Saya tentukan bubar parlimen - Pak Lah
1 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Sunday, November 18, 2007 at 11:47 PM.Salah satu permohonan Bersih kepada Ke Bawah Duli Tuanku agar Tuanku menggunakan kuasa Tuanku di bawah Perkara 40(2), Perlembagaan Persekutuan, untuk menolak apa jua permintaan untuk membubar Parlimen selagi empat pembaharuan terdekat tidak dilaksanakan. Pak Lah!
Bubar Parlimen, Saya Yang Tentukan, Kata Abdullah
KUALA TERENGGANU, 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu semua pihak supaya menunggu sehingga Parlimen dibubarkan bagi mengetahui tarikh pilihan raya umum ke-12 bakal diadakan.
Abdullah berkata mereka tidak perlu sibuk memikirkan tentang perkara itu kerana keputusan bila Parlimen akan dibubarkan terletak di tangan beliau selaku Perdana Menteri.
"Kita (saya) tidak bubar parlimen, macam mana dia (Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman) tahu? Bubar Parlimen saya yang tentukan.
"Apa yang disibukkan (tentang bila tarikh pilihan raya umum ke-12 diadakan)?" soalnya kepada pemberita selepas melawat Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dekat sini hari ini.
Abdullah turut diiringi isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah serta Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin.
Abdullah, yang dalam rangka lawatan sehari ke Terengganu hari ini, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Rashid, pada Khamis lepas, yang mendakwa tahu tarikh pilihan raya umum ke-12 tetapi tidak dapat memberitahunya.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata jentera Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang jika Parlimen dibubarkan pada bila-bila masa.
"Mereka (wakil rakyat) kata sudah bersedia. Bila-bila masa pilihan raya umum ke-12 diadakan, kita bersedia," katanya.
Perdana Menteri berkata beliau secara keseluruhannya berpuashati dengan prestasi wakil rakyat BN dalam menjalankan tanggungjawab mereka walaupun ada segelintir daripada mereka gagal mencapai prestasi yang baik.
"Ada yang jalankan kerja dengan baik, ada yang lemah. Begitulah keadaannya (prestasi wakil rakyat BN)," katanya.

Labels: BN, Malaysia, Pak Lah, Pilihanraya
Menurut perlembagaan persekutuan,YDPA mempunyai kuasa budibicara utk setujui atau tdk permintaan membubarkn parlimen..PM x berkuasa membubarkan parlimen..sy rse pak lah keliru..