TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Siapakah Rosnah Mat Aris?

Sebagaimana yang dikenali umum, beliau adalah seorang artis dan (yang mungkin ramai tidak mengetahui) seorang peniaga.

Yang paling menyedihkan dengan keghairahan di dalam sebuah rancangan terbitan TV3, beliau juga seorang yang berani menghina Nabi saw.

Marhaen : NeoKiman - Artis Rosnah Mat Aris menghina Rasul
Marhaen : Lagi Bantah Kenyataan Biadab Rosnah Mat Arif

TKO : Sensasi TV 3 - Rosnah Mat Aris mengeji isteri Rasullullah!???

Tidak menghairankan, perkara sebegini boleh berlaku di negara kita, negara berfahaman sekular yang tidak berpaksikan agama. Hina Nabi saw bukan satu kesalahan dan isu besar, hina Pak Lah membawa parah.

UtusanOnline (2 Februari) menyiarkan forum yang memuatkan bantahan pembaca terhadap keceluparan ini. Anda boleh klik di sini untuk melayarinya. Kami juga paparkan forum tersebut di bawah sebagai rujukan jikalau link tersebut dipadamkan. Tidak diketahui samaada Rosnah sudah menarik balik keceluparan tersebut atau tidak.

Forum : Lagi reaksi terhadap Rosnah

NOTA : RUANGAN Forum Utusan Malaysia menerima banyak reaksi menerusi e-mel dan surat berhubung kenyataan aktres Rosnah Mat Aris yang menyentuh secara sensitif status usia isteri Nabi Muhammad s.a.w, Siti Khadijah.

Kenyataan Rosnah itu dibuat ketika beliau menjawab soalan dalam segmen bual bicara, program Sensasi terbitan TV3, Selasa lalu.

Berikut adalah empat daripada sebahagian reaksi, yang dapat disiarkan – Pengarang.

REAKSI 1 : Program Sensasi TV3 perlu kawalan

SEGALA puji serta selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan para sahabat.

Saya terpanggil mengulas kenyataan yang menggunakan Nabi junjungan kita sebagai contoh persamaan. Pada saya itu perbuatan tidak bermoral dan tidak bermaruah.

Sebaik sahaja mendengar kenyataan Rosnah Mat Aris disusuli dengan tepukan para penonton di studio, saya berasa teramat kecewa kerana bukan sahaja artis yang membuat kenyataan menghina Nabi junjungan kita, malahan kumpulan manusia yang berada dalam studio semasa program tersebut terlibat kerana bertepuk tangan dengan gembira menyetujui kenyataan Rosnah.

Kenyataan artis yang dangkal ini amat berbahaya. Kita telah lihat banyak kejadian lepas yang menghina Rasulullah s.a.w mendapat tentangan daripada umat Islam yang prihatin.

Perkara yang sama perlu dikenakan kepada artis berkenaan agar beliau sedar dan tidak terus terlanjur.

Program Sensasi terbitan TV3 perlu ada sedikit kawalan, walaupun berkonsepkan terbuka dalam mengeluarkan pendapat. Ternyata kenyataan sedemikian adalah memudaratkan dan tidak bermanfaat kepada masyarakat Islam terutamanya – MALEK DAUD, Kuala Lumpur.

REAKSI 2 : Jangan cakap ikut sedap mulut

SAYA menyokong komen Azman Zakaria dari Semenyih, Selangor dalam ruangan ini (semalam) mengenai kenyataan Rosnah Mat Aris yang pada hemah saya tidak sepatutnya disiarkan oleh TV3.

Apatah lagi ia datang daripada seorang Melayu yang begitu jahil tentang sejarah Islam dan juga sejarah Rasulullah.

Kenyataan Rosnah bukan setakat menghina Rasulullah tetapi juga mempersendakan agama Islam apabila menjawab soalan-soalan lain mengenai Islam.

Semoga Rosnah mendapat hidayat Allah dan supaya Rosnah tidak lagi bercakap ikut sedap mulut sahaja – LATIFAH ROSLE, Shah Alam.

REAKSI 3 : Jabatan agama diminta bertindak

PADA Selasa lalu, saya sekeluarga menonton program Sensasi terbitan TV3. Amatlah terkejut dan kesalnya saya mendengar kenyataan Rosnah Mat Aris yang pada saya menghina isteri Rasulullah.

Mengapakah kenyataan seperti ini tidak disekat oleh syarikat televisyen tersebut?

Apakah ia sengaja dilakukan untuk mendapatkan publisiti terhadap rancangan itu?

Tidakkah Rosnah Mat Aris tahu kenyataan tersebut boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap Islam?

Saya berharap semoga pihak-pihak yang berkaitan mengambil perhatian agar perkara sebegini tidak berulang.

Kepada Rosnah Mat Aris, janganlah bersikap ‘murahan’ yang ingin mencari publisiti dengan cara itu.

Maruah umat Islam semakin hari semakin dicabar.

Kalau tiada tindakan yang diambil maka tiadalah fungsi jabatan agama di Malaysia ini yang setiap tahun mendapat peruntukan besar daripada kerajaan – AHMAD TALIB, Melaka.

REAKSI 4 : Mohon maaf secara terbuka

SAYA sebagai salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia dan merupakan umat Islam merasa terhina terhadap kenyataan Rosnah Mat Aris dalam program Sensasi di TV3.

Saya minta agar beliau buat permohonan maaf kepada kita semua yang merasa terhina dengan kenyataan beliau.

Pada masa depan, saya harap Rosnah lebih beradab dalam tutur kata. Ini kerana kata-kata beliau yang menghina isteri Rasulullah boleh merosakkan iman. Ingat, hati-hati bila beremosi dan bercakap – MANSPIDER, Kuala Lumpur.

Labels: , ,

7 Responses to “Siapakah Rosnah Mat Aris?”

  1. # Blogger taqwaforever

    maryamrufa
    Bismillahirrahmannirrahim..

    Sebenarnya saya x tahu pun cerita ni....Baru hr ni (7/1/06) baru saya terbaca di e-mail..Bila dah baca tu...Ishh..MasaAllah..Sampai hati, tergamak dia cakap macam tu dekat isteri Rasulullah junjungan yang mulia...Kekasih Allah..Di antara tokoh-tokoh yg agung dlm memartabatkan Islam.. Dalam hati ni...nak sgt hantar e-mail kat TV3 supaya x siarkan rancangan yg x de manfaat (lagha)...Buat ape..Ape tujuannya..Ada memberi sumbangan ke dlm pahala amal kita..Memang ter..........lalu banyak rancangan yg x sepatutnya...Dahlah ...hancur masyarakat kita pd hr ni..Macam mana kita nak membangun kalau remaja2nya yg terpengaruh dgn sistem media massa zaman kini..macam mana..sbb remaja yg akan memajukan agama dan negara kita pd masa akan dtg..kalau x dididik awal2....bila lg.. nak tunggu tua bangka...hmm hati dah keras..sepatutnya biarlah melentur buluh dari rebungnya..Hmm..dalam hati ni mmg geram sgt kat si mak cik Rosnah tu..tp macam mana kita naka bertindak?? x kan kita sesama kita duk asik berbincang pasal dia tp x memberi kesan pd diri dia...Hmm kalau boleh siarkan dlm surat khabar pasal isu ni banyak- banyak... biar malu sikit...Oklah sampai di sini dahulu..pendapat saya ttg Rosnah Mat Aris...Kita sebagai saudaranya..berdoalah kpd Allah spy diberi hidayah dan petunjuknya supaya menjadi yg lebih baik....InsyaAllah..  

  2. # Anonymous Anonymous

    Hantu puaka Rosnah tu tahu sangat ker sejarah di Mekah 1500 tahun dahulu. Dasar ingin mendapat publisiti murahan lalu tergadai maruah dan agama. Kononnya terlanjur kata hanya cukup dengan perkataan "maaf'. Bertaubat lah wahai Rosnah, mungkin masih ada harapan lagi sebelum tertutup pintu cahaya di ufuk barat.

    Rata-rata golngan kafirin dan si kuffar mencari ruang untuk menjatuhkan Islam, tidak ketinggalan juga di sini, orang kita yang hanya Islam pada nama tidak ambil peduli hal yang mungkin di rasakan terlalu remeh untuk direnung dan dijadikan iktibar. Andainya Rosnah ini ada di Mekah 1500 tahun dahulu, tentunya dah lama lehernya di penggal oleh Al-Khatab.

    Di mana kedudukan seorang wanita yang menghina isteri Rasulullah? Wife to a Universal Man. Malahan western philosopher pun telah menamakan Nabi s.a.w sebagai pemimpin agung dunia no 1. Rupanya yang islam di sini masih buta lagi.

    Ada di baca kah kisah2 perjuangan Nabi kita? Pahit getir pada awal kebangkitan Islam. the who's who in the history. Cukupkah hanya sekadar membaca?

    Dahulunya sebelum Khadijah di jadikan isteri oleh Nabi kita, tahukah kau Rosnah, Khadijah tu wanita yang bagaimana? Adakah kamu ingat Khadijah itu seperti kamu, muka kamu tu bagai tembok stesen lrt, no way near her beauty. Di bandingkan Khadijah; seorang jelitawan, hartawan, demawan dan seterusnya membantu Rasul kita di awal kebangkitan Islam, kamu itu Rosnah, sesungguhnya jasad yang tidak mempunyai Roh, mata yang tidak boleh melihat, telinga yang telah pekak dan mempunya hati yang telah mati. Bertaubatlah kamu Rosnah. Bertaubatlah kamu sebelum bercerai Roh dari jasad, atau kamu menjadi laknat seluruh alam. Forever and ever.  

  3. # Anonymous ahmad 34

    kau ni rosnah dah tua dajal pulaktu kalau kau datang kat kuantan aku nak cekik kau aku baru umur13 tahun menyampah aku tengok muka kau setannnnn.....  

  4. # Blogger Unknown
  5. # Blogger Unknown
  6. # Blogger yanmaneee
  7. # Anonymous ac comforter king size

    Yang paling menyedihkan dengan keghairahan di dalam sebuah rancangan terbitan TV3, beliau juga seorang yang berani menghina Nabi saw.


    industrial sewing factory ,
    stitching units near me ,  

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health