TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Amaran kepada MCA

Hishammuddin minta henti kenyataan Malaysia negara sekular

RANAU, 21 Julai (Berita Harian) - Pergerakan Pemuda Umno meminta pemimpin MCA berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sekular kerana tindakan itu tidak membawa manfaat kepada sesiapa.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar)menegaskan polemik sedemikian tidak harus cuba diperbesar-besarkan oleh MCA kerana ia tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak sebaliknya boleh memberi kesan negatif.

“Saya beri amaran kepada pemimpin MCA supaya berhenti membuat kenyataan sedemikian. Ingin saya tegaskan, saya bukan pemimpin naif yang akan membenarkan perkara ini berterusan. Amaran saya ialah berhenti membuat kenyataan,” katanya selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Ranau, di sini semalam.

Kelmarin, beberapa akhbar melaporkan Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan, mempertikaikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu yang menegaskan Malaysia adalah negara Islam yang melindungi hak bukan Islam.

Ong antara lain dilaporkan berkata, kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara sekular terbukti menerusi pelbagai dokumen sejarah termasuk Laporan Reid, Suruhanjaya Cobbold dan keputusan Mahkamah Agung yang dibuat pada 1988.

Beliau berkata, status sekular Malaysia itu juga terbukti berdasarkan persetujuan dan kontrak sosial oleh pemimpin terdahulu seperti termaktub dalam pelbagai dokumen yang digunakan dalam proses merangka Perlembagaan Persekutuan.

Isu berkenaan timbul berikutan satu laporan agensi berita asing baru-baru ini yang mendakwa dasar Malaysia kini semakin menjurus kepada sebuah negara sekular, bukannya negara Islam seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Najib ketika mengulas perkara itu Isnin lalu menolak tanggapan media asing berkenaan dengan menjelaskan, Malaysia tidak pernah menjadi negara sekular kerana sekular seperti takrifan Barat bererti meminggirkan prinsip Islam daripada cara pentadbiran.

Malaysia, katanya, tidak pernah berpegang kepada fahaman sekularisme kerana Perlembagaan jelas menyebut Islam adalah agama rasmi. Bagaimanapun, ia tidak bererti orang bukan Islam tidak dihormati kerana umat Islam dan bukan Islam, masing-masing mempunyai hak. Lagi..

Visual dan teks di bawah dari Screenshot

This is what the Tunku, our founding Prime Minister, said on the occasion of his 80th birthday as reported by the Star in February, 1983:

The country has a multi-racial population with various beliefs. Malaysia must continue as a secular State with Islam as the official religion.

Secular-State_tunku.jpg

The Tunku was not alone. This is what Hussein Onn, our third Prime Minister, said on the same issue as reported by the Star.

Former Prime Minister Tun Hussein Onn has supported Tunku Abdul Rahman’s view that Malaysia should not be turned into an islamic state. [...] ”The nation can still be functional as a secular state with Islam as the offical religion,” he said.

Secular-State_hussein.jpg

Labels: , , ,

0 Responses to “Amaran kepada MCA”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health