TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Kemajuan T'ganu-K'tan macam dipisahkan 'tembok Berlin' - ZAM

Kepada yang mengenali Kelantan dan Terengganu, tentu tersenyum dengan perumpamaan ini!

KUALA TERENGGANU, 27 Julai - Menteri Penerangan Datuk Seri Zainudin Maidin menyifatkan pembangunan pesat di Terengganu sekarang berbanding Kelantan yang terus ketinggalan di bawah PAS, ibarat Jerman Barat dan Jerman Timur yang dipisahkan oleh Tembok Berlin.

Menyatakan kekagumannya dengan pembangunan pesat di Terengganu, beliau berkata banyak pembaharuan yang dapat dilihat di negeri tersebut selepas Barisan Nasional (BN) merampas semula pucuk pimpinan negeri daripada PAS pada pilihan raya umum 2004.

Berbanding Kelantan, katanya rakyat negeri itu terus dibelenggu masalah kemiskinan dan ketinggalan daripada arus pemodenan walaupun sudah lama ditadbir kerajaan PAS.

"Yang lebih baik sekarang, Terengganu boleh menjadi cermin kepada orang Kelantan dan cukup jelas Kelantan dan Terengganu dah jadi macam Berlin Barat dan Berlin Timur walaupun tidak ada tembok. Cuma bezanya, orang Kelantan bebas keluar masuk ke Terengganu.

"Apabila mereka melangkah masuk ke Terengganu, mereka tengok (keadaan di Terengganu) sudah lain... banyak pembangunan. Sudah tentu ada perasaan cemburu antara orang Kelantan terhadap orang Terengganu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penerangan Kebangsaan (MPK) di sini hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat yang berlangsung selama dua hari, bermula hari ini ialah Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Negeri, Datuk Wan Hisham Wan Salleh. Lagi di mStarOnline

Labels: , , , ,

0 Responses to “Kemajuan T'ganu-K'tan macam dipisahkan 'tembok Berlin' - ZAM”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health