TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Solat Sempurna Bukan Yang Sah Semata-Mata

Solat yang sempurna bukanlah bererti solat yang sah semata-mata, tetapi solat yang  sah dan juga dilakukan bersama sunat-sunat dan kesempurnaannya. Secara lebih mudah, solat yang sempurna ialah solat dengan kaifiat yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. Lebih dekat sesuautu solat dengan kaifiat yang dilakukan oleh baginda, maka lebih sempurnalah solat tersebut. Terdapat dua hadis asas yang digunakan untuk membincangkan kaifiat solat.

Hadis Pertama: Solatlah Sebagaimana Melihat Rasulullah s.a.w. Solat

Malik bin al-Huwairith menceritakan, kami beberapa orang pemuda datang belajar dengan Rasulullah s.a.w. dan umur kami sebaya sahaja. Dan Rasulullah s.a.w. memang seorang yang sangat penyayang dan sangat baik. Bila sampai dua puluh hari kami berada bersamanya, baginda merasa yang kami merindui keluarga kami. Baginda bertanyakan tentang ahli keluarga yang kami tinggalkan dan kami pun menceritakannya kepada baginda. Lalu baginda bersabda:

"اِرْجِعُوْا إِلَى أَهْلِيْكُمْ، فَأَقِيْمُوْا فِيْهِمْ وَعَلِّمُوْهُمْ، وَمُرُوْهُمْ...وَصَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ، فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلاَةُ فَلْيُؤَذِّنْ لَكُمْ أَحَدُكُمْ وَلْيَؤُمَّكُمْ أَكْبَرُكُمْ". رواه البخاري.

"Baliklah kamu semua kepada keluarga dan berada bersama mereka. Ajarkanlah mereka dan suruhlah mereka…dan sembahyanglah kamu sebagimana kamu melihat daku bersembahyang dan bila masuk waktu sembahyang, maka azanlah salah seorang daripada kamu, dan hendaklah yang paling berumur di kalangan kamu yang menjadi imam kamu". Riwayat Bukhari

Hadis Kedua: Hadis Orang Yang Bersolat Dengan Cara Yang Salah (al-Musiiu solatuh)

Abu Hurairah menceritakan bahawa ketika Rasulullah s.a.w. masuk masjid, lalu ada seorang lelaki  datang ke masjid, kemudian dia bersolat. Setelah itu dia datang member salam kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menjawab salamnya dan bersabda: “Solatlah semula, kerana sesungguhnya kamu belum bersolat”. Lalu lelaki itu pun pergi bersolat sebagaimana yang dia lakukan tadi. Kemudian dia datang berjumpa Nabi s.a.w. dan memberi salam. Rasulullah menjawab salam dan bersabda: “Solatlah semula, kerana sesungguhnya kamu belum bersolat”. Lalu dia lakukan sehingga tiga kali. Akhirnya lelaki itu berkata: Demi Allah, hanya ini yang paling baik yang mampu aku lakukan. Ajarkanlah daku. Baginda bersabda:

إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَأَسْبِغِ الْوُضُوءَ، ثُمَّ اسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ فَكَبِّرْ وَاقْرَأْ بِمَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ، ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا، ثُمَّ ارْفَعْ رَأْسَكَ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا، ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ وَتَطْمَئِنَّ جَالِسًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ قَائِمًا ثُمَّ افْعَلْ ذَلِكَ فِيْ صَلاَتِكَ كُلِّهَا. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.

Bila kamu bangun untuk bersolat, maka sempurnakanlah wudhuk, kemudian hadapkanlah kiblat, kemudian kamu bertakbirlah. Bacalah apa sahaja yang kamu ingat daripada al-Qur’an (Surah al-Fatihah), kemudian rukuklah sehingga tenang (thomakninah) dalam keadaan rukuk, kemudian bangunlah iktidal sehingga tenang berdiri (iktidal), kemudian sujudlah sehingga tenang bersujud, kemudian bangunlah (untuk duduk) sehingga tenang duduk, kemudian sujudlah sehingga tenang bersujud, kemudian bangunlah berdiri. Dan lakukanlah semua ini dalam setiap (rakaat) solatmu”. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Disediakan oleh Us Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail, Taman al-Barakah, Kg. Tasek Pauh16810, Selising, Pasir Puteh, Kelantan.

Labels: ,

3 Responses to “Solat Sempurna Bukan Yang Sah Semata-Mata”

  1. # Anonymous Anonymous
  2. # Anonymous Anonymous
  3. # Anonymous Anonymous
Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health