Tuduhan rasuah Musa, Zulkifli bukti blog melampau - Nazri
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Sunday, July 29, 2007 at 10:47 PM.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata penulis blog sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka dan bukannya berniat semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin dan kerajaan.
"Fitnah penulis blog kalau tidak disekat akhirnya akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan dan sebab itu penulis blog perlu bertanggungjawab dalam laporan," katanya selepas merasmikan persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kota Baru di sini, hari ini.
Mohamed Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam yang mengarahkan siasatan BPR terhadap Musa ditutup kerana tiada apa-apa keterangan yang boleh mengaitkan Musa dengan tohmahan itu manakala bagi Zulkifli, tiada unsur-unsur jenayah ditemui mahupun dalam bentuk amalan, perlakuan ataupun peninggalannya, ataupun penyalahgunaan kuasa. Lagi di mStarOnline
Labels: Islam Hadhari, Malaysia, Rasuah
0 Responses to “Tuduhan rasuah Musa, Zulkifli bukti blog melampau - Nazri”