Kesan Keimanan Kita Kepada Nabi Muhammad s.a.w.
5 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Tuesday, April 14, 2009 at 10:58 PM. 
			
					
																	
				             Rabiul awwal telah berlalu pergi. Kemeriahan sambutan maulidur rasul mula  sepi. Kesan sambutan samalah seperti tahun-tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun,  ia merupakan salah satu daripada cara untuk mengingati dan memupuk kecintaan  kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Apa sekalipun, bagi yang  beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w., kesan keimanannya sentiasa segar, samada  pada rabiul awwal atau lainnya. Ini kerana keimanan dan kecintaan kepada baginda  sudah terpahat di hati dan ia adalah untuk selamanya. Namun, apakah kesan  keimanan tersebut?
Antara kesan keimanan kita kepada Nabi  Muhammad s.a.w. ialah:
Pertama: Mencintai Baginda  s.a.w.
             Kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. hendaklah dengan sepenuh hati  mengatasi kecintaan kepada diri sendiri, anak, isteri, ibu bapa bahkan siapa  sahaja  manusia di dunia ini.  
Anas  r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
لاَ  يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ  وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ.
Ertinya: “Tidak beriman seseorang kamu  sehinggalah aku lebih disayanginya melebihi ibu bapanya, anak-anaknya dan  manusia keseluruhannya”. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Imam Bukhari  meriwayatkan bahawa pernah satu kali, Saidina Umar berkata kepada Rasulullah  s.a.w.: “Wahai Rasulullah, engkaulah orang yang paling aku sayangi, melebihi  segala-galanya, kecuali diriku”. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak wahai  Umar. (Tidak sempurna imanmu) Sehinggalah aku lebih disayangi melebihi dirimu  sendiri. Lalu Saidina Umar berkata: “Sekarang , wahai Rasulullah, engkaulah  orang yang paling aku sayangi, melebihi diriku sendiri”. Lalu Rasulullah s.a.w.  menjawab: Ya, baru sekarang sempurna imanmu, Wahai Umar”.  
Sudah tentu satu cinta tidak akan terhenti  dengan hanya berada di hati, tanpa sebarang kesan tindakan. Apatah lagi  kecintaan kepada kekasih Allah, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Hasil daripada  kecintaan ini akan menyebabkan seorang yang beriman akan sentiasa mengingati  baginda, menyebut-nyebut nama baginda, berselawat kepadanya di samping sentiasa  berusaha untuk beramal dengan ajaran baginda dan  mencontohinya.
Kerana inilah para mukmin akan sentiasa  mempelajari sunnah Nabi s.a.w., mangamalkannya, menyebarkannya  dan berselawat kepadanya. Firman Allah  SWT:
﴿ إِنَّ  اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ  آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا  ﴾
Ertinya:  “Sesungguhnya  Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai  orang-orang yang beriman,  berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan (yang baik)  kepadanya”.  Surah al-Ahzab: 56. Mereka akan sentiasa berselawat kepada baginda kerana cinta  mereka mendorong mereka untuk berada dekat bersama Rasulullah s.a.w. Dan  Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan bahawa orang yang paling dekat dengan  baginda di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadanya.  (Hadis dhoif, riwayat Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud  r.a.).
Cinta kepada Rasulullah s.a.w. bagi seorang  yang beriman merupakan satu fitrah keimanannya. Ia adalah suci dan lahir dari  lubuk hati yang suci. Ia bukanlah mainan lidah. Ia juga bukan hanya tulisan pada  sepanduk. Ia bukan hanya slogan semasa perayaan dan perarakan. Namun, ia adalah  cinta yang pengorbanannya mesti dizahirkan. Kerana inilah nilai cinta kepada  Rasulullah s.a.w. amat tinggi. Dan memang ia tidak ternilai harganya. Anas bin  Malik meriwayatkan bahawa pernah seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w.  “Bilakah kiamat”? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Apakah persediaanmu untuknya”?  Lelaki itu berkata: “Aku tidaklah bersedia untuknya dengan banyak bersolat,  tidak juga dengan banyak berpuasa dan tidak juga dengan banyak bersedekah. Namun  persediaanku untuknya ialah dengan aku mencintai Allah dan Rasul”. Lalu  Rasulullah s.a.w. menjawab: “Engkau akan bersama dengan orang yang engkau  sayangi”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
             Lihatlah betapa tingginya nilai kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. Dengan  mencintai Rasulullah s.a.w. ikhlas dari lubuk hati, kita akan bersama dengan  Rasulullah s.a.w.. Kerana inilah Anas bin Malik r.a. menyatakan: “Tidaklah kami  terlalu gembira sebagaimana gembiranya kami mendengar baginda bersabda: “Engkau  akan bersama dengan orang yang engkau sayangi”. Dan aku mencintai Nabi s.a.w.,  Abu Bakar dan Umar. Dan aku berharap akan dapat bersama dengan mereka dengan  kecintaanku kepada mereka, sekalipun aku tidak mampu beramal sebagaimana amalan  mereka”.
Adakah kita sudah mencintai Rasulullah  s.a.w. dari lubuk hati kita? Menangislah dan titiskanlah air mata penyesalan  kalau kita masih belum menicintai Allah dan Rasul. Menangislah kalau kita masih  belum meletakkan ajaran Allah dan Nabi mengatasi ajaran-ajaran yang lain, kerana  sebenarnya kita tidak mencintai Rasulullah s.a.w., bahkan adalah orang yang  fasiq yang tidak mendapat hidayah Allah SWT. Firman Allah  SWT:
﴿ قُلْ  إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ  وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا  وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ  فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا  يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ ﴾
Ertinya:  “Katakanlah: "Jika ibu-bapamu , anak-pinakmu , adik beradikmu,  isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan  yang kamu bimbangi kerugiannya, dan rumah-rumah kediaman yang kamu sukai, adalah  lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad di jalanNya,  maka tunggulah sampai Allah datangkan keputusanNya". Dan Allah tidak memberi  petunjuk kepada orang-orang yang fasik”. Surah  al-Taubah: 24.
             Dan kesan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. inilah yang akan membuahkan  kesan-kesan keimanan yang lain.
Kesan Kedua: Mentaati Baginda  S.A.W.
Mentaati baginda mestilah didahulukan dengan  menerima segala ajaran baginda, di samping menghormati baginda, tidak menyakiti  baginda dan juga orang-orang kesayangan baginda seperti para isteri dan sahabat  baginda. Ketaatan kepada baginda merupakan ketaatan kepada Allah SWT,  sebagaimana kecintaan kepada baginda adalah kecintaan kepada Allah SWT. Firman  Allah SWT:
﴿ مَنْ  يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ  ﴾
Ertinya: “Sesiapa yang mentaati Rasul,  sesungguhnya dia telah mentaati Allah”. Surah an-Nisa’: 80. Rasulullah  s.a.w. juga pernah bersabda:
من  أطاعني فقد أطاع الله، ومن عصاني فقد عصى الله. متفق  عليه. رواه البخاري (6718) ومسلم (1835).
Ertinnya: “Sesiapa yang mentaatiku maka sebenarnya dia  telah mentaati Allah, dan sesiapa yang derhakanku, maka sebenarnya dia telah  menderhakai Allah”. Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah  r.a.
Kerana inilah bila Rasulullah s.a.w.  menetapkan sesuatu hukum, samada dalam urusan ibadat, munakahat, hudud dan  sebagainya, maka tidak ada bagi kita pilihan lain selain mengambilnya dan  mentaatinya. Inilah sikap orang yang beriman. Dan jika mengambil pilihan yang  lain, maka itu bererti kita menderhakai Rasulullah s.a.w., dan kita bukanlah  seorang yang beriman yang sebenar. Firman Allah  SWT:
﴿ وَمَا  كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ  يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ  فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا  ﴾  
Ertinya: “Dan tidaklah patut bagi para  lelaki yang beriman dan tidak (pula) bagi wanita yang beriman, apabila Allah dan  rasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, ada bagi mereka pilihan (yang lain)  dalam urusan mereka. Dan sesiapa menderhakai Allah dan rasulNya, maka  sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”. Surah  al-Ahzab: 36.
             Kerana itu, bagi sesiapa yang memilih untuk memilih pilihan lain, selain  ajaran Rasulullah s.a.w., maka hendaklah dia bimbangi akan apa yang akan menimpa  dirinya. Ini kerana dia sebenarnya tidak beriman dengan sebenar keimanan kepada  Rasulullah s.a.w. Firman Allah SWT:
﴿ فَلْيَحْذَرِ  الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ  عَذَابٌ أَلِيمٌ  ﴾
Ertinya:  “Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintahnya (perintah Rasul),  takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih”. Surah an-Nur:  63. Dan mengikut tafsiran Imam Ibn Kathir, fitnah di sini ialah wujudnya  kekufuran, munafiq atau bid’ah di hati mereka. Kerana inilah Rasulullah s.a.w.  menyatakan bahawa orang yang tidak mentaati baginda sebenarnya tidak ingin ke  syurga. Abu  Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
كل  أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى، قالوا يا رسول الله ومن يأبى ؟ قال: من أطاعني دخل  الجنة ومن عصاني فقد أبى.  رواه البخاري. ج 6، ص 2655، رقم: 6851.صحيح البخاري، تحقيق: د.مصطفى البغا، ط 3،  دار ابن كثير، اليمامة، بيروت، 1407هـ.
Ertinnya:  “Semua umatku akan masuk syurga, kecuali yang enggan (memasukinya)”.  
Kesan Ketiga: Berjuang Membantu Sunnah  Baginda S.A.W.
             Antara kesan keimanan kepada baginda ialah berjuang membantu sunnah  peninggalan baginda s.a.w. Di manakah sebenarnya keimanan kepada baginda jika  mengaku mencintai Rasulullah s.a.w., mengaku mentaati baginda, namun tidak  berjuang membantu ajaran yang dibawa baginda? Allah SWT  berfirman:
﴿ فَالَّذِينَ  آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنْزِلَ  مَعَهُ أُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ  ﴾
Ertinya: “Maka orang-orang yang  beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang  yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yang  berjaya”. Surah al-A’raf: 157.
Dan berjuang membantu sunnah baginda itu  ialah dengan perkara-perkara berikut:-
I- Mengenali Dan  Mempelajarinya
             Pepatah Melayu menyatakan: “Tak kenal, maka tak cinta”. Kerana  itu, bagaimana mencintai Rasulullah s.a.w. kalau tidak mengenali baginda, dan  tidak mengenali ajaran baginda? Atas dasar inilah para ulamak menganggap  mempelajari hadis merupakan satu perkara yang sangat penting. Berkata Sufyan  as-Sauri:
ما أعلم شيئا يُطلَب به الله عز وجل هو أفضل من  الحديث.
Ertinya:  “Aku tidak mengetahui suatupun yang dipersembahkan kepada  Allah SWT melebihi (daripada mempelajari dan  mengajar) hadis”. Bahkan, kerana inilah kita boleh melihat betapa  kesungguhan golongan salaf mempelajari hadis. 
             Mempelajari hadis menjadikan seolah-olah berada di sisi Nabi s.a.w. dan  para sahabat. Kerana inilah ada ulamak tidak sanggup meninggalkan kitab-kitab  hadis untuk berbual kosong dan sebagainya, kerana keasyikan mereka bersama Nabi  s.a.w. dan para sahabat. Kerana inilah Imam Syafiei menyatakan: “Bila aku  melihat seorang lelaki di kalangan “ashabul hadis”, maka seolah-olah aku melihat  salah seorang sahabat Nabi s.a.w.”.
Ii- Beramal  Dengannya
             Tidak ada guna mempelajari sunnah Nabi s.a.w. kalau tidak mengamalkannya.  Bahkan tujuan belajar sunnah Nabi s.a.w. bukanlah untuk maklumat semata-mata,  tetapi untuk mengamalkannya. Orang yang beramal dengan ajaran baginda bererti  mentaati baginda s.a.w.
Iii- Menyampaikan Sunnah Ini Kepada Orang  Lain Dan Mengajak Mereka Mengamalkannya.
            Ajaran Nabi s.a.w. mestilah  disebarkan dan bukan hanya menjadi milik individu. Kerana inilah ganjaran yang  sangat besar bagi mereka yang mengajarkan sunnah Nabi s.a.w. kepada orang lain.  Dan mulakan dengan yang terdekat terlebih dahulu. Mulakanlah dengan anak isteri,  seterusnya para jiran dan akhirnya peringkat nasional dan antabangsa. Rasulullah  s.a.w. pernah mendoakan kebaikan kepada para penyebar hadis baginda, sekalipun  kurang memahaminya.  Ibnu Mas’ud r.a. meriwayatkan Nabi s.a.w. bersabda:
نضر  الله امرأ سمع منا شيئا فبلغه كما سمع، فرب مبلغ أوعى من سامع. رواه  أبو داود والترمذي وابن حبان وصححه الألباني. انظر صحيح الترغيب والترهيب، ج 1، ص  21.
Ertinya: “Allah akan menikmati seseorang yang  mendengar sesuatu daripadaku (hadis), dan dia pula menyampaikannya (kepada orang  lain) sebagaimana dia mendengarnya. Ramai juga di kalangan yang disampaikan itu  lebih memahami daripada yang mendengarnya”. Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi  dan lain-lain.
Iv- Mempertahankan Sunnah Ini Daripada  Sebarang Perkara Yang Merosakkannya, Seperti Penambahan Atau Pengubahsuaian Dan  Sebagainya.
            Tidak dianggap membantu dan  menyayangi sunnah baginda s.a.w. , kalau setakat mempelajari, beramal,  menyebarkannya, tapi membiarkan ia dipersendakan, diperlekehkan, atau dibuang  dan ditokok tambah. Ajaran Rasulullah s.a.w. mestilah sentiasa dipertahankan.  Siapakah lagi yang akan mempertahankan ajaran baginda, jika tidak golongan yang  mengaku beriman kepada baginda s.a.w.? Jadilah pejuang sunnah Rasulullah s.a.w.,  dan janganlah bersekongkol bersama dengan golongan yang menafikan atau  mengenepikan ajaran baginda. 
Kesan Keempat: Benar-Benar Ittiba’ Kepada  Ajaran Baginda Dan Meninggalkan Bid’ah
Antara tanda keimanan kita kepada baginda  s.a.w. juga ialah ittiba’, iaitu mengikuti sepenuhnya ajaran baginda tanpa  sebarang bid’ah samada penambahan atau pengurangan. Aisyah r.a. menyatakan  bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
مَنْ  أَحْدَثَ فِيْ أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ. 
Ertinya: “Sesiapa yang mereka-reka dalam  urusan kami ini (agama) satu perkara yang bukan daripadanya (ajarannya), maka ia  (perkara tadi) ditolak (tidak diterima Allah)”. Hadis riwayat Bukhari dan  Muslim. Bahkan ittiba’ ini merupakan tanda kecintaan kita kepada Allah SWT, yang  menjadi syarat keimanan yang sebenar. Firman Allah  SWT:
﴿ قُلْ  إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ  لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ  ﴾  
Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad):  "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah  mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu". Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha  Penyayang”. Surah Ali Imran: 31. 
             Inilah ia, sebenarnya pengakuan keimanan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.  Ia membuahkan kecintaan, ketaatan dan perjuangan yang berterusan. Renungkanlah  sejenak. Adakah kita sebenarnya memang beriman dengan Nabi s.a.w.? Dan kalau  sudah, sejauh manakah keimanan kita itu? Adakah kita pengikut yang setia baginda  s.a.w,? Yang sanggup rebah dan bangun bersama ajaran baginda? Atau kita hanya  mengambil ajaran baginda jika hanya ia tidak menyusahkan kita? Juga renungkanlah  di manakah kita jika dibandingkan dengan para sahabat yang telah menunjukkan  kecintaan yang sebenar kepada Nabi Muhammad s.a.w. Mereka bukan setakat  berebut-rebut untuk mengambil berkat daripada air wudhuk Nabi s.a.w., bahkan  ramai di kalangan mereka yang gugur syahid mempertaruhkan nyawa, demi berjuang  bersama baginda untuk menegakkan ajaran baginda di muka bumi ini. Di manakah  sebenarnya kita?
             Contohilah Rasulullah s.a.w.. Kerana bagindalah contoh ikutan yang  sebenar. Firman Allah SWT:
﴿ لَقَدْ  كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ  وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا  ﴾
Ertinya: “Sesungguhnya telah ada pada  (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang  mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak mengingati  Allah”. Surah al-Ahzab: 21.
            Berakhlahlah dengan akhlak baginda,  kerana ia adalah  aklah yang sudah diakui  Allah SWT. Firman Allah SWT:
﴿ وَإِنَّكَ  لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ  ﴾
Ertinya: “Dan sesungguhnya engkau  (wahai Muhammad) benar-benar berada dalam akhlak (budi pekerti) yang  agung”. Surah al-Qalam: 4. Dan akhlak baginda ialah al-Qur’an  keseluruhannya. Inilah penerangan Saidatina Aisyah r.a., tentang akhlak baginda,  bila ditanya tentangnnya. (Hadis sohih riwayat Ahmad). Mencontohi akhlak baginda  bererti kembali mengamalkan al-Qur’an secara meyeluruh dalam segala aspek.  Contohilah akhlak baginda, dan kembalilah kepada ajaran al-Quran keseluruhannya.  Dan hayatilah perjuangan para sahabat, yang merupakan pencinta baginda, dan  contohilah mereka. Jadilah pejuang sunnah, bahkan yang sanggup mati kerananya.  Itulah sebenarnya tanda keimanan kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad  s.a.w.
Pg  selasa, 
 
 

Assalam wbt
Bersyukur kerana hari ini saya terjumpa blog ustaz. Tahniah, teruskan dakwah anda ini.
Wassalam.
qzz0719
nike air max 2015
ecco shoes
bucks jerseys
mulberry handbags
mavericks jerseys
heat jerseys
coach outlet online
alexander mcqueen shoes
uggs outlet
fitflops sale
michael kors handbags sale
michael kors factory outlet
kyrie 3
adidas yeezy
jordan retro
yeezy boost 350
air jordan
fitflops sale clearance
kate spade outlet
pure boost
curry 4
adidas nmd r1
mbt shoes
fitflops sale clearance
canada goose
air max 270
air force 1
nike air max 270
hermes
nike air max 270
fear of god essentials
off white shoes
supreme
golden goose
goyard online store
hermes bag outlet
fear of god hoodie
hermes outlet
kyrie shoes
golden goose