Miliki dadah: Adik Menteri Pengangkutan ngaku tak bersalah
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Wednesday, December 05, 2007 at 11:00 PM.Chan Kwong Loy, 44, adik kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, didakwa bersama-sama Liang Tat Cheong, 40, memiliki satu paket plastik berisi serbuk berwarna putih disyaki ketamin seberat satu gram, di sebuah rumah di Kampung Perting, Bentong, pada 1 tengah hari Isnin lepas.
Kwong Loy, pengurus operasi sebuah syarikat di Kuala Lumpur, dan Tat Cheong, seorang pendandan rambut, didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) Akta yang sama yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Bagi tuduhan itu, Tat Cheong turut mengaku tidak bersalah.
Bagi pertuduhan kedua, Kwong Loy, dari Gohtong Jaya, Genting Highlands, didakwa memiliki dua paket plastik berisi serbuk/ketulan kristal jernih disyaki syabu seberat kasar dua gram, yang dijumpai dalam sebuah beg di bilik rumah terbabit ketika pemeriksaan dilakukan oleh polis, pada hari yang sama.
Majistret Mohd Rosly Mohamed Nawi menetapkan jaminan RM2,000 setiap seorang bagi pertuduhan pertama dan RM3,000 bagi tuduhan kedua. Kedua-dua tertuduh membayar wang ikat jamin tersebut.
Kes itu akan disebut semula pada 22 Februari tahun depan. UtusanOnline
0 Responses to “Miliki dadah: Adik Menteri Pengangkutan ngaku tak bersalah”