TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Hindraf: PAS kesal hak asasi rakyat dicabuli

Oleh Azamin Amin, Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Hrkh) - PAS melahirkan rasa kecewa dan dukacita di atas tindakan kerajaan yang menyekat dan menghalang perhimpunan Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang diadakan sebentar tadi sehingga tercetus insiden tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang hadir menyuarakan pandangan mereka secara aman.

Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaafar berkata hak asasi manusia tanpa mengira latar belakang keturuan, bangsa dan agama untuk melahirkan pendapat dan menyatakan bantahan harus dipatuhi dan dibenarkan oleh kerajaan yang mendakwa mengamalkan sistem demokrasi dalam negara ini.

"PAS berpendirian, walaupun tidak semestinya kita bersetuju dengan pendapat dan apa yang mereka suarakan namun semua pihak harus menghormati hak asasi mereka untuk menyuarakan pandangan dan berhimpun secara aman," katanya ketika menghubungi Harakahdaily

"Kesimpulan yang kita buat ialah, himpunan hari ini adalah sebagai isyarat dan tanda kegelisahan sebilangan besar kaum India dengan dasar kerajaan yang tidak memberi manfaat kepada golongan miskin dan tertindas sehingga nasib dan kebajikan meraka terabai," katanya.

Katanya kerajaan mesti mengambil pendekatan mendengar 'suara hati' mereka dan berusaha menyelesaikan tuntutan atau masalah yang dihadapi berbanding 'menyerang' mahupun mengambil sikap tertutup untuk berbincang termasuk menuduh dengan pelbagai cemuhan perkauman yang semakin mengundang perasaan tidak senang mereka terhadap kerajaan selama ini.

"Ini adalah lanjutan dan sambungan yang membuktikan kerajaan BN telah gagal menangani nasib masyarakat berbilang kaum yang semakin hari semakin terhimpit dan terbeban nasib mereka baik dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan," katanya.

PAS katanya sentiasa berpegang kepada prinsip keadilan dan menghormati hak-hak manusia yang seiring dengan tuntutan agama Islam dan menyeru kerajaan supaya tidak mengamalkan sikap 'double standard' atau 'terpilih' dalam melaksanakan dasar kerajaan untuk rakyat di negara ini.

Labels: , , ,

1 Responses to “Hindraf: PAS kesal hak asasi rakyat dicabuli”

  1. # Anonymous Anonymous

    salam,

    boleh ker diorang berhimpun secara aman? pada sebelah malam diorang dah berhimpun ramai2 kat kuil di batu caves, mengamuk bila penjaga kuil tak benarkan mereka lepak kat situ. Mereka curi makanan dan minuman dari kedai kat kawasan kuil, pecahkan dan rosak kawasan sekitar..itu kat kuil mereka. Apa korang yakin diorang akan lebih sopan kat tempat awam lain..

    Apakah rakyat yang lain untuk menjalani kehidupan seharian mereka akan terjamin bila kumpulan ni berhimpun ramai2 kat KL? Puak PIS ni kalau pasal menyokong pembangkang, bagilah kat dia..Hindu kata Islam buat pembersihan kaum pun dia sokong.

    Kat Padang Jawa, Klang tu orang Hindu buat kuil kat tanah orang. Apa hak tuan tanah tu? biar kan saja kuil kat tanah dia? masih tak ingat kes budak perempuan melayu yg diorang bawak lari, sampai pukul bapak budak tu..sokong gak ker?  

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health