TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Hukum Meraup Muka Ketika Salam Solat

Berkata Syeikh Ali Mahfuz dalam kitabnya “al-Ibda’ Fi Madhoril Ibtida’”: Dan antara bid’ah yang buruk ialah seseorang membaca selepas salam yang pertama:

اللهم أدخلنا الجنة

Dan membaca selepas salam kedua:

أسألك النجاة من النار.

Katanya lagi: berkata sebahagian ulamak: Sesungguhnya perkara ini (berdoa di sini) tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan tidak dilakukan oleh seorang pun di kalangan ulamak. Ia merupakan mereka-reka doa di dalam sembahyang bukan di tempatnya. Yang mana salah satu doa itu menceraikan antara dua salam dan yang satu lagi pula dihubungkan dengan salam kedua. Dan tidak harus bagi seorang pun untuk menceraikan sipat sembahyang yang disyariatkan (Allah SWT) dengan perkara seperti ini. Lihat al-Ibda’, m/s 288.

Dan adat kebiasaan di sini, dibaca dengan:

اللهم إني أسألك رضاك والجنة، وأعوذ بك من سخطك والنار.

kenyataan yang disebut oleh beliau itu perlu dibincangkan, memandangkan perkara ini adalah yang dilakukan oleh kita di sini. Dan para ustaz di sini pula menganggapnya sebagai sunat. Persoalannya, siapakah di kalangan ulamak muktabar yang berpendapat demikian? Boleh jadi mereka terbaca hadis yang dibawa oleh Imam Nawawi dalam kitabnya al-Azkar. Hadis tersebut adalah yang Imam Nawawi riwayatkan daripada kitab Ibnus Sunni, daripada Anas a.s. Anas menceritakan bahawa Nabi s.a.w. bila selesai sembahyang, baginda akan menyapu dahinya dengan tangan kanannya serta membaca:

أشهد أن لا إله الله الرحمن الرحيم. اللهم أذهب عني الهم والحزن.

Sebenarnya hadis ini adalah hadis yang tak boleh diterima kerana ia adalah sangat dhoif. Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Arna’ut: sanad hadis ini dhoif. Syeikh Al-Albani pula telah menghukum sebahagian riwayat hadis ini sebagai sangat dhoif dan palsu. Ibn Hajar al-Asqalani juga menyatakan bahawa hadis ini sangat dhoif, dalam kitabnya Nataijul Afkar. Kitab ini adalah kitab takhrij hadis Azkar Nawawi.

Kalaulah ini kedudukan hadis ini, maka ia tidak boleh diamalkan lagi, kerana ia bukanlah termasuk dalam dhoif yang boleh diamalkan, kerana ia bukanlah dalam fadhail amalan, tetapi untuk mengasaskan amalan (ta’sisul amal). Kerana ini, kita menganggap bahawa meraup muka selepas sembahyang seperti yang diamalkan sekarang adalah tidak sunat, kerana tiada hadis yang sohih padanya. Kalaulah pada perkara yang kecil dan agak tersembunyi seperti hukum air mazi, doa ketika ingin bersetubuh dan doa masuk dan keluar tandas pun ada hadis yang sohih, kenapa tidak ada dalam perkara sembahyang? Sedangkan sembahyang adalah asas Islam dan dilakukan oleh secara terang-terangan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat. Kalaulah perkara ini wujud, sepatutnya ada hadis yang sohih. Kerana inilah Syeikh Ali Mahfuz menganggap bahawa ia tidak dilakukan oleh seorang pun di kalangan ulamak.

Dan kalaulah kita mengikut teori Imam Nawawi, nescaya jawapan kepada hukum meraup muka adalah bid’ah. Sebagai contoh, dalam menghuraikan hadis riwayat Imam Muslim dalam bab: “Suruhan Supaya Tenang Ketika Sembahyang Dan Larangan Mengisyaratkan Tangan Dan Mengangkatkannya Ketika Salam” beliau berkata: “Berdasarkan hadis ini, adalah sunnah ketika memberi salam sembahyang untuk mengucapkan “Assalamualaikum Warahmatullah” di sebelah kanan dan “Assalamualaikum Warahmatullah” di sebelah kiri. Dan tidak disunatkan menambah: “Wabarakatuh”, sekalipun ada hadis yang dhoif yang menunjukkan demikian, dan disarankan oleh sebahagian ulamak. Tetapi ia dalah bid’ah jika tidak ada hadis yang sohih, bahkan telah sohih hadis ini dan lain-lainnya yang menunuukkan ia (“Wabarakatuh”) tidak perlu dibaca” . Rujuk Syarah Sohih Muslim, Imam Nawawi, juz 4, m/s 374.

Kalaulah beliau menganggap bid’ah penambahan bacaan “Wabarakatuh”, kerana ketiadaan hadis yang sohih, sekalipun ada hadis yang dhoif, maka apatah lagi dalam masalah perbuatan seperti meraup muka. Dan Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui.

Labels: ,

20 Responses to “Hukum Meraup Muka Ketika Salam Solat”

  1. # Anonymous Anonymous

    Apabila kita tak tahu, lebih baik ikut saja apa yang telah diamalkan oleh ulama terdahulu, dok tanya banyak sangat nanti tak beramal juga. Mudah saja bab sapu muka lepas salam ni, macam kita angkat tangan bila berdoa dan sesudah habis doa kita sapu muka, takkan kita sapu kaki, sebab solat pada asalnya doa.....  

  2. # Anonymous Anonymous

    hai tok tam, dok taklid x ngaji 2 la yang payah nak ajar 2. baca la kitab2 muktabar dalam mazhab syafie ada ke menyatakan tentang sunatnya sapu muka lepas solat 2. main taklid je gak, kalu orang tejun telaga kita nak terjun juga ke?jwb...jwb..jwb  

  3. # Blogger AyKay

    salam ziarah.

    setuju dgn hal sapu muka lepas beri salam dan lepas do'a.

    tetapi tentang bacaan "wabarakatuh" saya berpendapat pernah dibaca oleh Baginda s.a.w dalam salam pertama. Rujuk HR Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, Tabrani, Abu Ya'la. Dan disahkan oleh Nawawi dan Ibnu Hajar.  

  4. # Anonymous Anonymous

    Salam.
    Syukran kpd AyKay coz ziarah dan baca. Hadis tu mmg diterima oleh Ibn Hajar, sebagaimana dlm Bulughul Maram. Itu yg ana ingat masa tulis artikel ni dudlu. Cuma istidlal ana, hanya pada kata2 Imam Nawawi, tu yang ana tak masukkan di sini. Namun, Imam Nawawi, rasanya mmg anggap hadis tu dhoif.Rujuk Syarah sohih Muslim dan Azkar. Ada komen Nawawi.
    Apa pun, syukran di atas komen dan kesudian baca artikel ana.
    Semoga kita semua dirahmati Allah.  

  5. # Blogger NoraHash

    Setahu saya sembahyang kita sah sesudah salam pertama lagi maksudnya kalau terbatal air sembahyang terbuang angin sebelum salam kedua (tolong betulkan kalau saya salah) ,dan adat menyapu muka pula dengan otomatik tidak menjadi bid'ah pada pendapat saya kerna sembahyang kita sudah selesai.  

  6. # Anonymous Anonymous

    Saya setuju dengan ibnu86. Setiap ibadat yg dilakukan mengharapkan pahala kalau buat tidak sebagaimana Nabi lakukan takkan dapat pahala. Olih itu Naha, TMSTI, AyKay dan Tok Tam banyakkan bertanya dan belajar lagi jangan ikut orang nanti penat saja pahala tiada dosa yg terima. Kajilah Al-Quran dan Hadis secara sungguh2 bukan dengar2 dan ikut2 saja membabi buta  

  7. # Blogger TasekPauh Blogspot

    Salam Anon,

    TMSTI tu tuan rumah ni..  

  8. # Anonymous XZee

    TOK TAM BUDAK2 PI MAIN JAUH2
    org cakap pasal agama ni bukan cakap pasal gula2  

  9. # Anonymous Anonymous

    Salam pd semua..

    Alhamdulillah syukur masih lagi diberi nikmat tuk teruskan idup.
    Kekadang apa yg aku perasan, ulama pd hari ini nmpknya jauh lbh 'alim sehinggakan kekadang tu komplen dan komen(walau secara x langsung) mereka terdahulu spt Imam Al-Ghazali, Imam Nawawi dsb... hebat! hebat! mabruk  

  10. # Anonymous Anonymous

    Assalamualaikum. Bismillah. Topik ini juga dibincnagkan oleh Ust Don Daniyal dalam 30 Minit ust don pada 20.11.2012... Hadis dhoif..... tp, doa yg elok! Adakah salah untuk diamalkan??? Selain dpd solat, dalam amalan seharian kita juga byk yg tidak dinyatakan mana2 hadis tetapi elok utk diamalkan.... Mohon ulasan dan penjelasan....  

  11. # Anonymous Tivragati Packers

    Tivragati Packers & Movers, a moving company working on the national level providing packing and shifting services for short as well as long distances.The best part about us that we available even on a very short notice.We are officially certified and insured Packers and movers in Ahmedabad. Packing and moving services offered by us are quite economical to the common man's Pocket.
    Packers and movers in ahmedabad
    Packers and movers ahmedabad
    Movers and packers in ahmedabad
    Movers and packers ahmedabad  

  12. # Anonymous Ankitech

    Amazing article… Keep sharing
    We Ankitech provide vast range of best quality hospital bed and other hospital equipments in India. These beds have unique elements both for the solace and prosperity of the patient and for the comfort of social insurance specialists. Our hospital beds are the best in all India.
    Hospital Bed
    Hospital Furniture
     

  13. # Anonymous Jaibalajipackers

    Thanks for sharing this amazing article. I like it very much. Keep posting
    Jai Balaji Packers and Movers are the best packers and movers in Thane. For services like packing and moving, warehousing services, loading and unloading and car carrier services choose Jai Balaji packers and movers Thane.
    packers-and-movers-thane
    Movers and packers Thane
    Packers and movers in thane
    movers and packers in thane
     

  14. # Blogger Unknown
  15. # Blogger Unknown
  16. # Anonymous yashoverseas

    MBBS in Ukraine | Study Mbbs in Ukraine | Mbbs Admission in Ukraine process & Fee structure 2019
    MBBS in Ukraine - Study MBBS in Ukraine at lowest fee, Best MBBS university in Ukraine, Admission process and fee structure 2019 for Indian students, Study MBBS in Ukraine Eligibility.
    MBBS in Ukraine, mbbs in ukraine, Study MBBS in Ukraine, Study MBBS in Ukraine in 2019, MBBS admission Abroad in Ukraine consultants in India, Best MBBS university in Ukraine, Medical Colleges in Ukraine fees structure, Medical education in Ukraine for Indians, MCI recognised Medical Universities in Ukraine, Eligibility to study MBBS in Ukraine in 2019
     

  17. # Blogger Focus Education

    Tablet Inspection Machine | Capsule Inspection Machine | Pharma Machinery | Conveyor System
    Nylopick Engineering Co. is manufacturers, suppliers and exporters of Tablet Inspection Machine, Capsule Inspection Machine, Pharma Machinery, Conveyor System, All Types of Conveyor System Belts, Pvc food grade belts, Pharma change parts in Ahmedabad, Gujarat, India.
    Tablet Inspection Machine, Capsule Inspection Machine, Pharma Machinery, Conveyor System, Pvc food grade belts, Pharma change parts, Nylopick Engineering Co., Ahmedabad, Gujarat, India.
    http://nylopickengg.com/  

  18. # Blogger yanmaneee
  19. # Blogger MBBS In Ukraine

    Bogomolets National Medical University | Mbbs in Ukraine | Affordable Fee Structure

    http://yashoverseas.in/medical-universities/study-mbbs-in-ukraine/bogomolets-national-medical-university/

    Bogomolets National Medical University is top ranked government university. It is recognized by MCI, WHO, IMED & UNESCO. Affordable fee structure with quality education. BNMU Ranking & Review Ukraine
    bogomolets national medical university
    bogomolets national medical university, O.O. Bogomolets National Medical University, Bogomolets National Medical University, Study Mbbs in Bogomolets National Medical University, Bogomolets National Medical University Ranking & Review.
     

  20. # Anonymous Silicon Metallizing

    Thermal Spray Coating | HVOF Coating | Polyurethane Rollers Manufacturers India
    Silicon Metallizing - Thermal Spray Coating Services, Plasma Coating and HVOF Coating. Get here listings of pu rollers, polyurethane rollers manufacturers, suppliers and exporters in Ahmedabad, India.
    Thermal Spray Coating Services, Plasma Coating, HVOF Coating, Polyurethane rollers manufacturers, suppliers and exporters
     

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health