TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Kaitkan Yang di-Pertuan Agong Memang Tindakan Terdesak, Kata Abdullah

Desperate? Antara adil dan zolim, antara pahala dan dosa, setiap langkah dikira, apatah lagi pemimpin. Pak Lah?

KUALA TERENGGANU, 18 Nov (Bernama) - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan dakwaan pihak tertentu bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memberi perkenan perhimpunan haram di ibu negara pada 10 Nov lepas, sebagai satu tindakan terdesak.

Perdana Menteri berkata pihak terbabit membuat dakwaan itu untuk meraih sokongan rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, beliau berkata tembelang pihak terbabit pecah kerana Yang di-Pertuan Agong dan Istana Negara, tidak pernah memberi perkenan atau menyokong perhimpunan haram itu.

"(Seri Paduka) Baginda sudah buat kenyataan yang jelas dan tegas dalam hal ini. (Seri Paduka) Baginda tidak perkenan apa-apa tindakan yang diambil yang kaitkan nama (Seri Paduka) Baginda.

"Apabila kaitkan nama raja (Yang di-Pertuan Agong dalam hal perhimpunan haram itu) ini merupakan satu tindakan yang memang terdesak," katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dekat sini.

Abdullah turut diiringi isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah. Turut melawat TTI ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong melahirkan rasa kesal Seri Paduka terhadap pihak tertentu yang mendakwa baginda memberi perkenan dan menyokong perhimpunan itu yang dianjurkan oleh sebuah badan dikenali BERSIH dan disokong parti-parti pembangkang.

Seri Paduka yang amat kecewa dengan penganjuran perhimpunan haram itu menegaskan, baginda dan Istana Negara tidak pernah pada bila-bila masa memperkenan atau memberikan apa-apa sokongan secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana pihak yang menganjurkan atau terlibat dalam perhimpunan itu.

Labels: , ,

0 Responses to “Kaitkan Yang di-Pertuan Agong Memang Tindakan Terdesak, Kata Abdullah”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health