TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


UMNO sendiri lahir dari perhimpunan haram

Dr Lo’lo’ bt Hj Mohd Ghazali
AJK PAS Pusat


Perhimpunan2 menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidk puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.

Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO “mengata dulang paku serpih”? Sedangkan sudah berapa kali UMNO,MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan Malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu,penakut dan dayus.



Malah di Kelantan himpunan anjuran UMNO didalangi Annuar Musa dalam percubaan UMNO untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa UMNO boleh melakukannya sedang orang lain tidak? Jangan buat2 lupa. Himpunan rakyat mencerminkn masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan UMNO/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Penang. Mereka sekurang2nya meminta pimpinan UMNO/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pen ‘demo’ dan rakyat yang berhimpun, bukat mengugut.

Peristiwa 1946 dibahasa di DUN Kelantan

Hujjah tentang demo dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelatan baru-baru ini. Ia telah menyebabkan wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan tidak cerdik telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO bagi membenarkan sikap “double standard” mereka.. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalaam khayalan zaman kanak2 dimana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kesian, YB itu patut masuk PASTI untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.

Hujjah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang2 meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang2 yang digunapakai adalah undang-undang British,jika pada zaman Jepun, undang2nya undang2 Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datok nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai2 untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan daan ketidak puasan hati rakyat.

Hujjah yang menyatakan Demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak dibumi nyata. Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial daan ekonomi padaa masa tersebut. Selepas itu ’Bloody Sunday” yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan rakan2 antara bangsa saya rasa sangat kelakar bila ada demonstran yaang dikasari kerana demonstrasi membantah kenaikan harga barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yg tak perlu permit. Berpuluh kali dah ceramah diadakan disitu tanpa sebarang insiden. Jelas kepada kita baahwah demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangang pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman.

Hujjah seterusnya,Perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit ( yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana UMNO/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan UMNO dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran UMNO dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk2 sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri tu. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri2, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong2 kami dengan syaarat tiada provokasi SB yaang terancang.

Salah seorang pimpinan UMNO mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang cabul mulut menyatakan tiada siapa yang akan keluar ramai2, ada yang kata 2,3 puluh ribu pendemonstran tidaak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST 28 Nov muka 13). Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun kejalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat. ”The silent majority” yang sering disebut2 sebenarnya duduk kem mana? Keputusan pilihanraya membuktikan sokongan kepada BN? Itulah yang Bersih pertikaikan.

Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh UMNO/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari UMNO/BN.

Polis Adalah Alat Barisan Nasional Untuk Terus Berkuasa

Pihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam UMNO bertanggung-jawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan UMNO dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan2 ISA. Yang ditanyakan soalan2 politik dan pimpinan politik parti2 selain BN, soalan2 tentang keselamatan negara langsung tidak popular.

Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalanraya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari2 dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit yang menDi kala rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan angkara penjenayah serta perogol. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Mengapa tak kerah seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan?? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat..
Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Biarlah perogol adik Nurin terus menerus memangsa kanak-kanak, tidak apa asalkan tugas mereka menjaga kepentingan Barisan Nasional dan UMNO tidak terhalang.

Penutup

Kasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung. Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan UMNO Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita. Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka.

40% pegawai atasan boleh didakwa keranaa hidup mewah melebihi pendapatan, perlantikan hakim yang diatur melalui panggilan talipon, pesalah rasuah yang masih bergelar YB dalaam DUN dan Parlimen, Jenaayah yang masuh dalam rumaah dan kejiraanan kita, harga baraang dan sara hidup yang berlipat kali ganda naik, bangunan yang bocor dan runtuh. Rumah, masjid, surau, kuil rakyat yang diroboh pihak penguasa atas nama pembangunan.

Saya tidak tahu bagaimanakah nasib anak-cucu serta keturunan saya selepas ini jika UMNO/BN terus menipu, memerintah dan menghancurkan Msia. Sekarang rakyat kena cepat bertindak dan lakukan apa yang betul bukan ikut nafsu yang hanya pentingkan keselesaan diri dan keluarga masing2 sahaja. Ramai yang perlukan pembelaan anda. MalaysiaToday

Labels: , ,

1 Responses to “UMNO sendiri lahir dari perhimpunan haram”

  1. # Anonymous wawa

    salam,
    Lolok tentu tahu makna UMNO, pertubuhan kebangsaan Melayu bersatu, maknanya orang Melayu yang bersatu. Oleh itu boleh tak saya kata orang Melayu yang bersatu tu meliputi sesiapa sahaja. Cuma bezanya dengan Lolok ialah Lolok tidak menjadi ahli UMNO. Hina sangat kah menjadi Melayu yang bersatu? Setelah bersatu, maka bertambah kuat lah kaum Melayu ketika itu.

    Musibah menimpa apabila sebahagian Melayu dalam UMNO ketika itu mahu merampas pucuk pimpinan UMNO tetapi gagal. Mereka ini telah menubuhkan parti, bukan pertubuhan, iaitu Parti Islam SeMalaya ( PIS, bukannya PAS). Mengata dulang paku serpih jugalah kepada PIS kerana mereka sebenarnya adalah rusuk kepada UMNO ketika itu. Bila api dendam gagal rebut kepimpinan UMNO masa itu tidak dapat dibendung, ianya terbawa hingga kehari ini.

    Kenapa Lolok tidak boleh bezakan antara keperluan perhimpunan pada tahun 1946 dengan perhimpunan hari ini? Melayu pada masa itu penuh dengan kesopanan, walaupun berhimpun tidak merosakkan harta awam, tidak memaki hamun, tidak melaungkan kalimah Allahuakbar kepada orang Hindu sepertimana yang dilakukan oleh suku sakat PIS dan PKR bila menyokong Hindraf.

    Kerajaan hari dianggap zalim bila tidak sehaluan dengan pembangkang, sedangkan Lolok tahu makna sebenar zalim. Tidak zalim kah bila menyokong Anwar yang nyata tak bersih tu?

    Apakah kerajaan tidak pernah benarkan perhimpunan PIS kat tempat tertutup? Apa PIS tidak dapat bersidang kat Taman Melewar?

    Selagi PIS dan puak pembangkang lain masih mengamalkan pembohongan dalam tulisan dan tindakan mereka, selagi itulah Allah tidak merestui mereka. Allah maha mengetahui dan segala yang berlaku hari ini, dimana UMNO tetap kukuh, malah pembangkang macam PKR tu hampir mampus adalah atas kehendak Allah jua, yang tidak pernah silap dalam ketentuannya, dan sentiasa berlaku adil kepada hambanya, yang baik dapat balasan baik, yang berhati busuk dapat sebaliknya.

    Fikirkan lah Lolok..  

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health