macam mana bacalah laporan-laporan itu tapi yang ketara media-media Barat ini menyerang Najib bertalu-talu atas isu ini.
Lantas Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang menerajui kementerian terakhir dalam perjalanan karier politiknya terus menyerang balas media-media Barat demi mempertahankan bos beliau. Katanya media Barat mempunyai niat dan agenda jahat untuk menjatuhkan kerajaan. Memang media Barat sentiasa dengkikan kita.
Pelik juga bunyinya, tak pernah dengar laporan media mampu menguling mana-mana kerajaan didunia ini, apatah lagi kerajaan Umno-BN yang perkasa ini. Mungkin sebab itulah baru-baru ini beliau menjamu warga blog yang sealiran dengan pemikirannya di sebuah restoran mewah bagi merangka strategi serangan balas, wallahualam.
Hari pertama beliau jadi Perdana Menteri seramai tiga belas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri dapat nikmat kebebasan setaraf dengan warganegara lain. Harakah dan Suara keadilan yang digantung permit penerbitan selama tiga bulan oleh mantan Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar menghela nafas lega apabila penggantungan tersebut ditarik balik. Kedua-dua tindakan ehsan itu pun kena bantai juga.
Dikatakan Najib cuba mengaburi mata rakyat dengan kebaikan sejengkalnya kalau dibandingkan dengan perbuatan khianatnya terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak. Sampai sekarang rakyat Perak merana angkara beliau. Bab ini rakyat tak kesian pada Najib.
Lepas itu beliau umum pula pasal wawasan Satu Malaysia yang mahu tidak mahu menjadi pewaris kepada Islam Hadhari yang sudahpun menjadi arwah beberapa hari setelah Najib jadi Perdana Menteri. Itu pun kena hentam juga. Kata pengkritik Satu Malaysia, cakap tak serupa bikin. Contohnya Perdana Menteri cakap pasal menyatukan rakyat berbilang bangsa dan kaum tapi selang beberapa hari kemudian Utusan Malaysia milik parti Perdana Menteri melaungkan "Bangkitkan Melayu" sebagai tajuk utama muka depan akhbar tersebut.
Perdana Menteri baru slogan pun mestilah baru juga. Maka berkumandanglah siang malam pagi petang dicorong udara dan peti televisyen petikan ucapan keramat Najib semasa mengumumkan barisan kabinet beliau, "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan". Itulah "hadis" ciptaan Umno dan Barisan Nasional yang akan menjadi "agama" rasmi selama tempoh kerajaan Najib. Tup tup keluar gambar Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menaiki Rolls Royce semasa menziarahi jenazah isteri Ketua Menteri Sarawak baru-baru ini. Barulah rakyat sedar yang didahulukan bukan mereka tapi rakyat kelas kaya dan gerombolan kroni-kroni mereka.
Apa tidaknya sejak hari pertama menjadi pemimpin utama negara tidak habis-habis beliau dibelasah kiri kanan oleh pelbagai pihak. Blok pembangkang sudah semestinya mencari sahaja kesilapan beliau dan akan membelasah beliau cukup-cukup. Itu sememangnya pun menjadi adat resam pembangkang, tidak ada yang ganjil mengenai perkara ini. Malah menjadi tanggungjawab dan beban kepada pihak pembangkang untuk mengkritik mana-mana dasar, perlakuan, perbuatan, polisi keputusan seseorang pemimpin atau kerajaan itu sendiri jika didapati ia berlawanan dengan kepentingan rakyat dan negara. Kalau tidak mengkritik pihak pembangkang pula akan dikritik.
Dalam tempoh 32 hari jadi Perdana Menteri, Najib berjaya memecah rekod yang tidak pernah dicapai oleh penjawat-penjawat sebelumnya. Secara tradisi prestasi atau ketokohan seseorang pemimpin itu dinilai dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya. Kalau kepimpinannya terserlah seperti Presiden Obama maka pujian dan markah tinggilah diberi. Sebaliknya kalau prestasi bagai hidup segan mati tak mahu maka markah tercorotlah habuannya.
Kesian juga kepada Najib sebab sebelum 100 hari malah sepertiga daripadanya rakyat sudah tolak kepimpinan beliau. Contoh paling baik ialah kekalahan Umno-BN dalam kesemua empat pilihan raya kecil yang diadakan di Semenanjung Malaysia. Sekarang ini Penanti pula sedang menanti dan kemungkinan pula Kota Alam Shah atau mana-mana lagi. Mampukah Najib mengharungi mimpi ngeri yang sudah bertukar menjadi fobia baginya. Pakatan Rakyat sudahpun mengumumkan calonnya tapi Umno-BN masih teraba-raba mencari keputusan muktamad sama ada mahu bertanding atau tidak.
Bukit Selambau ke Bukit Gantang
Singgah sebentar di Kuala Terengganu
Permatang Pauh sudah pun datang
Penanti pula sedia menunggu
Apa pun semua ini adalah ujian bagi Najib. Sama ada beliau lulus atau tidak ujian ini bergantung kepada kesungguhan beliau. Elok juga beliau jenguk-jenguk nasihat penasihat politiknya, Dr Mahathir yang menasihatkan agar anak didiknya itu membersihkan namanya daripada segala tohmahan yang dipalitkan kepada dirinya. Kalau tidak nasib Najib akan menjadi lebih kesian. - TVA (image dari KelabGB)