Perkara Yang Membatalkan Solat menurut mazhab Syafei
22 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Sunday, July 08, 2007 at 10:24 PM.1- Terbatal toharah dengan kedatangan hadas semasa bersembahyang, samada hadas besar atau kecil, sekalipun tanpa sengaja.
2- Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan atau pakaian atau tempat sembahyang, kecuali segera dibuangkan.
3- Sengaja bercakap walau hanya dengan dua huruf atau satu huruf yang memberikan kefahaman.
4- Melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa seperti makan atau minum.
5- Perbuatan (bukan sembahyang) yang banyak dan berturutan seperti menghayunkan tangan tiga kali, melangkah tiga langkah, melompat dan sebagainya. Perbuatan kecil yang berturutan tidaklah membatalkan sembahyang, seperti menggaru gatal dengan satu anak jari sahaja.
6- Ketawa.
7- Riddah
8- Hilang akal
9- Meninggalkan menghadap kiblat, seperti berpusing atau berpaling dada dalam sembahyang.
10- Terbuka aurat dengan sengaja. Kalaulah ditiup oleh angin, lalu terbuka auratnya dan ditutup dengan segera, tidaklah batal sembahyangnya.
11- Meneruskan satu rukun daripada rukun-rukun sembahyang atau berlalu masa yang membolehkan dia melakukan satu rukun sembahyang, sedangkan dia dalam keadaan syak tentang niatnya (adakah berniat atau tidak?), atau tentang syarat sah sembahyang (adakah sudah berwuduhuk atau belum?) atau tentang kaifiat niat (seperti adakah sembahyang zuhur yang aku niatkan atau asar?).
12- Menukar niat sembahyang kepada sembahyang yang lain. Tetapi jika dia menukarkan niat sembahyang fardhu kepada sunat mutlak untuk sembahyang fardhu secara berjemaah, sedangkan dia sembahyang bersendirian, maka ia tidaklah membatalkan sembahyang, bahkan ia disunatkan. Tetapi jika sembahyang fardhu yang dia sedang bersembahyang hanya tinggal satu rakaat sahaja lagi, maka ia tidak disunatkan menukar niat kepada sunat mutlak, cuma ia diharuskan sahaja.
13- Niat atau azam untuk memutuskan sembahyang.
14- Ragu-ragu samada ingin meneruskan sembahyang atau tidak.
15- Mengikat untuk memutuskan sembahyang dengan sesuatu, seperti kalau telefon berdering, aku akan batalkan sembahyang dan menjawab telefon.
16- Meninggalkan dengan sengaja mana-mana rukun sembahyang, sekalipun rukun qauli, kerana ia menghilangkan peraturan sembahyang. Tetapi kalau ditinggalakn dengan terlupa, tidaklah batal, bahkan hendaklah dilakukannya.
17- Mengulangi dengan sengaja mana-mana rukun fi’li (rukun perbuatan).
18- Mendahulukan dengan sengaja satu rukun fi’li (perbuatan) di atas rukun fi’li yang lain, kerana ia menghilangkan tertib sembahyang.
19- Mengikut imam orang yang tidak boleh menjadi imam seperti si kafir atau lelaki mengikut perempuan.
20- Terlalu memanjangkan rukun pendek, seperti memanjangkan iktidal melebihi kadar bacaan surah al-Fatihah, atau memanjangkan duduk antara dua sujud melebihi kadar bacaan tasyahhud (tahiyyat).
21- Makmum mendahului imam dengan dua rukun fi’li (perbuatan).
22- Makmum terlewat dua rukun fi’li (perbuatan) daripada imam tanpa keuzuran.
23- Sengaja memberi salam bukan pada tempatnya.
24- Sengaja turun untuk duduk tahiyyat awal setelah tertinggal (terlupa) dan sudahpun qiam untuk rakaat ketiga.
25- Mengulangi takbiratul ihram untuk kali kedua dengan niat memulakan sembahyang.
Ini adalah penerangan secara ringkas tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan sembahyang, yang mana sepatutnya bagi seseorang yang ingin menjadi imam mempelajari dan mengetahuinya.

Al-fadhil Ustaz, boleh tak terangkan dalil-dalilnya.
Jazakallah.
Minta dalil boleh. Tapi layak ke kita ni nak istinbat dalil?
Ustaz..adakah sendawa(bunyi atau angin yang keluar dari kerongkong kerana kenyang atau gas) membatalkan solat?
Ustaz, jika ada rasa was was seperti yg berdasarkan petikan di bawah ini.
6. Tidak perlu berwudhu' apabila waswas.
Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila seseorang antara kamu merasakan sesuatu yang tidak kena pada perutnya lalu waswas sama ada dia kentut atau tidak, dia tidak perlu keluar daripada masjid kecuali selepas dia mendengar bunyi atau terhidu bau kentut. (Hadis riwayat Muslim)
Jadi jika kita berasa begitu semasa sembahyang, adakah solat kita tersebut terbatal? Atau pun mcm terasa mcm ada air nak keluar atau somehting like that... bagaimana ye?
Salam.
1- Sendawa tidak membatalkan solat.
2- Bila kita waswas seperti dlm soalan tu, tak batal solat.Ia tidak sama dgn yg no 11 yg ana sebutkan tu. Yg ni, waswas hanya pd kekal wuduhk atau tidak. Tapi yg tu berwuduhuk atau tidak.
Syukran atas soalan.4/2/09
assalamualaikum...
sy ingin bertanya...adakah pergerakan mengikat kain(yang terlondeh) ketika sembahyang dapat membatalkan sembahyang?
Salam. Mengikat kain yang terlondeh tidak membatalkan solat. Syaratnya, jangan bergerak tiga kali berturut-turut. Buat step by step.
adakah perkara 22 yang ustaz nyatakan itu sekiranya berlaku ianya akan membatalkan solat ataupun makmum tersebut dikira terlepas pahala berjemaah?
Salam.
1- Memang tertinggal dua rukun tanpa keuzuran membatalkan solat. (No 22 tu).Contohnya, makmum masih lagi qiam, sedangkan imam sudah sujud. Dia ketinggalan rukuk dan iktidal (2 rukun).
2- Kalau imam terlalu cepat baca al-Fatihah, maka makmum boleh terus rukuk bersama imam, sekalipun makmum belum habis baca fatihah (coz dlm masalah ni, dia boleh dianggap masbuq,sekalipun pada rakaat ketiga dan keempat)
3- Kita wajib baca fatihah, sekalipun imam dah baca dan diAminkan bersama. ini pndpat mazhab kita. Harapnya jwpn ini dapat menjawab persoalan yg diajukan. Salam dr saya, TMSTI.
assalamualaikum..jika air susu wanita keluar sewaktu sembahyang dan air itu mengena telekung nya, adakah sah sembahyang nya?tolong balas kat email ne ariel4189@hotmail.com..terima kasih..
This comment has been removed by the author.
kalau pergerakkan yg tidak sngaja??
Salam Ustaz,
bagaimana kalau angin yg keluar dari dubur sedangkan sudah berkali2 wudhuk diambil?
assalamualaikum,ustaz
sy mgalami mslh was-was yg sgt kuat.
1.trutmanya ttg niat,boleh ustaz trgkn apa sbnrny rukun niat dlm solat.
2.klu bacaan al-fatihah sy krg smpurna,apakah solat sy tidak sah?
tp,sy sntiasa b'usaha mbaikinya.
jazakallah bikhoirin jaza'.
Salam Ustaz,
Adakah solat kita terbatal sekiranya anak kecil yang berumur 2 tahun (yg belum bersunat bg lelaki) duduk di atas riba ketika kita duduk tahiyat atau dusduk di atas belakang ketika sujud.
salam ustaz,
saya ad masalh dengan diri saya dimana saya selalu terfikir untuk menukar niat kepada solat sunat.sbgai contoh 'nk solat sunat lah'(macam otak sengaja cari pasal). adakah batal solat saya jika saya terfikir untuk menukar niat kepada solat sunat semasa menunaikan solat fardhu?
Salam Ust.
Boleh Ustaz berikan beberapa nas atau dalil yg menyatakan bahawa Makmum mendahului imam terbatal solatnya
salam ustaz,
saya ad masalh dengan diri saya dimana saya selalu terfikir untuk menukar niat kepada solat sunat.sbgai contoh 'nk solat sunat lah'(macam otak sengaja cari pasal). adakah batal solat saya jika saya terfikir untuk menukar niat kepada solat sunat semasa menunaikan solat fardhu?
Drp: Ayub Sani
aslm
kalu rambut berada di antara dahi dan temapat sujud dan jari kaki tidak dilentikan semasa sujud batal x solat...
salam ustaz,
saya mengalami was2 yang sangat kuat semaya sembahyang,semasa saya membaca al fatihah,saya selalu terfikir betul ke niat aku tuh betul atau diterima,adakah solat saya sah jika saya meneruskan solat dalam keadaan ragu2 seperti itu?
begini lah ustaz,untuk menghapus perasaan ragu ragu saya,saya pernah melayari laman web lain,dalam laman web itu berkata,endahkan perasaan ragu2,tetapi saya pernah juga melayari laman web membatalkan solat,laman itu berkata bahawa jika ada perasaan was2,solat akan terbatal,jadi saya membuat kesimpulan,SOH ke solat saya jika saya meneruskan solat dengan perasaan ragu ragu saya.saya akan cuba endahkan perasaan ragu2 walaupun di tahyat akhir.soh ke solat saya jika saya melakukan begitu?
ustaz kalau masa kita sembahyang tiba2 terasa macam ada kacang di tekak kita batal tak solat kita lepastu saya telan