TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Islam Plastik, bukan Palestin

Tohmahan media umno menggilakan. Islam plastik tak sama dengan islam palestin.
Saya sempat mendengar rakaman ucapan TG Nik Aziz di buletin TV3 2 atau 3 malam lepas, tapi tak sempat mengamati dengan sempurna. Alhamdulillah, RPK sempat merakam ucapan tersebut dan menyiarkannya secara verbatim di MalaysiaToday yang saya salin di bawah. Ia baik disiarkan seluas mungkin.
Nik Aziz’s statement as reported by Buletin Utama TV3:
‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.’
‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’
Nik Aziz’s statement as reported by Bernama:
Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.
‘Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Labels: ,

Penubuhan MMMM tanda Umno gagal - TG Nik Aziz

Pandangan TG Nik Abd Aziz tepat. Umno memerintah lebih 50 tahun dengan laungan merekalah penjaga dan pembela Melayu. Kenapa selepas 5o tahun MMMM perlu digembar-gembur jikalau tidak Umno gagal. MMMM hanyalah mainan bagi Umno terus berselindung sebagai pembela Melayu sambil memancing sokongan tanpa perasaan malu walaupun sedikit. Umno sudah dimakan masa, di bawah Umno Melayu terpinggir, malah Islam tergadai.

Nik Aziz: Penubuhan MMMM tanda Umno gagal

KOTA BAHRU, 5 Mei - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pembentukan Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) di Johor adalah satu tanda bahawa Umno gagal dalam mempertahankan kedaulatan Melayu dan agama Islam.

"Umno sudah gagal jaga Melayu, tidak boleh diharap...agama gagal, Melayu pun tak jadi, sehingga terpaksa mengadakan kongres," katanya selepas menutup Kempen Kesedaran Penyakit Kanser Untuk Kaum Wanita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas penganjuran Kongres Permuafakatan Melayu yang berakhir di Johor Baharu semalam yang sebulat suara bersetuju menubuhkan sekretariat tetap dikenali Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) bagi memantau, mempertahankan dan melaksanakan semua tuntutan berkaitan kedaulatan Melayu.

Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein berkata, sekretariat itu akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat dengan penglibatan jawatankuasa terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS berkata, isu kedaulatan Melayu tidak harus digembargemburkan oleh Umno kerana ia akan menimbulkan rasa benci bangsa lain terhadap Melayu.

"Kalau Umno sebut Melayu sahaja, Cina siapa nak sebut, siapa nak jaga. Sebab itulah Kelantan sebut 'Membangun Bersama Islam', Melayu ke, Cina ke, kita bangunkan bersama melalui dasar Islam," katanya.

Beliau berkata, rakyat pelbagai kaum tidak sedikit pun akan merasa rugi sekiranya berada dalam dasar membangun bersama Islam kerana Islam itu sendiri mengajar manusia ke arah kebaikan.

Mengulas lanjut cadangan kongres berkenaan agar Umno dan PAS duduk berbincang dan bersatu, Nik Abdul Aziz berkata, PAS sudah lama mengadakan perbincangan malah pernah menyertai Barisan Nasional (BN) untuk tujuan itu.

"Nak bincang bersatu asasnya begini...nak minta PAS jaga Melayu, kami jaga lama dah. Sekarang giliran Umno pula.

"Bukan nak suruh masuk PAS tetapi baiki dasar, dari dasar kebangsaan yang menolak agama kepada dasar Islam," katanya. BERNAMA

Labels: , , ,

TG Nik Aziz di Hotel Nikko 2 Mac

Nik Aziz bertemu anak Kelantan di perantauan malam esok

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) - Satu majlis pertemuan antara MB Kelantan, Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan anak-anak Kelantan di perantauan akan diadakan pada malam esok (2 Mac) di Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Majlis anjuran Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan atau Perakan yang bermula pada jam 8.00 malam itu adalah bagi membuktikan sokongan anak-anak Kelantan terhadap kepimpinan ulama di Kelantan yang telah menerajui negeri itu sejak 18 tahun lalu.

Justeru, pihak penganjur menyeru kepada seluruh anak-anak Kelantan di Lembah Klang untuk hadir sebagai menunjukkan tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi menjelang pilihan raya ke-12 ini

Labels: , , , ,

Umno macam 'Orang Utan'

Kepada yang tidak sempat atau belum menyaksi berita tersebut yang disiarkan semalam, boleh klik berita TV3 di bawah.





Siapakah yang celupar sebenarnya.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat2 Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang2 yang lalai”. (Surah al-a’raf, 179)

Guna Istilah 'Orang Utan' Untuk Sedarkan UMNO, Kata Nik Aziz

KOTA BAHARU, 19 Feb (Bernama) - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata istilah "Orang Utan" yang ditujunya kepada Umno adalah bertujuan untuk menyedarkan mereka.

Beliau berkata, Islam membenarkan umatnya menggunakan perkataan keras seperti itu semata-mata untuk menyedarkan golongan yang jauh tersesat.

"Orang yang tolak Islam bermakna dia tolak anugerah Allah. Dan kalau tolak anugerah Allah maksudnya setaraf dengan makhluk yang lain.

"Saya masih berlapik dengan gunakan perkataan Orang Utan dan tidak guna istilah "binatang" secara terang-terangan," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Dua hari lalu ketika di Kedah, Mursyidul Am Pas itu dilaporkan berkata, Pas Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik di negeri itu pada pilihan raya umum ini sebaliknya Orang Utan yang tidak tahu undang-undang dan agama.

Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Umno yang menyifatkan perbuatan menyamakan manusia dengan binatang adalah amat tidak wajar dan menghina.

Nik Abdul Aziz meminta pemimpin dan anggota Umno agar tidak cepat melatah sebaliknya memahami maksud sebenar yang tersirat daripada kenyataannya itu.

"Sekali sekala kita beri nasihat dan sekali sekala kita kena rotan kalau tidak endah juga.

"(Dalam hal ini) saya sudah nasihat dan kalau tidak dengar juga terpaksalah kita rotan," katanya.

Beliau berkata di dalam Al-Quran ada disebut orang yang menolak hukum Islam adalah diibarat seperti binatang.

"Tidak perlulah orang Umno nak terasa hati (atas kenyataannya itu)," katanya.

Dan sedikit selingan..

Labels: , , ,

Ucapan TG Nik Abd Aziz di majlis pelancaran ECER di KB

Teks ucapan TG Nik Abd Aziz di majlis pelancaran ECER pada 29 October 2007 di Kota Bharu. Satu ucapan yang baik, menaruh harapan, menegur serta memberi peringatan Allah swt kepada semua, termasuk pemimpin yang leka. Syabas TG MB Kelantan.

Boleh download video ucapan beliau di sini: http://arman.intim.edu.my/ecer-mb.wmv

Bismillahir Rahmanir Rahim

"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (Maksud Surah An Nahl: Ayat 90).

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan

Salam Sejahtera

Yang Amat Berhormat

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia dan isteri;

Yang Amat Berhormat

Dato' Sri Adnan bin Haji Yaakob

Menteri Besar Pahang;

Yang Amat Berhormat

Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh

Menteri Besar Terengganu;

Yang Amat Berhormat

Dato' Haji Abdul Ghani Othman

Menteri Besar Johor;

YB Dato' Seri Mohd. Effendi Norwawi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri;

Yang Berhormat

Menteri-Menteri Kabinet;

Yang Berhormat

Ahli-Ahli Parlimen Serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri;

Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan-Kerajaan Negeri;

Dif-Dif Kehormat;

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Alhamdulillah. Dengan seizin Allah S.W.T., sekali lagi kita dapat menghirup udara nyaman pada hari ini.

Ini menandakan betapa kita masih terus dilimpahi nikmat dengan rahmat dan inayah dari-Nya untuk sama-sama menyaksikan pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur bagi Negeri Kelantan.

Sesungguhnya pelancaran ini boleh dijadikan titik tolak ujian keikhlasan kedua-dua belah pihak dalam berkongsi anugerah Allah S.W.T. yang dilimpahi-Nya kepada kita semua baik di Kelantan atau negara Malaysia pada amnya yang sama-sama kita kasihi selama ini.

Bahkan, ia adalah detik bersejarah yang mengesahkan lagi penerusan wujudnya jalinan kerjasama akrab sekian lama khususnya sejak 17 tahun negeri ini diperintah oleh Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini.

Tanpa pertukaran apa-apa, pelan yang bakal dilancar dan dilaksanakan nanti tidak memerlukan apa-apa perubahan nakhoda.

Kapal boleh berlayar dengan matlamat yang tidak berganjak yakni memakmurkan bumi Allah dengan segala ikhtiar yang tidak menyalahi syariat Ilahi.

Dalam semangat ini, mewakili Kerajaan dan rakyat Negeri Kelantan, izinkan saya mengalu-alukan kedatangan YAB Dato' Seri Perdana Menteri.

YAB Dato’ Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Tugas pemimpin laksana dasar Allah

Ayat Al-Quran yang baru saya baca dalam muqadimmah tadi biasanya dibaca di atas mimbar Jumaat, saya membacanya pada hari ini di atas mimbar masyarakat.

Di rumah Allah kita menjadi imam dan makmum, manakala di luar rumah Allah kita disebut pemimpin dan rakyat.

Orangnya masih sama. Khutbah dalam masjid menerangkan dasar-dasar Allah manakala ucapan di luar masjid adalah untuk melaksanakan dasar-dasar Allah.

Setelah 17 tahun saya diamanahkan untuk memimpin Kerajaan Kelantan dengan dasar Al-Quran Nul Karim sebagai Kalamullah, termasuk ayat yang saya baca sekejap tadi, petang ini saya dan Kerajaan saya seakan-akan terasa akan adanya perubahan baru.

Saya sedang berada di sebuah pentas buat pertama kalinya dengan pemimpin negara.

Alangkah manisnya hidup kiranya insan yang sengaja diciptakan Allah Azzawajalla dengan berlainan watak dan kerenah ini boleh patuh kepada ketetapan azali sejak Nabi Adam alaihissalam lagi.

Firman Allah S.W.T. ada membawa maksud berbunyi "Dan Kami berfirman: turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan. Kemudian (Adam dan Hawa) menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Kami berfirman: "turunlah kamu semua dari Syurga itu! Kemudian jika datang petunjukKu kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjukKu, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Surah Al-Baqarah: Ayat 36 - 38).

Mudah-mudahan langkah penyatuan pentas ini akan memulakan jalur-jalur gemilang yang sungguh-sungguh sebagai ganti kepada jalur-jalur hitam selama 17 tahun sebelum ini.

YAB Dato' Seri dan sidang hadirin sekalian,

Saya sempat juga mengikuti senarai projek-projek raksasa yang ada terkandung di dalam pelan induk yang disebut-sebut akan menelan perbelanjaan berjumlah RM112 bilion ini.

Antara lain ia akan memuatkan sebuah Universiti yang telah beberapa kali dilancarkan, Lebuh Raya Pantai Timur, Jeti di Tok Bali dan usaha untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai pusat penerbangan untuk rantau Asia Tenggara, termasuklah keinginan yang kuat untuk memunculkan satu kelas perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Alhamdulillah, semua cadangan ini telah lama dikenalpasti dan menjadi sebahagian dari Pelan Jangka Panjang Pembangunan Strategik Negeri Kelantan yang telah kami dokumenkan dan tandatangani sejak 2 Mei 2000; kira-kira 7 tahun yang lalu.

Bahkan memahami pembahagian dan pengkhususan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri melalui 2 rancangan lima tahun yang telah kita lalui.

Projek-projek cadangan ini telah dikemukakan kepentingannya untuk diberikan perhatian Pusat dari masa ke semasa.

Mungkin kerana kesuntukan kewangan, ia tidak diberikan perhatian.

Kali ini Kerajaan Negeri wajar berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana telah sudi mengiktiraf apa yang kami kenalpasti sebagai projek-projek mustahak selama ini dan akhirnya telah diberikan perhatian.

Pastikan pelan ECER realistik bukan hipokrasi

Menyentuh tentang peruntukan yang mencecah RM112 bilion untuk ECER, RM177 bilion lagi untuk Koridor Utara dan RM47.6 bilion lagi di Wilayah Pembangunan Iskandar, rakyat menjadi sedikit kagum dengan jumlahnya.

Semakin hairan mereka apabila duit yang diisytiharkan ini boleh menjangkau Rancangan Malaysia ke 9, 10 dan boleh pergi sejauh RMK sebelas.

Apapun, jika duit ini memang ada dan tidak menjadi masalah, maka kita perlu mengucapkan sebesar-besar syukur. Alhamdulillah, syabas.

Dalam banyak buku ilmiah, saya ada juga terbaca bahawa sesuatu pelan yang berkesan ialah pelan yang dapat diterima tanpa curiga oleh kumpulan sasar.

Ciri pelan yang berjaya juga ialah pelan yang dapat dilaksanakan.

Biasanya pelan pembangunan yang baik harus bertolak dan bermula dari bacaan mengenai senario ekonomi dunia semasa yang teliti berasaskan unjuran yang tepat mengenai turun naik harga petrol, emas dan lain-lain komoditi yang utama.

Realiti dan waqi' persekitaran yang berubah ini biasanya akan menentukan pula angkubah-angkubah yang memungkinkan sebuah pelan yang realistik itu dapat diisytiharkan.

Saya berandaian, semua aspek ini telah diambil kira dalam segenap segi sehingga ia tidak menjadi sebuah impian dan bukan sekadar 'satu lagi pelan'. Sememangnya indah untuk berada sekadar di alam mimpi kerana ia mengasyikkan:

Anak Cina memetik selasih

Anyam rotan dibuat timba

Tiada yang indah dalam berkasih

Mimpikan bulan jatuh ke riba

Dalam banyak hal, apa yang mustahak ialah pelan yang dapat menghasilkan kenyataan.

Siapalah yang tidak bergembira untuk mendengar janji yang akan datang dalam ratusan bilion ringgit.

Ini lebih-lebih lagilah apabila janji itu dipenuhi.

Sudah banyak kita saksikan betapa janji yang indah kadang-kadang boleh menjadi musuh besar apabila ia gagal dipenuhi. Kebocoran, siling runtuh, rasuah dan pecah amanah, inflasi dan hipokrasi adalah antara musuh-musuh bersama yang boleh menghambat cita-cita murni.

Emas hitam anugerah Allah yang dipinggirkan dalam ECER

YAB Dato' Seri dan sidang hadirin sekalian,

Walaupun cadangan pendaratan gas dan minyak di pesisir pantai kita masih tidak diberi perhatian dalam ECER, saya masihlah memandang kepentingannya sebagai sesuatu yang bersifat mendesak.

Pada kami, ia sepatutnya diletakkan sebagai paksi asas dalam menjana pertumbuhan ekonomi negeri.

Seperti yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri sejak 10 tahun lalu, kami masih merayu agar gas dan minyak didaratkan di Pantai Senok.

Bukan senang deposit emas hitam ini boleh terbentuk.

Dengan penuh susah payah Allah S.W.T. telah ratusan jutaan tahun memeram, mengatur dan memprosesnya secara sebab musabab jauh di kerak bumi.

Dengan segala percaturan kimia melalui mendapan humus, fosil dan tindak balas haba di perut bumi, Allah S.W.T. telah dengan segala ehsan menyimpan lalu menganugerahkan bumi Kelantan dan laut Kelantan dengan bahan semahal ini.

Mensia-siakan nikmat namanya apabila ia seolah-olah dibuat-buat 'terlepas pandang' dan tidak ditimbangkan untuk dimasukkan ke dalam pelan induk pembangunan Wilayah yang sebesar dan sepenting ini.

Setakat ini, kami hanya berputih mata melihat khazanah bumi kami dipunggah dan dihirup sepuas-puas oleh golongan amir politik tanpa didaratkan di pantai Kelantan sendiri walaupun sesudu teh.

Dalam feqah Islam, telah lama ditulis "hukmul fa il wal khu roji wa rriqaz".

Bahkan zakat yang dipungut daripada sesebuah perkampungan tidak boleh dipindah zakat itu ke tempat lain kecuali terlebih dahulu diagih-agihkan kepada al mustahiqiin tempatan.

Ini adalah hukum Allah dan Rasul. Tak disempurna di dunia oleh pihak al-umara', ia akan disempurna juga oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak.

"Sesungguhnya hari keputusan (hari kiamat) itu adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semuanya." (Surah Ad-Dukhaan: Ayat 40).

Untuk menyatakan komitmen Kerajaan Negeri terkini, kita telah meluluskan penubuhan sebuah jeti penghantar (supply base) di Pengkalan Kubur, Tumpat, khusus untuk sokongan kerja penggerudian minyak dan gas di Joint Development Area (JDA) dengan Thailand dan Vietnam, di luar pesisir pantai Kelantan.

Kerja pembinaan Jeti tersebut mulai Oktober ini dan ianya akan menjadi pemangkin kepada satu industri yang dapat mengembangkan ekonomi negeri dan membuka peluang pekerjaan.

Dalam keadaan-keadaan yang seperti inilah, relevannya kita mengetepikan sentimen politik bersifat kepartian.

Tidakkah boleh kita menjadikan maudhu' ini sebagai perkara bersama untuk dikongsikan secara pintar bagi tujuan yang sama.

Saya masih ingat betapa murninya ketika KUB menandatangani persefahaman ini bagi pihak Pusat dizaman Tun Dr. Mahathir pada tahun 1996 dahulu.

Ini kekal terlipat dalam sejarah; kisah benar sebuah 'pelan indah' yang tidak menjadi hingga sampai ke hari ini.

Pembinaan modal insan tidak berjaya kecuali dengan tarbiyah Islam

YAB Dato' Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Dalam hubungan Kelantan yang telah dikenalpasti sebagai Pusat Pembangunan Modal Insan berteraskan ilmu pula, saya bermohonlah untuk memberikan sedikit peringatan.

Mustahil insan itu boleh dibina tanpa agama. Ilmu Al-Quran mengajar kita tentang adanya dua perkara dalam setiap insan itu yakni jasad dan roh.

Membina roh insan adalah memberi faham kepada mereka tentang dosa dan pahala, adanya taat dan maksiat, adanya malaikat dan adanya iblis, adanya hisab dan adanya hari pembalasan, adanya Syurga dan adanya Neraka.

Ini soal asas yang tiada khilaf. Ini konsep tarbiyyah bawaan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul alaihissalam serta para tabi'in dan wali-wali zaman berzaman.

Jika Kelantan mahu diiktiraf sebagai pangkalan terpenting modal insan, maka kita jangan abaikan aspek pembinaan roh.

Elemen rasuah, dedah, dadah, belasah dan menolak hukum Allah adalah manifestasi kekacauan fikrah.

Betapa kacau bilaunya acuan dan tertib tarbiyyah kita yang telah dirangka oleh negara selama ini.

Ikut cara kami bangunkan negara bersama Islam

Untuk itu, mari kita cuba menjadi lebih ikhlas dengan cuba sama-sama memperbetulkan keadaan, memikul amanah agama demi memulihkan manusia untuk kembali kepada nilai-nilai fitrah keinsanan sejati selaras dengan prinsip asal 'ubudiyyah' sejak asal kita semua dijadikan.

Bagi kami di Kelantan, kita telah lama mengisytiharkan konsep 'Membangun Bersama Islam', berasaskan dakwah bil hikmah wal mauizotul hasanah.

Dalam rangka konsep ini, kami memuatkan prinsip ubudiyyah yakni semua orang wajib kembali kepada pengabdian yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T.

Bagi mereka yang belum Islam, mereka diajak untuk hidup dalam kesedaran ketuhanan.

Kami juga memuatkan prinsip mas'uliyyah yakni bekerja dengan penuh sedar bahawa setiap manusia tanpa mengira pangkat, bangsa dan budaya akan disoal jawab oleh Allah Taala sendiri tanpa sebarang jurubahasa.

Manakala Itqan yakni bekerja dengan penuh berkualiti untuk menghasilkan apa sahaja nilai amalan dan aktiviti dari jenis yang terbaik.

Seluruh sekolah milik Kerajaan Negeri Kelantan telah dan sedang merangka dan melaksanakan kurikulum dan kokurikulum untuk menggunakan ruang lingkup kesedaran yang keseluruhannya berteraskan ketaqwaan kepada Allah Robbuljalil.

Dalam semangat pesan memesan (Watawa soubilhaq watawa soubissobr), alangkah tepatnya jika pelan pembinaan insan yang termuat dalam ECER ini mampu dengan jujur membuat pengisian-pengisian yang semurni ini.

Jika tidak, percayalah walau secemerlang manapun pelan pembinaan insan kita, tanpa agama, rakyat akan hidup sebagai insan yang bermentalitikan haiwan kerana dia cuma takutkan polis dan BPR, undang-undang, tali gantung dan peraturan dan dia akan hidup dan mati dalam kekeliruan.

Di sana nanti dia akan terpinga-pinga dalam suasana yang salah menyalah "maka, berkatalah pengikut kepada pemimpin dan pemimpin kepada pengikutnya" sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran Nul Karim. (Sila semak dan tadarrus sendiri maksud Surah Al-Baqarah dari Ayat 166 hingga 167).

Menyentuh tentang tumpuan pertanian yang khabarnya hanya akan diberikan tumpuan yang sangat minimum oleh Pelan Wilayah Timur ini, saya kira sekali lagi kami perlu membuat teguran.

Sejak dari dahulu, Kelantan dikenali sebagai negeri pertanian. Apa erti mengisytiharkan istilah-istilah seperti "halal hub" atau Jelapang Makanan Negara jika perhatian ke atas sektor ini sekadar bersifat batuk di tangga? Sekali lagi saya mengharapkan sesuatu yang lebih singnifikan dapat dilakukan ke arah pembetulan ini.

Mari bermuafakat elak ganggu Kelantan

YAB Dato' Seri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sudah lebih 17 tahun kita menjalin hubungan kesetiakawanan dalam ikatan konsep persekutuan.

Setakat yang saya ingat, tidak pernah satu kalipun lagi terganggu sebarang projek yang diluluskan oleh Pusat di Kelantan baik kecil mahupun besar mengalami gangguan atau dihalang oleh Kerajaan Negeri.

Melalui permuafakatan dan rundingan, ia sentiasa disambut oleh kami dengan penuh keterbukaan.

Bagaimanapun beradablah ketika melangkah. Bukankah ini Wilayah Timur. Setiap rumah ada tuannya. Masuk berpintu. Keluar bertangga. Kadang-kadang, ya. Terasa juga.

Makan sirih berpinang tidak

Buah keranji atas perahu

Singgah tidak kenang pun tidak

Sampai hati buat tak tahu

Hanya inilah kali pertama saya diberi kesempatan untuk berucap di majlis yang dihadiri oleh YAB Dato' Seri Perdana Menteri. Apapun jua, syukurlah. Saya mengucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pelancaran ini.

Dengan nama Allah, saya sudahi dengan Wabillahi taufiq Wal hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(TEKS UCAPAN YAB TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN DI MAJLIS PELANCARAN PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (ECER) PADA 17 SYAWAL 1428/29 OKTOBER 2007, JAM 2.30 PETANG DI KOMPLEKS SEKOLAH-SEKOLAH WAKAF MEK ZAINAB, KOTA BHARU, KELANTAN)

Labels: , , ,

Selamat Hari Raya Eid ul Fitr 1428H

Dari kami di tasekpauh. Semoga kita menjadi mukmin yang bertaqwa dan,

Mudah-mudahan Allah swt menerima segala amalan kita sepanjang bulan yang penuh barakah itu dan mengurniakan kita kejayaan bagi melalui bulan-bulan yang berikutnya. Inilah masanya untuk kita memperbaharui azam dan mempertingkatkan komitmen kita untuk berjuang dengan sungguh-sungguh bagi meninggikan agamaNya setelah kita berjaya terbit dan lulus dari bulan tarbiyah sepanjang Ramadhan yang baru sahaja berlalu - Pesanan TG Hj Abdul Hadi

Liha juga pesanan hari raya TG Nik Abdul Aziz di tvPas.com

atau terus ke laman utama tvPas.com

Labels: , , ,

Islam, Islam Hadhari dan TG Nik Abdul Aziz

Saya buka 25 jam sehari untuk BPR menyiasat - TG Nik Aziz

'Saya buka peluang 25 jam sehari untuk siasatan BPR'

aKOTA BARU, 21 Ogos - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dalam siasatan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam anak syarikat kerajaan negeri, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Saya buka peluang 25 jam sehari kepada BPR, mereka nak datang untuk siasat, datanglah. Ada tak ada kes penyelewangan, hanya Tuhan yang tahu, kalau BPR nak siasat, siasatlah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa BPR sedang menyiasat AKSB berhubung penyelewengan dalam projek membaik pulih infrastruktur sistem bekalan air di Kelantan berharga RM600 juta.

Menurut laporan yang memetik sumber itu, BPR telah menghantar sepasukan pegawainya ke Kelantan untuk menyiasat perkara itu dan mendapati ada asas untuk siasatan terperinci dijalankan.

Pegawai-pegawai BPR itu juga dilaporkan membuat semakan di Pejabat Kewangan Negeri yang bertanggungjawab meluluskan pembayaran untuk projek itu.

Nik Abdul Aziz juga berkata beliau tidak bercadang meminta laporan daripada AKSB mengenai dakwaan berkenaan.

Mengulas isu yang sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa, berkata Barisan Nasional telah beberapa kali cuba membawa isu itu ke pengetahuan Dewan Undangan Negeri Kelantan tetapi dihalang oleh kerajaan PAS Kelantan.

"Kita telah menggunakan saluran yang betul secara profesional iaitu sidang Dewan Undangan Negeri tetapi ditutup rapat oleh kerajaan dan ruang perbincangan mengenainya juga tidak pernah diberi," katanya kepada Bernama.

Annuar berharap semua pihak memberi kerjasama kepada BPR dalam siasatan itu supaya apa yang berlaku dalam AKSB diketahui umum. mStarOnline

Lihat Juga Isu siasat AKSB lebih bermotifkan politik - MB

Labels: , ,

Kelantan tawar Sukma 2008 pakaian menutup aurat

Berita Nisa' Games dan tawaran Kelantan kepada Sukma 2008 pakaian menutupi aurat bagi athlit wanita Islam juga dilapurkan di luar negara. Usaha dan tawaran ini harus diterima baik oleh Majlis Sukan Negara.

Islamic-wear for women athletes

Kuala Lumpur, February 19 (News24.com SA) - Malaysia's conservative northern state of Kelantan has offered to sponsor Islamic sports attire for women athletes in the upcoming 2008 Malaysian Games, state Bernama news agency reported late on Sunday.

Officials in Kelantan state, the only state in the country that is ruled by a hardline Islamic party, said the sponsored attire would cover a woman's "aurat" - parts of the body that should be covered, according to Islam.

State women, youth and sports committee chairperson Abdul Patah Mahmood said: "The sports attire will be an alternative to the ones worn by Muslim athletes presently."

Abdul Patah said the outfits would encourage more women to take part in sports such as swimming, where there was a lack of proper attire, as deemed by Islam.

"We will submit a proposal on it to the youth and sports ministry and if it gives the greenlight, we will show the design," he said.

On Saturday, Kelantan's chief minister Nik Abdul Aziz Nik Mat had called for the state's women athletes to cover up when taking part in national or international events, reported Bernama.

Nik Aziz was quoted as saying: "Sporting events in Europe, where the athletes are clad as though in the bathroom, pain me as they tarnish the dignity of the sports themselves."

Kelantan is currently hosting the first Malaysian All-Women Games, which saw participation from about 1,200 women athlete.

Men are only allowed to attend the opening ceremony.

Kelantan last year banned women of all religions in the state from wearing sexy outfits, and has introduced fines for those working in shops and restaurants who dress "indecently".

It is ruled by the hardline Pan-Malaysia Islamic Party, which has lost ground to the ruling United Malays National Organisation's multi-ethnic coalition.

Labels: , ,

Pilihanraya umum dlm masa terdekat, TG Nik Aziz

General Election This Year, Says Nik Aziz

KOTA BAHARU, Feb 18 (Bernama) - Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat says the general election will be held this year.

"The general election is drawing near, this year at the earliest or next year at the latest, but I don't think next year as Datuk Seri Anwar Ibrahim (former deputy prime minister) can return to active politics," he said.

He was asked to comment on the statement by Prof Emeritus Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem, Executive Director of the Malaysian Institute of Economic Research (MIER), that now was the right time to dissolve Parliament to pave the way for the polls.

"If the economy is strong, why the kampung people are grumbling of rising prices of essential goods.

"Only people holding high positions in government and drawing big salaries and allowances are the ones telling the country's economy is strong," he told reporters after opening a sports meet for women here last night.

Nik Aziz, who is also Pas' spiritual adviser and Kelantan Pas Commissioner, nevertheless said the opposition party was ready for the general election, regardless of when it was held, just like the Barisan Nasional (BN).

Umno Youth said yesterday the Government should be given enough time to honour its last election pledges and to put the Ninth Malaysia Plan on track before fresh polls are held.

"If the election is called too early without the benefits of the projects reaching the people, voters might have doubts (about BN's pledges," said deputy chief Khairy Jamaluddin.

Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin said in Kuala Terengganu yesterday that he was ruling out the possibility of the Parliament being dissolved to make way for a snap general election as the country had just held its general election in 2004.

Labels: , ,

TG Nik Aziz sokong Pak Lah tidak tunduk kpd Amerika

Apa yang perlu disokong, mesti disokong. Sokongan TG Nik Abdul Aziz kepada Pak Lah juga langkah bijak. Kemenangan akan seratus peratus berpihak kepada BN jika mereka boleh menaikkan semangat rakyat menentang Amerika tanpa sokongan pembangkang.

Jangan Tunduk Terhadap Tekanan AS - Nik Aziz

PASIR MAS, 3 Feb (Bernama) -- Malaysia tidak perlu tunduk terhadap tekanan Amerika Syarikat (AS) supaya menghentikan kerjasama perdagangan dengan Republik Islam Iran, sebaliknya bertegas dalam isu itu berdasarkan prinsip negara berdaulat.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada salahnya Malaysia menjalin hubungan dua hala dengan mana-mana negara termasuk Iran walaupun tidak dipersetujui oleh negara kuasa besar terbabit.

"Kita negara merdeka, negara berdaulat, kita tidak perlu ikut kehendak Amerika Syarikat," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Bangunan Pejabat PAS kawasan Pasir Mas di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan ahli kongres kanan Amerika Syarikat, Tom Lantos supaya pentadbiran Presiden George Bush menggantung rundingan dengan Malaysia sebagai memprotes tindakan Kuala Lumpur menandatangani perjanjian projek pembekalan tenaga dengan Iran.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menyokong penuh keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak tunduk terhadap tekanan politik dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan AS.

Nik Abdul Aziz berkata sebagai negara yang berdaulat, Malaysia bebas mengadakan hubungan perdagangan dengan mana-mana negara selagi tidak bertentangan dengan prinsip undang-undang.

"Apa salahnya Iran, kita pun negara yang berdaulat, apa salahnya kalau kita adakan hubungan dengan republik itu?" katanya.

Bagi beliau, Amerika tidak boleh bersikap seperti "gangster" dengan menyekat mana-mana negara, termasuk Malaysia, yang tidak menerima pandangannya memboikot negara lain.

Labels: , , ,





XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health