TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


TG Nik Aziz sokong Pak Lah tidak tunduk kpd Amerika

Apa yang perlu disokong, mesti disokong. Sokongan TG Nik Abdul Aziz kepada Pak Lah juga langkah bijak. Kemenangan akan seratus peratus berpihak kepada BN jika mereka boleh menaikkan semangat rakyat menentang Amerika tanpa sokongan pembangkang.

Jangan Tunduk Terhadap Tekanan AS - Nik Aziz

PASIR MAS, 3 Feb (Bernama) -- Malaysia tidak perlu tunduk terhadap tekanan Amerika Syarikat (AS) supaya menghentikan kerjasama perdagangan dengan Republik Islam Iran, sebaliknya bertegas dalam isu itu berdasarkan prinsip negara berdaulat.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada salahnya Malaysia menjalin hubungan dua hala dengan mana-mana negara termasuk Iran walaupun tidak dipersetujui oleh negara kuasa besar terbabit.

"Kita negara merdeka, negara berdaulat, kita tidak perlu ikut kehendak Amerika Syarikat," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Bangunan Pejabat PAS kawasan Pasir Mas di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan ahli kongres kanan Amerika Syarikat, Tom Lantos supaya pentadbiran Presiden George Bush menggantung rundingan dengan Malaysia sebagai memprotes tindakan Kuala Lumpur menandatangani perjanjian projek pembekalan tenaga dengan Iran.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menyokong penuh keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak tunduk terhadap tekanan politik dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan AS.

Nik Abdul Aziz berkata sebagai negara yang berdaulat, Malaysia bebas mengadakan hubungan perdagangan dengan mana-mana negara selagi tidak bertentangan dengan prinsip undang-undang.

"Apa salahnya Iran, kita pun negara yang berdaulat, apa salahnya kalau kita adakan hubungan dengan republik itu?" katanya.

Bagi beliau, Amerika tidak boleh bersikap seperti "gangster" dengan menyekat mana-mana negara, termasuk Malaysia, yang tidak menerima pandangannya memboikot negara lain.

Labels: , , ,

0 Responses to “TG Nik Aziz sokong Pak Lah tidak tunduk kpd Amerika”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health