TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Islam Hadhari doktrin terbaik

Itu kata Zam. Dalam kelunakkan memasarkan Islam Hadhari, masa yang sama dia menjelaskan kebathilan.

Islam hadhari terbaik cegah pelampau: Zainuddin

KOTA TINGGI, 21 Julai (Bernama) - Pendekatan Islam Hadhari yang diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukan untuk menakutkan sesetengah pihak sebaliknya relevan diamalkan dalam negara berbilang kaum bagi mencegah wujudnya sikap ekstremisme dalam kalangan rakyat, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin.

Beliau berkata Islam Hadhari merupakan doktrin terbaik untuk masyarakat pelbagai kaum di negara ini selain membuktikan kepada masyarakat global bahawa agama Islam yang diamalkan di Malaysia memberi kebebasan kepada seluruh manusia.

"Doktrin ini membolehkan orang Islam hidup dalam apa jua suasana. Kita mahukan pihak luar mengetahui Islam di negara ini bersifat toleransi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perkampungan Islam Hadhari Parlimen Tenggara, di sini hari ini.

Hadir sama ialah anggota parlimen Tenggara Datuk Dr Adham Baba.

Beliau berkata mesej yang dibawa Islam Hadhari adalah jelas yang memberi maksud Islam di negara ini tidak mengancam kaum lain dan konsep berkenaan harus difahami semua pihak supaya pendekatan itu dapat dijayakan di negara ini .

"Kita mahu pastikan Islam Hadhari adalah terbuka. Kita mahu jelaskan kepada semua kaum dan pihak Barat bahawa bukannya kita tidak boleh berkawan dengan bangsa lain dan kita tidak memberi peluang politik kepada bangsa lain," katanya.

Zainuddin berkata selepas 50 tahun merdeka, pendekatan Islam Hadhari relevan sebagai lambang kekuatan kepada masyarakat Islam di negara ini bagi menghadapi cabaran dunia global dan mampu mengelakkan isu yang diputarbelitkan oleh sesetengah pihak.

"Atas dasar itulah Islam Hadhari perlu menjadi sumber kekuatan kita untuk hadapi pelbagai cabaran. Kita cakap kita kuat tapi kalau kita tidak bagi diri kita untuk bersaing, bagaimana kita hendak tunjukkan kita kuat," katanya.

Labels: , , ,

0 Responses to “Islam Hadhari doktrin terbaik”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health