TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Saya Akan Jawab Semua Aduan Anda, Kata Perdana Menteri

Tergema dengan kata-kata hikmahnya; 'bekerja dengan saya, bukan untuk saya' dan 'saya akan memerangi rasuah!' yang kuat terngian-ngian di telinga! Beliau tentu pantang dicabar.

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan menjawab semua aduan yang dibangkitkan oleh rakyat, kerana beliau sememangnya sentiasa memberi perhatian terhadap semua aduan-aduan tersebut selama ini.

Katanya walaupun sesetengah aduan itu cukup memeritkan, beliau tetap akan bertindak menanganinya.

"Ada beberapa aduan, mengenai ekonomi kita, mengenai apa yang sedang berlaku dalam negara..., saya dengar semua ni, saya dengar..., tapi pedihlah," katanya dalam ucapan beliau semasa merasmikan SJKC Ladang Harcroft di Bandar Puchong Jaya, di sini.

Perdana Menteri berkata tanggungjawab kerajaan adalah untuk bertindak terhadap semua aduan dan sungutan itu, jika tidak, kepedihan yang dirasakan rakyat akan berterusan.

Bagaimanapun Abdullah berkata orang ramai perlu bersabar kerana ada tindakan-tindakan ini mengambil masa yang agak lama untuk dilaksanakan.

"Jika anda tidak sabar, saya lebih tidak sabar. Ada benda yang boleh dibuat dengan cepat, tapi ada selainnya yang memerlukan sedikit masa, dan ada juga yang memerlukan masa yang panjang," katanya. lagi.

Labels: , , ,

0 Responses to “Saya Akan Jawab Semua Aduan Anda, Kata Perdana Menteri”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health