TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Saya tak mahu jadi PM yang menyesatkan..! - Pak Lah

Islam Hadhari?

Pembangunan dituntut agama

KOTA BHARU 3 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, beliau menggerakkan dasar pemerintahan berteraskan Islam Hadhari bagi membolehkannya menunjuk arah sebenar kepada rakyat dan membangunkan negara dengan dasar-dasar yang selari dengan tuntutan agama.

Menurut Perdana Menteri, dengan tanggungjawab yang kian banyak dan mencabar, beliau memikul pemerintahan agar selari dengan tuntutan agama melalui dasar-dasar yang dapat diterima, dinikmati dan tidak dicurigai oleh rakyat pelbagai kaum dan agama.

Dalam ucapannya ketika merasmikan Multaqa Ulama dan Intelektual Islam Negeri Kelantan 2007 di sini hari ini, beliau mengetepikan teks ucapan yang dibawanya dari Putrajaya.

Pada majlis yang turut dihadiri Mufti Kelantan, Datuk Hasbullah Mohd. Hassan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias, para pemimpin UMNO negeri dan pemimpin masyarakat negeri ini, Perdana Menteri berkata:

‘‘Saya ketepikan teks (ucapan) hari ini kerana sebagai Perdana Menteri, saya ingin bercakap dari hati ke hati dengan para ulama di sini.”

Katanya: “Saya selaku Perdana Menteri tentu hendak buat pendekatan baru, nak buat petunjuk arah, kalau tak betul, semua sesat.

‘‘Tetapi saya tidak mahu menjadi Perdana Menteri yang menyesatkan, saya tidak mahu menjadi Perdana Menteri yang dimarahi Allah, minta disimpangkan jauh.” Lagi UtusanOnline

Labels: , , ,

0 Responses to “Saya tak mahu jadi PM yang menyesatkan..! - Pak Lah”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health