TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


PM sakit hati air sungai seperti teh susu

Agak-agak berapa tahunkah Malaysia diperintah pembangkang yang meluluskan projek-projek di tepi laut, di lereng-lereng bukit, kilang-kilang di tepi sungai serta pembuangan sisa toksid dan kekokotoran ke sungai?

Saya sakit hati air sungai kotor seperti teh susu – PM
UtusanOnline, Muhd. Nizam Abd. Hamid dan Opat Rattanachot

KUALA MUDA 2 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ‘sakit hati’ melihat kekotoran dan pencemaran sungai yang berpunca daripada perbuatan golongan yang tidak bertanggungjawab.

Perdana Menteri berkata, akibat perbuatan manusia juga, air sungai berubah daripada jernih suatu ketika dahulu kepada warna teh susu kerana ia juga menjadi tempat pembuangan sampah sarap.

“Yang saya sakit hati apabila sungai menjadi kotor seperti teh susu. Dulu ada ikan dan udang tetapi sekarang dua minit anak buaya pun boleh mati,” katanya ketika melancarkan Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies Tanaman Sesuai di Persisiran Pantai Negara Peringkat Kebangsaan di Pulau Sayak, Kota Kuala Muda dekat sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, air adalah sumber utama bagi kehidupan seharian tetapi pencemaran menyebabkan ada sungai yang airnya sudah tidak boleh digunakan untuk mandi dan membasuh.

Abdullah berkata, sungai yang bersih akan mendatangkan pendapatan kepada penduduk seperti dapat menggunakan sumber sungai seperti ikan untuk punca pendapatan.

Abdullah juga menggesa orang ramai yang tinggal di kawasan tepi pantai supaya tidak memusnahkan hutan paya bakau yang boleh menjadi pelindung kepada mereka sekiranya berlaku kejadian ombak besar seperti tsunami.

Pokok bakau yang dikurniakan Tuhan di sepanjang pantai mempunyai kelebihan tersendiri kerana ia kuat dan tidak mudah patah serta dapat memecahkan pukulan ombak di kawasan tepi laut, katanya.

“Kawasan penempatan di tepi laut yang terlindung dengan hutan paya bakau tidak mengalami kemusnahan teruk berbanding kawasan yang tidak mempunyai pokok bakau,” katanya.

Sehubungan itu katanya, sebarang pembangunan di kawasan hutan paya bakau termasuk projek ternakan udang yang dijalankan oleh penduduk kampung sewajarnya dikawal supaya tidak berlaku kerosakan pada tumbuhan tersebut.

Pokok bakau di kawasan tepi laut itu juga kata Perdana Menteri, mungkin mempunyai manfaat lain terutama dari segi khasiat kesihatan dan untuk itu kajian saintifik perlu dilakukan supaya ia dapat memberi faedah kepada manusia.

Abdullah berkata, setiap tumbuhan yang dicipta Tuhan mempunyai sebabnya tersendiri tetapi manusia lupa terhadap kewujudannya dan tidak kisah jika ia mengalami kerosakan.

Menurutnya, bencana alam dialami manusia sekarang adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri yang tidak memelihara alam sekitar sehinggakan sungai yang jernih menjadi keruh, hutan ditebang dan bukit digondolkan. UtusanOnline

Labels: , ,

0 Responses to “PM sakit hati air sungai seperti teh susu”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health