Kelebihan Bulan Rejab
20 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Wednesday, July 18, 2007 at 10:13 PM.Perbincangan sekitar kesohihan hadis "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku"
Setiap kali datangnya bulan rejab, kita sentiasa di hidangkan oleh sebahagian ustaz-ustaz dalam ceramah dan kuliah mereka tentang kelebihan bulan ini. Begitu juga dengan dada-dada akhbar. Tetapi mungkin kita juga pernah terdengar suara–suara yang mempertikaikan kesahihan fadhilat bulan ini.
Di antara hadis yang sering di utarakan tentang kelebihan bulan rejab ini ialah hadis daripada Abi Said al-Khudriy yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku". Hadis ini banyak dicatatkan dalam kitab-kitab jawi melayu. Tetapi apakah pandangan ulamak-ulamak hadis tentang kesahihan hadis ini?
Di sini saya akan menaqalkan kedudukan hadis ini pada pandangan muhaddisin (ulamak-ulamak hadis) tentang hadis ini. Pandangan para muhaddisin ini saya naqalkan daripada risalah “Izharul Ajbi Fi Bayaani Bida' Syahri Rajabi”, karangan Syeikh Aqil bin Muhammad. Antara mereka ialah :
1. Al-Iman Ibnu Jauzi. Beliau telah mengarang satu kitab yang berjudul "Al-Maudhuuat" (hadis-hadis palsu). Beliau telah memasukkan hadis ini dalam kitab beliau tersebut dan menyebut : Hadis ini adalah pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. jilid 2, m/s 206
2. Imam Al-Suyuti. Beliau telah mengarang kitab "Al-Laali' al -Masnu'ah Fil Ahadis al-Maudu'ah" iaitu satu kitab yang mengumpulkan hadis-hadis palsu. Beliau memasukkan hadis ini ke dalam kitab tersebut. Jilid 2 , m/s 114.
3. Al-Hafiz Ibnu Hajar. Beliau telah mengarang satu kitab yang berjudul "Tabyiinul Ajbi Bima Warada Fi Fadhli Rajabi"- (bererti menyatakan kehairanan dengan apa-apa (hadis) yang menyebut tentang fadhilat bulan rejab). Beliau memasukkan hadis ini dalam bukunya tersebut dan menyatakan bahawa hadis ini adalah palsu.
4. Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Beliau juga telah menyatakan dalam kitabnya "al-Manarul Munif" bahawa hadis ini adalah palsu. m/s 95
5. Ibnu Iraq al-Kinani, pengarang kitab "Tanzihus Syari'ah", satu kitab yang juga menghimpunkan hadis-hadis palsu. Beliau memasukkan hadis ini ke dalam kitab beliau, jilid 2, m/s 92. Imam as-Soghani juga menyatakan hadis ini adalah palsu. Ini adalah antara yang disebut oleh Syeikh Aqil dalam risalah tersebut.
Antara ulamak yang menganggap hadis ini palsu ialah Imam Al-Syaukani dalam kitabnya "Al-Fawaidul Majmu'ah". Kitab ini juga adalah kitab himpunan hadis-hadis palsu. Muhammad bin Basyir al-Azhari juga menyatakan dalam muqaddimah kitabnya “Tahzirul Muslimin” tentang kepalsuan kelebihan bulan rejab ini. Kitabnya juga adalah himpunan hadis-hadis palsu. Daripada pernyataan para ulamak hadis tadi, jelaslah kepada kita bahawa palsunya hadis tentang kelebihan bulan rejab. Berkata Al-Hafiz al-Iraqiy : "Dan tidak ada satu pun hadis yang sahih mengenai fadilat bulan rejab".
Tetapi perlu diingatkan supaya janganlah kita sekali-kali berhenti beribadat dalam bulan rejab dengan sebab risalah ini, kerana itu adalah reaksi yang tidak bijak dan merugikan, sebaliknya yang perlu dihentikan hanyalah anggapan kita terhadap kelebihan bulan tersebut. Dan yang paling penting ialah janganlah kita sama-sama membuat atau menyebarkan pembohongan terhadap Rasululllah s.a.w.
Akhir sekali, saya sudahkan risalah ini dengan kata-kata Imam Nawawi: "Dan tidak ada satu hadis pun yang menunjukkan fadhilat berpuasa pada bulan rejab, dan tidak ada juga satu hadis yang melarangnya, tetapi asal hukum berpuasa adalah sunat, - yakni setiap masa –". Dan Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui.
Disediakan oleh: Tuan Mohd Safuan Bin Tuan Ismail, Sarjana Muda Universiti Mu'tah,
memanglah ada sesetengah ulama yg menganggap hadis ini palsu…tetapi tidak smua beranggapan bgitu….sbb anggapan para2 ulama adalah berbeza2…..
According to Abu Huraira (may Allah be well pleased with him), the Prophet (Allah bless him and give him peace) once said: Sha'ban is my month, Rajab is Allah's month, and Ramadan is the month of my Community. Sha'ban is the expiator, while Ramadan is the purifier. He also said (Allah bless him and give him peace): Sha'ban us a month between Rajab and Ramadan. People tend to neglect it, but that is when the deeds of His servants ascends to the Lord of All the Worlds, so I would rather mine rose up while I am fasting. According to Anas ibn Malik (may Allah be well pleased with him), the Prophet (Allah bless him and give him peace) once said: The excellence of Rajab over other months is like the excellence of the Qur'an over all other speech, while the excellence of Sha'ban over other months is like my excellence over the rest of the Prophets, and the excellence of Ramadan over other months is like the excellence of Allah (Exalted is He) over all His creatures. Anas ibn Malik (may Allah be well pleased with him) is also reported as having said: "When the Companions of the Prophet (Allah bless him and give him peace) beheld the new moon of Sha'ban, they would immerse themselves in reading their copies of the Qur'an. The Muslims would pay the alms-due [zakat] assessed on their wealth, thereby providing the means for the weak and the poor to fortify themselves in preparation for the fasting of the month of Ramadan. The governors would summon the prison inmates, to carry out the sentence on those convicted of major offences under Islamic law, and so set the rest free. Businessmen would set about paying their debts and collecting their dues. Then, when they beheld the new moon of Ramadan, they would bathe themselves and devote themselves to worship."
Salam. Kepada Lilou n the others, ulamak mana yang you maksudkan? Siapa muhaddis tersebut, n mana kitabnya? Janganlah kita termasuk dalam mafhum hadis riwayat Muslim, yg menyatakan bahawa sesiapa yg meriwayatkan hadis, dan ia dianggap palsu, maka dia juga penyebar kepalsuan tersebut. Menyebarkan hadis palsu adalah dosa besar.
ingat ulama ada kat malaysia je ke...
kepada lilou, kenapa tak boleh berlapang dada menerima kebenaran? Berpindah kepada kebenaran lebih baik daripada kekal dalam kebatilan. kebatilan membawa ke neraka.
salam...mintak izin copy artikel ni..
syukran
saya pun nak copy psl artikle nie...thx
Jangan bergaduh soal hadis palsu,beramallah selagimana
tiada hadis lain yang menegah kita dari ber amal
minta izin copy juge yer..
syukran awi..
ummat menderita..banyak kerja yg perlu dilakukan..
Umat menderita, kezaliman dan kejahilan. Apa sumbangan Naz? Biarkan shj mrk jahil?
terima kasih kerana telah memberikankan info yang boleh diketahui umum & bermanfaat kepada semua umat islam
Asarijal: Mana boleh macam tu, barangsiapa yang mengangap sesuatu ibadat sunat sebagai ibadat khusus maka itu adalah dikira sebagai sesat lagi menyesatkan.
Bulan Rejab adalah antara bulan-bulan Haram iaitu Bulan-bulan Allah. Maka ibadat pada bulan Haram adalah sama sahaja seperti ibadat pada bulan Muharam dan bulan-bulan Haram yg lain. Yang perlu diingatkan disini ialah banyakkan melakukan ibadat sunat pada Bulan Haram krn terdapat ganjaran yg tinggi di dlmnya. Janganlah kita terlalu mengejar ganjaran, kerana keredhaan-Nya itulah yglebih penting.
Lilou: Sila nyatakan nama muhaddithin atau mufassirin tersebut, serta nyatakan kitab karangan yang terdapat hadith tersebut. Bukankah TT dah state kat situ yang Imam Nawawi memberitahu tidak ada SATU pun hadith yang membincangkan kelebihan dan kekurangan bulan Rejab, yang perlu kita tekankan disini ialah banyakkan ibadat dan amalan sunat.
Maaf jika ada kekasaran bahasa, jika ada kesalahan statement harap dapat dibetulkan, beramal krn keredhaan-Nya. Semoga dosa kita diampunkan oleh Allah pada bulan Rejab ini, amin. Allahumma bariklana wi rajab wa sya'ban wa ballighna ila ramdhan, amin.
Mohon kebenaran utk copy article ini.
Alhamdullilah. Terima kasih.
This comment has been removed by the author.
alhamdulillah
silalah copy..
izin copy ye =)
terima kasih =)
Once installed, click webgarden.com on Bluestacks shortcut icon from Website your PC desktop display or Fildo on PC, Android, iOS, iPhone Free Windows Start menu. This process might ask you to Fildo App signup with Google Account data Fildo to adhere to the installation directions.
After copying text, there is Search frp bypass bar option shows up in the top to official guide the right. Click search bar.After that it will certainly reveal to FRP Bypass APK Complete Action utilizing. You will click Chrome just.
fila
golden goose
nike air max 2019
yeezy shoes
yeezy boost
cheap nba jerseys
lebron 15 shoes
air max 270
cheap jordans
longchamp handbags