TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Pas jadikan SPR kambing hitam, MCA

Apabila mereka mengeluarkan kenyataan menyanggah dan memperkecilkan lawan, ianya merupakan reaksi terhadap tekanan yang dituju ke arah mereka. Tekanan harus diteruskan dan perlu didokongi semua semoga api panas terus membara, membakar dan meruntuhi ketidakadilan.

Pas jadikan SPR kambing hitam – MCA

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Pas hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam kerana ketandusan isu untuk dijual pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat berkata, kepincangan dalam SPR bukan alasan kerana sistem yang sama diguna pakai sejak dahulu lagi.

‘‘Kenapa dahulu dia (Pas) tidak boikot pilihan raya umum sebaliknya mereka bermati-matian berkempen untuk menang.

“Sekarang mereka mahu pulau pilihan raya umum selepas memulaukan pilihan raya kecil Batu Talam 28 Januari lepas,’’ katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, Pas terpaksa membuat keputusan awal tentang segala kemungkinan yang perlu mereka ambil kerana tahu mereka tidak mampu berdepan dengan Barisan Nasional (BN) ekoran tiada sebarang isu yang boleh digunakan bagi menjatuhkan parti kerajaan.

“Kalau ada yang tidak betul dalam SPR, kita betulkan sebab itu ciptaan manusia tetapi kenapa sebelum ini Pas tidak pernah pulau pilihan raya,’’ katanya.

Semalam Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa memberitahu, parti berkenaan mungkin memboikot pilihan raya umum akan datang sekiranya tindakan tegas tidak diambil bagi memperbetulkan kelemahan Akta Pilihan Raya.

Menurutnya, Pas akan mengambil tindakan demikian sekiranya SPR tidak memperbetulkan kelemahan yang ada sebagaimana diakui sendiri Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. UtusanOnline

Labels: , ,

0 Responses to “Pas jadikan SPR kambing hitam, MCA”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health