TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Tidak Ada Ruang Untuk Menipu Undi Dalam Pilihan Raya, Kata Najib

Tiada ruang untuk menipu?

ALOR STAR, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak mempunyai ruang untuk menipu undi dalam sistem pilihan raya di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata dakwaan pihak pembangkang kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus juga adalah tidak benar kerana semua pihak yang bertanding pada pilihan raya sememangnya mempunyai ejen atau wakil untuk melihat sendiri setiap proses pengurusan pengundian dalam pilihan raya.

"Bermula dari peringkat penyerahan borang calon sehinggalah proses pengundian dalam bilik mengundi, pemberian kertas undi, pembuangan undi sehinggalah ke proses penjumlahan undi, kesemua proses itu akan disaksikan oleh wakil calon masing-masing. Di manakah ruang untuk menipu?," katanya pada majlis Makan Malam anjuran kerajaan Kedah sempena lawatannya ke negeri ini hari ini.

Katanya jika Barisan Nasional (BN) hendak menipu sudah tentulah parti itu menubuhkan kerajaan di Kelantan dan menumbangkan PAS hanya dengan satu kerusi sahaja iaitu di Machang di mana BN cuma kalah dua undi sahaja pada pilihan raya lepas.

"Saya tidak fikir kita mempunyai ruang untuk menipu, begitu juga mereka tidak berpuas hati dengan undi pos dan mendakwa kononnya pegawai pemerintah (CO) mengundi bagi pihak anggotanya, tanyalah sendiri kepada anggota tentera yang mengundi siapakah yang mengundi," kata beliau.

Najib berkata pembangkang sebenarnya tidak mempunyai isu sekarang kerana mereka mengetahui masih ramai rakyat yang menyokong kerajaan dan sebagai buktinya ialah apabila kehadiran rakyat yang sedikit semasa mereka menganjurkan demostrasi jalanan baru-baru ini.

"Masih ramai rakyat yang menyokong kerajaan, jika rakyat tidak menyokong kerajaan sudah tentulah negara ini akan menjadi huru-hara malah jika parti BN kita hendak berhimpun kita boleh himpunkan lebih satu juta orang tetapi itu bukanlah cara kita... kita bukan hendak gertak tetapi Umno sahaja mempunyai 3.3 juta ahli dan tidak termasuk sokongan daripada parti-parti komponen," kata beliau.

Katanya kerajaan yakin rakyat akan terus mempertahankan kuasa pemerintahan kepada BN pada pilihan raya akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak lagi akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara dan jika mereka mencabar undang-undang, mereka terpaksa menanggung risiko undang-undang.

"Jika mereka kata mereka buat "people power" sebenarnya "people power" ada kepada BN," kata beliau.

Najib berkata BN akan terus berusaha untuk mengekalkan kuasa pemerintahan dan semua pihak dalam BN diminta membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Kita teruskan usaha untuk mendekati rakyat dan pelbagaikan program mesra rakyat walaupun kita tidak tahu bilakah pilihan raya... walaupun telah ada mereka yang serahkan CV (data peribadi) kepada saya tetapi janganlah terlalu teruja sangat," kata beliau.

Katanya semua kepimpinan Umno diminta supaya memperkukuhkan semula jentera parti dan mengetepikan perselisihan faham sesama sendiri.

"Selalunya selepas kita kalah di sesuatu tempat bukan kerana kekuatan pembangkang tetapi adalah disebabkan perpecahan sesama kita... jadi rapatkan semua barisan kita dan selesaikan masalah dalaman sesama kita," kata beliau.

Labels: , , ,

0 Responses to “Tidak Ada Ruang Untuk Menipu Undi Dalam Pilihan Raya, Kata Najib”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health