TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


7 Mei DUN Ipoh - Satu Lagi Hari Yg Malang bagi Demokrasi

Diberitakan polis telah memasuki dewan persidangan DUN Perak 2:15 ptg dan 'orang yang tidak dikenali' mengusir keluar Siva untuk mengosongkan kerusi kepada Ganesan, Speaker lantikan BN.

Perkembangan terkini dari MalaysiaKini:

3.15pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah masuk ke dewan (lima jam lewat dari jadual asal) untuk majlis pembukaan persidangan DUN.

3.12pm V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempat yang tidak didedahkan. Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu.

3.10pm R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa.

Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan - Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja) - tetapi mereka enggan.

Speaker itu kemudian menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

2.55pm Kumpulan "pegawai" mengelilingi tempat duduk Speaker - kini diambil alih oleh R Ganesan - untuk mengawal keadaan.

2.41pm Sekumpulan lelaki berjaket, dengan tag nama "pegawai", yang dilaporkan anggota polis mengheret V Sivakumar dan memaksanya keluar dewan.

2.35pm Usaha pengawal dewan dan kakitangan DUN mengalihkan V Sivakumar dari tempat duduknya dibantah oleh Speaker tersebut dan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat.

Sementara sekumpulan ADUN Pakatan yang lain cuba membawa keluar Ganesan, speaker lantikan BN, dari dewan.

2.15pm Persidangan dewan negeri Perak bersambung. Wakil-wakil rakyat Pakatan cuba menghalang R Ganesan, speaker lantikan BN, memasuki dewan.

Suasana kelam-kabut dan tidak menentu di dalam bangunan tersebut. Saling tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk, beberapa ADUN kelihatan nerdiri di atas meja.

Bebarapa pegawai polis masuk ke dalam dewan DUN bagi menenangkan keadaan, dengan disambut jeritan ADUN Pakatan agar mereka meninggalkan dewan.

Pada waktu yang sama, wakil-wakil rakyat pula berusaha membuang keluar V Sivakumar dari tempat duduk Speaker - tetapi beliau masih dikelilingi oleh beberapa ADUN Pakatan.

Labels:

5 Responses to “7 Mei DUN Ipoh - Satu Lagi Hari Yg Malang bagi Demokrasi”

  1. # Blogger Mohd.Rizal bin Abdul Rahim

    Assalam wbt.

    Saya rasa 7 Mei 2009 itu bukanlah hari malang buat demokrasi tetapi hari bertuah buatnya.
    Pada hari itulah demokrasi berjaya membuatkan umat Islam tidak kira di dalam PAS,PKR atau UMNO akur dengannya - akur dengan sistemnya, akur dengan kelemahannya dan akur dengan kesesatannya - strategi barat dalam melemahkan kuasa2 Islam. Pencetus & pendokong amalan demokrasi ini sudah tentu tersenyum lebar dan ketawa besar melihat perwatakan umat Islam yg kononnya kental iman dan peribadi akhirnya berkiblatkan dan berjuang bermati-matian juga demi ajaran dan sistem mereka dan bukannya untuk sistem Allah SWT., pencipta sekian makhluk. Hanya untuk renungan dan nasihat bersama.

    Wassalam.  

  2. # Blogger ninest123 Ninest
  3. # Blogger ninest123 Ninest
  4. # Blogger ninest123 Ninest
  5. # Blogger ninest123 Ninest
Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health