SYARAT SAH DUA KALIMAH SYAHADAH
16 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Friday, May 22, 2009 at 11:50 AM.
Muqaddimah
Mengucapkan dua kalimah syahadah merupakan rukun Islam yang pertama. Seorang kafir yang ingin memeluk Islam mestilah mengucapkannya. Ini kerana keimanan yang berada di hati tidak akan diketahui melainkan dizahirkan dengan ucapan. Namun, ucapan dua kalimah syahadah tanpa keimanan di hati, tidaklah menjadikan seseorang itu Islam di sisi Allah SWT.
Lafaz Dua Kalimah Syahadah
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang sebenar) melainkan Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah (Rasulullah).
Maksud Dua Kalimah Syahadah
Syahadah yang pertama bermaksud meyakini bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah SWT. Dialah yang berhak disembah, dan segala yang disembah selain Allah adalah salah dan palsu. Syahadah pertama menafikan segala apa yang disembah selain Allah dan juga menetapkan bahawa ibadah atau penyembahan hanya layak untuk Allah SWT. Syahadah kedua bererti mengakui kerasulan Nabi Muhammad dan menerima segala ajaran baginda, kerana baginda adalah utusan Allah kepada manusia.
Syarat Sah Syahadah “La ilaha illallah”
Seseorang yang mengucapkan syahadah, tidak akan sempurna syahadahnya melainkan dengan syarat-syarat berikut:-
1- Ilmu (Mengetahui dan memahami makna syahadah itu)
2- Yakin dengan apa yang difahami itu.
3- Menerima kandungan kalimah syahadah itu dengan hati dan lidah.
4- Patuh dengan maknanya dan tidak melakukan perkara yang membatalkannya.
5- Membenarkan hati dengan apa yang disebutkan lidah
6- Ikhlaskan syahadah hanya kepada Allah dan menjauhkan kesyirikan.
7- Mencintai segala tuntutan dan ajaran kalimah syahadah itu.
8- Menolak segala yang bertentangan dengan tuntutan syahadah.
Syarat Pertama: Ilmu ( Mengetahui Dan Memahami)
Seorang yang bersyahadah mestilah mengetahui dan memahami makna kalimah syahadah itu, samada nafi (penafian kepada sebarang sembahan selain Allah) atau isbat (meyakini hanya Allah yang layak dianggap sebagai tuhan). Dia mestilah memahami apa ajaran yang tersirat di sebalik syahadah tersebut. Firman Allah SWT:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
Ertinya: “Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah”. Surah Muhammad: 19.
Usman bin Affan menyatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ.
Ertinya: “Sesiapa yang mati, sedangkan dia mengetahui bahawa tiada tuhan melainkan Allah, maka dia akan masuk syurga”. Hadis riwayat Muslim.
Syarat kedua: Yakin
Pengetahuan dan kefahaman yang ada tadi mestilah diyakininya seratus peratus, tanpa sebarang keraguan dan syak. Ini kerana aqidah yang disertakan dengan keraguan bukanlah aqidah yang sebenar dan ia tertolak. Firman Allah SWT:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar”. Surah al-Hujurat: 15.
Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa Nabi s.a.w. memberikan kepadanya dua kasut baginda dan bersabda:
فَمَنْ لَقِيْتَ مِنْ وَرَاءَ هَذَا الْحَائِطِ يَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مَسْتَيْقِنًا بِهَا قَلْبُهُ، فَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ
Ertinya: “Sesiapa sahaja yang kamu jumpa di belakang kebun ini, yang menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dengan hati yang penuh yakin, maka gembirakanlah dia dengan (ganjaran) syurga”. Hadis riwayat Muslim.
Syarat Ketiga: Terima
Ilmu dan keyakinan tadi tidak lengkap tanpa menerima apa sahaja kandungan ajaran kalimah ini dengan hati dan lidahnya. Janganlah dia menyombongkan diri dengan menolak sebahagian ajaran “La ilha illallah”. Firman Allah SWT:
إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ
Ertinya: “Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: "Laa ilaaha illallah" (Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) mereka menyombongkan diri”. Surah as-Sofat: 35.
Orang yang memahami dan meyakini bahawa Islam adalah agama yang benar, namun menolaknya, maka ia adalah orang yang kafir.
Syarat Keempat: Patuh
Kepatuhan atau penyerahan diri yang sempurna terhadap tuntutan syahadah, dan meninggalkan segala yang membatalkan syahadah juga merupakan pelengkap kepada syarat sah syahadah. Orang yang bersyahadah sekali-kali tidak boleh melakukan perkara yang boleh membatalkan syahadahnya. Firman Allah SWT:
وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُورِ
Ertinya: “Dan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (patuh), sedang dia adalah orang yang muhsin, (beraqidah dan melakukan amalan dengan penuh keikhlasan), maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang kukuh (“La ilaha illallah”)”. Surah Luqman: 22.
Ini bukanlah bererti orang yang melakukan maksiat itu terbatal syahadahnya, namun ia mengurangkan keimanannya. Dan jika dia tidak patuh, sehingga melakukan apa yang boleh membatalkan syahadahnya, maka keimanannya sudah tidak berguna lagi, bahkan syahadahnya tertolak dan tidak diterima, sehinggalah dia kembali bertaubat (dengan bersyahadah, patuh dan menyempurnakan keseluruhan syarat syahadah).
Syarat Kelima: Benar
Syahadah menuntut supaya benar ucapan lidah dengan keyakinan di hati. Orang yang mengucapkan syahadah di lidah, tetapi kosong daripada keimanan di hati adalah orang kafir munafiq. Firman Allah SWT:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (8) يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Ertinya: “Di kalangan manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri, sedang mereka tidak sedar”. Surah al-Baqarah: 8-9.
Kerana inilah Rasulullah s.a.w. bersabda sebagaimana yang diceritakan oleh Muaz bin Jabal r.a.:
مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلاَّ حَرَّمَهُ اللهُ عَلَى النَّارِ.
Ertinya: “Sesiapa sahaja yang bersaksi dengan benar dari hatinya bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhamad itu Rasulullah (pesuruh Allah), maka Allah akan haramkannya daripada Neraka”. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Syarat Keenam: Ikhlas (Bersih Daripada Syirik)
Orang yang bersyahadah perlu mengikhlaskan ibadah dan perhambaan hanya kepada Allah. Dia perlu membersihkan dirinya daripada sebarang syirik, kerana ia akan membatalkan syahadahnya. Bahkan amalan yang dilakukan juga perlu bersih daripada riak dan mencari nama dan kemegahan, supaya ibadahnya diterima Allah. Firman Allah SWT:
وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ
Ertinya: “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama yang lurus”. Surah al-Bayyinah: 5.
Itban bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
فَإِنَّ اللهَ قَدْ حَرَّمَ عَلَى النَّارِ مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ يَبْتَغِيْ بِذَلِكَ وَجْهَ اللهِ.
Ertinya: “Sesungguhnya Allah telah haramkan api neraka kepada sesiapa yang mengucapkan (La ilaha illallah) “Tiada tuhan melainkan Allah”, dengan tujuan mencari keredhaan Allah”. Hadis riwayat Bukhari.
Syarat Ketujuh: Cinta Dan Sayang
Kesemua syarat yang lepas tidak akan sempurna tanpa kecintaan kepada Allah SWT dan juga ajaranNya. Firman Allah SWT
وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ
Ertinya: “Dan orang-orang yang beriman sangat-sangat mencintai Allah (melebihi segala-galanya)”. Surah al-Baqarah: 165.
Dan tanda kecintaan kepada Allah ialah mencintai apa yang dicintai Allah dan membenci apa yang dibenci Allah. Orang yang mencintai Allah dengan sendirinya akan mentaati Allah dan meninggalkan laranganNya. Dia akan menyokong orang yang menyokong ajaran Allah dan membenci orang yang membenci dan menafikan ajaran Allah, walau sesiapa pun. Kerana inilah asas keimanan yang paling penting ialah kecintaan kepada Allah. Dan orang yang membenci Allah SWT dan ajaranNya adalah orang yang kafir murtad, dan terbatal segala amalannya. Firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْسًا لَهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ (8) ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ
Ertinya: “Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amalan-amalan mereka. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan oleh Allah (Al Quran), lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amalan-amalan mereka.” . Surah Muhammad: 8-9.
Syarat Kelapan: Menolak Segala Yang Bertentangan Dengan Syahadah
Di samping semua perkara tadi, syahadah tidak akan sempurna melainkan setelah ditolak segala sembahan selain Allah dan segala ajaran selain Allah. Ini kerana syahadah yang pertama ini bukan sahaja bererti mengisbatkan ketuhanan Allah SWT, tetapi juga menafikan ketuhanan kepada selain Allah, kepatuhan yang mutlak kepada selain Allah dan menafikan segala ajaran dan hukum selain Allah.
Orang yang mengakui ketuhanan Allah SWT dan menyembahNya, tetapi menyembah juga perkara lain selain Allah adalah orang yang kafir. Firman Allah SWT:
Firman Allah SWT:
فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لاَ انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ertinya: “Maka sesiapa yang mengkufuri Thaghut (syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah s.w.t.) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kukuh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Surah al-Baqarah: 259.
FirmanNya lagi:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut ". Surah an-Nahl: 36.
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دُونِ اللهِ حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ، وَحِسَابُهُ عَلَى اللهِ.
Ertinya: “Sesiapa yang menyatakan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan mengkufuri apa sahaja yang disembah selain Allah, maka terpeliharalah harta dan darahnya. Dan perhitungan (yang sebenar terserah) kepada Allah”. Hadis riwayat Muslim.
Firman Allah SWT:
وَلا يَأْمُرَكُمْ أَنْ تَتَّخِذُوا الْمَلائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًا أَيَأْمُرُكُمْ بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Ertinya: “Dan (tidak wajar pula bagi seorang Rasul) menyuruhmu menjadikan malaikat dan para nabi sebagai tuhan. Apakah (patut) dia menyuruhmu kufur (kafir) sesudah kamu (menganut agama) Islam?"”. Surah Ali Imran: 80.
FirmanNya lagi:
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ بْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Ertinya: “Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka tidak disuruh melainkan menyembah tuhan yang Esa, tidak ada tuhan selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan”. Surah at-Taubah: 31.
Dan orang yang mengaku beriman, namun masih menerima selain hukum Islam sebenarnya orang yang kurang yakin dengan Islam dan akidahnya tertolak. Begitu juga orang yang mengaku beriman, tetapi masih menerima selain ajaran Allah dan tidak menganggapnya sesat, maka dia sebenarnya adalah orang yang kafir.
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلالا بَعِيدًا (60) وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا ((61
Ertinya: “Adakah kamu tidak melihat orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? (Padahal) mereka hendak berhakim kepada thaghut, sedangkan mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. dan syaitan (pula) ingin menyesatkan mereka (dengan) kesesatan yang sejauh-jauhnya. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang telah diturunkan Allah dan kepada hukum Rasul", nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu”. Surah an-Nisa’: 60-61.
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Ertinya: “Apakah hukum Jahiliyah yang mereka mahu, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?”. Surah al-Maidah: 50.
Syarat Tambahan Tentang Syahadah Kenabian
Syahadah yang kedua mengandungi pengiktirafan bahawa Nabi Muhamad adalah hamba pilihan Allah dan merupakan Rasul iaitu utusan Allah kepada manusia untuk menyampaikan ajaran Allah SWT. Syahadah kedua tidak lengkap melainkan dengan:
1- Mengiktiraf dan meyakini kerasulan Nabi Muhammad
2- Melafazkan pengiktirafan tersebut dengan lidah
3- Mengikuti baginda dengan mengamalkan kebenaran yang dibawanya dan meninggalkan kebatilan yang dilarang oleh baginda.
4- Membenarkan segala ajaran baginda
5- Mempercayai segala perkara ghaib yang dibawa oleh baginda
6- Mencintai baginda melebihi segalanya, termasuk diri sendiri, anak isteri & ibu bapa.
7- Mendahulukan ajaran baginda berbanding ajaran orang lain dan mengamalkan sunnah baginda.
Kelebihan Dua Kalimah Syahadah
Tidak ada satu kalimah yang lebih hebat daripada mengaku ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan inilah asas pertama yang membezakan antara Islam dan kufur. Orang yang enggan mengakuinya merupakan penderhaka yang memilih jalan ke neraka. Ubadah bin as-Somit r.a. meyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ شَهِدَ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ، حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ النَّارَ. رَوَاهُ مُسْلِم.
Ertinya: “Sesiapa yang bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, maka Allah akan mengharamkannya daripada neraka”. Riwayat Muslim.
Asas Agama Islam
Berdasarkan dua kalimah syahadah, asas agama Islam ialah:-
1- Jangan disembah melainkan Allah. ( Difaham daripada syahadah pertama)
2-Jangan menyembahNya melainkan dengan cara yang ditentukanNya. Iaitu melalui perantaraan Rasulullah s.a.w. (Difaham daripada syahadah kedua)

Disediakan Oleh: Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail, Masjid Taman Al-Barakah, Tasek Pauh
Email: tasekpauh@yahoo.com
Email: tasekpauh@yahoo.com
Assalamu3alaikum,Tuan..
Apa pandangan tuan mengenai Selawat Syifa'?
Sedangkan jelas makna selawat Syifa' itu menyeleweng dari 'Aqidah yang Sahih...
Allah melarang kita mengucap selain dari La illah ha Illah. Ini bermakna sesiapa yg mengucap 2 kalimah syahadah telah menduakan Allah atau syirik sedang mereka tidak menyedari. Berimanlah dgn Allah shj dan berimanlah dgn al-quran, nescaya al-quran akan membimbing dari kesesatan.
Salam kepada semua. Jangan terpedaya dgn kenyataan "Hamba Allah" ni, kerana dia bukanlah hamba Allah, tapi hamba si kafir. Hamba orientalis. Ia membawa kita kpd dakyah "anti Hadis". Berhati-hati.
Salaamun'alaikom ustaz,
Saya minta ustaz terangkan sedikit tentang masalah fahaman saya ini.
Saya pernah diberi tahu olih seorang teman yg dua kalimah syahadah ia itu "Ashhaduanlaailhaillallah, waashhaduannamuhammadarrasullulah" tidak terdapat di dalam al Quran mahu pun hadis. Yg ada hanyalah kalimah "Laailahaillallah" dan "Muhammadarasullullah". Keduanya pula berada di dalam surah yg berasingan.
Saya terkejut dan tidak percaya. Apabila saya bertemu dengan seorang teman yg hafiz, saya tanyakan perkara ini kepada beliau. Beliau katakan memang tidak ada di dalam Quran ayat sedemikian. Saya rujuk kepada kitab hadis Bukhari dan Muslim, juga saya tak jumpa.
Saya mohon ustaz jelaskan masalah ini sekiranya bolih. Huraian perkara ini amat penting bagi saya.
Salam. Dua kalimah syahadah ada dalam al-Qur'an dan Hadis. itukan asas aqidah Islam. Jgn hanya kerana lafaz tu 100% takde dlm ayat, kita kata takde. Itu bawa kpd keraguan. jgn kita tertipu. Sebagai contoh tak sebut dalam Quran (secara lafaznya) Nabi Musa adalah rasul, Nabi Ibrahim adalah rasul, Nabi Nuh adalah rasul dsbg. Adakah kerana tiada lafaz begitu, kita kata mereka bukan Rasul?
لا إله إلا الله dan محمد رسول الله itu adalah kenyataan al-Qur'an dan
أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله
itu adalah iqrar kita yg menunjukkan kita mempercayai al-Qur'an. Dan lafaz ini ada dalam hadis2. bahkan disebut secara mutawatir oleh umat Islam sejak dulu sampai hari ini. Lihat azan, ia sebutkan dua kalimah ini. Dan azan ini adalah mutawatir sejak zaman nabi sehingga hari ini. Dan kata dua kalimah ini tiada dalam hadis Bukhari dan Muslim adalah pendustaan yg sgt jelas bagi ahli ilmu.
Saya bimbang ada org yg cuba masukkan keraguan ke dalam aqidah kita semua. sedangkan mereka sebenarnya yg berada dalam keraguan.
Semoga kita semua terselamat drpd kesesatan. Amin.
أشهد أن لا إله إلا الله
وأشهد أن محمدا رسول الله
Saya Taufiq, saya ingin membuka minda si Anonymous dan Hamba Allah...
Kalimah "Ashhaduanlaailhaillallah, waashhaduannamuhammadarrasullulah" ada dinyatakan... Dalam solat, ketika tahiyyat awal dan akhir.. bukankah kalimah ini yang di baca??? :)
Assalamualaikum. Mengapa kalimah ILLA dalam Kalimah Tauhid LA ILAAHA ILLA ALLAH dimaknakan MELAINKAN? Makna sebenar ILLA ialah HANYA. Kalimah Tauhid tersusun dalam dua rangkaian iaitu LAILAAHA adalah KALIMAH NAFI dan ILLALLAAH adalah KALIMAH ISBAT. Apabila memaknakan ILLA dengan MELAINKAN/SELAIN/YANG LAIN/KECUALI dan sebagainya maka antara KALIMAH NAFI dengan KALIMAH ISBAT BERCERAI ANTARA KEDUANYA TIDAK LAGI SAOLAH-OLAH NAFI DIRI ISBAT DAN ISBAT DIRI NAFI maka risikonya sesaorang itu jadi kafir kerana mensyirikan Tuhan al Haq. Cuba kalau semua ayat ILLA dalam al Quraanul Karim tidak dimaknakan HANYA maka what is going on? MELAINKAN adalah dari perkataan GHAIRI/GHAIRUN dalam Bahasa Arab. Bolehkah Kalimah Tauhid diubah jadi LA ILAAHA GHARUL LAH? Kalimah Tauhid terkandung dalam Kalimah Syahadat dimana bidang ini termasuk dalam SYARIAT BATIN maka pelajari untuk mengamalkan dari para mursyid atau mereka yang ahli dalam bidang Syariat Batin. Para fukahak,ahli ilmu nahu mantik/sorof atau tauhid sifaf 20 semata-mata dsbnya TIDAK LAYAK BICARA MENGENAI KALIMAH TAUHID INI KERANA MEREKA BUKAN AHLI DALAM ILMU TAUHID. Ingat PESAN DARI RASUL KITA BAHAWA SETIAP ILMU TU ADA AHLI BAGINYA MAKA BERTANYA PADA YANG AHLI BAGINYA DAN SATU LAGI PESAN RASUL KITA SAW YANG BERI AMARAN SESIAPA MENGUBAH/MEMINDA AYAT-AYAT AL QURANULKARIM (MENUKAR DENGAN KALIMAH LAIN ATAU MAKNA) MAKA PERSIAPKANLAH DIRI UNTUK KE NERAKA! Untuk penerangan selengkapnya hubungi saya: Yusuf Naqsyaband 013 2125772 Malaysia.
Assalamualakum. izinkan saya membuat kenentar diruangan ini kali kedua yang saya khususkan kepada ANONYMOUS bahawa mengenai SYAHADAT sebagai RUKUN ISLAM PERTAMA ada dinyatakan oleh Allah SWT didalam al Quraanul Karim saerti Firmannya yang bermaksud: 1)Allah SWT MENYAKSI sendiri bahawa Dia (SWT) sahaja Tuhan. Para malaikat dan mereka yang berilmu yang teguh keadilannya turut MENYAKSI bahawa Tuhan ialah Allah SWT sahaja bahawa Dia (SWT) Yang Maha Kuasa lagi Bijaksana (Ali Imran 18). 2) Allah SWT MENYAKSI bahawa para rasul membawa ajaran suci sebagaimana telah diwahyukan oleh Tuhan dan para malaikat turut sama MENYAKSI. Cukuplah Allah SWT menjadi SAKSI(mengenai perkara demikian)(an Nisaa 164-166) dan juga antara rasul dan ummatnya (al Isra 96). 3) Sesungguhnya penyaksian paling besar sekali (SYAHADATAN AKBAR) ialah Allah SWT menjadi SAKSI antara Nabi SAW dan para ummatnya dan al Quraan diwahyukan kepadanya sebagai peringatan untuk manusia. Tidak sayugia setelah datang ajaran suci dan telah diajukan, masih ada yang menyaksi bahawa kedapatan juga tuhan-tuhan lain (saperti Firaun,Namrud dll. yang mendakwa sebagai tuhan juga berhala-berhala dll. yang didakwa sebagai tuhan oleh para musyrikun (makhluk didakwa dan mendakwa sebagai tuhan)) dari Allah SWT. Namun Nabi SAW tidak mengakui demikian dimana Tuhan Yang Esa (satu) hanya Dia (SWT) sahaja..hingga akhir ayat (Ali Imran) 19. Rasulullah SAW ada bersabda: Buniyal Islamu ala khomsin: ertinya dibina Islam itu pada 5 perkara) pertama SYAHADATI an Lailaaha illallah (MENYAKSI bahawa Tiada Tuhan hanya Allah.. hingga akhir hadis (diriwayatkan oleh al Bukhari). Oleh kerana ada perintah (amar) dari Allah SWT melalui Rasulnya kepada kita tentang syahadat ini maka kita dengan ikhlas hati ibarat menyambut Firman Tuhan dan Sabda Nabi kita SAW dengan melafazkan: Asyhadu allaa ilaaha illallaah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Harap ingat bahawa Syahadat itu ada 2 bahagian iaitu 1) Syahadat Qadim iaitu Syahidallahu annahu la ilaaha illaallah ertinya telah menyaksi Allah bahawa tiada tuhan hanya Dia 2)Syahadat Mukhaddath iaitu Asyhhadu allaa ilaaha illallaah ertinya menyaksi aku bahawa tiada tuhan hanya Allah. Sahabat anda itu manusia jahil yang sesat dan menyesatkan orang lain jangan dengar kata dustanya lagi saperti demikian..wasallam semuga kita sejahtera mengenai perkara mentauhidkan Tuhan, amin.
shijun 6.29
ray ban wayfarer
celine
michael kors outlet online
fitflops
coach factory online
mont blanc mountain
chanel outlet
coach outlet
hollister co
gucci outlet
ray ban aviators
coach factory outlet
louis vuitton handbags
coach outlet online
coco chanel
oakley sunglasses
louis vuitton purses
louboutin
fitflops
timberland outlet
ray ban sunglasses
michael kors outlet
toms shoes
hollister kids
coach factory outlet
white timberland boots
cheap air max shoes
cheap oakley sunglasses
jeremy scott adidas
oakley sunglass
abercrombie fitch
running warehouse
michael kors handbags
true religion outlet
cheap toms sale for kis
coach outlet
louis vuitton outlet
louis vuitton outlet
michael kors handbags
michael kors outlet online
ninest123 12.30
prada handbags, tory burch outlet, louis vuitton, polo ralph lauren outlet, louboutin outlet, ray ban sunglasses, louis vuitton outlet, louis vuitton, louis vuitton outlet, longchamp outlet, replica watches, christian louboutin outlet, louboutin shoes, jordan shoes, longchamp outlet, polo ralph lauren outlet, replica watches, michael kors outlet, ray ban sunglasses, louis vuitton, michael kors outlet, nike free, michael kors outlet, burberry, longchamp, cheap oakley sunglasses, gucci outlet, ugg boots, michael kors outlet, michael kors, ugg boots, oakley sunglasses, ray ban sunglasses, nike air max, ugg boots, uggs on sale, tiffany and co, michael kors outlet, oakley sunglasses, prada outlet, tiffany jewelry, burberry outlet online, oakley sunglasses, ugg boots, nike air max, nike outlet, louboutin, chanel handbags, oakley sunglasses
north face, nike roshe, vans pas cher, replica handbags, air force, timberland, lululemon, sac longchamp, ralph lauren pas cher, vanessa bruno, hollister pas cher, true religion jeans, air jordan pas cher, true religion jeans, nike huarache, hermes, true religion outlet, hollister, michael kors, nike air max, michael kors, nike blazer, michael kors, ralph lauren uk, longchamp pas cher, hogan, lacoste pas cher, true religion jeans, nike trainers, mulberry, michael kors, nike free, oakley pas cher, louboutin pas cher, longchamp, north face, nike roshe run, coach outlet, new balance pas cher, ray ban uk, ray ban pas cher, abercrombie and fitch, tn pas cher, nike air max, sac guess, nike air max, air max, burberry, converse pas cher, nike free run uk, coach purses
links of london, moncler, ugg pas cher, sac louis vuitton pas cher, moncler, louis vuitton, bottes ugg, canada goose, moncler, pandora charms, marc jacobs, canada goose, supra shoes, karen millen, canada goose outlet, barbour, doke gabbana outlet, montre pas cher, canada goose, pandora jewelry, hollister, pandora charms, ugg,uggs,uggs canada, canada goose uk, louis vuitton, moncler, coach outlet, pandora jewelry, doudoune canada goose, juicy couture outlet, thomas sabo, ugg boots uk, barbour jackets, louis vuitton, moncler, toms shoes, ugg,ugg australia,ugg italia, replica watches, swarovski, moncler outlet, canada goose, swarovski crystal, lancel, moncler, wedding dresses, juicy couture outlet, louis vuitton, canada goose outlet, moncler, converse outlet
ninest123 12.30
lebron 15
converse shoes
christian louboutin shoes
nike air vapormax
fila
nike flyknit racer
cheap mlb jerseys
moncler outlet
lacoste outlet
nike roshe one
adidas yeezy
nike flyknit
adidas superstars
vans shoes
vapormax
golden goose sneakers
nike huarache
nike vapormax
nike shoes
nike sneakers
Assalamualaikum, tumpang bertanya...syahadah yg kedua, perkataan "anna" bermaksud "aku""...aku Muhammad persuruh Allah. Ada pendapat ianya merujuk pass diri yang batin yakni roh "Nur Muhammad" (cahaya Muhammad) tiup oleh Allah s.w.t (Nurullah) kedalam jasad Nabi Adam lalu para malaikat sujud pada Adam atas arahan Allah s.w.t kerana diri batin Adam adalah Allah? Harap dapat beri penjelasan.
jordan shoes
off white outlet
goyard
curry shoes
alexander mcqueen
palm angels t shirt
kd shoes
off white nike
birkin bag
yeezy shoes