TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Pas perlu faham budaya dan agama adalah berbeza - Rafidah

Lagi contoh aqidah Islam Hadhari, dari berita Bernama keluaran 9 Ogos, 2007.

Pas Perlu Hentikan 'Bunuh' Budaya Kelantan, Kata Rafidah

KOTA BAHARU, 9 Ogos (Bernama) - Kerajaan negeri pimpinan PAS perlu menghentikan tindakan cuba "membunuh" budaya Kelantan dengan menyekat budaya itu daripada diperkenalkan kepada umum, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz.

Beliau berkata budaya Kelantan yang antaranya dikenali di seluruh dunia seperti tarian Mak Yong dan Wayang Kulit, tidak seharusnya dibiarkan pupus kerana ia merupakan identiti rakyat negeri itu.

Rafidah yang juga Ketua Wanita Umno, berkata langkah kerajaan negeri yang menyekat kesenian budaya itu daripada berkembang dianggap tidak wajar kerana budaya mencerminkan cara kehidupan rakyat Kelantan.

"PAS perlu faham untuk membezakannya kerana budaya dan agama adalah berbeza. Budaya adalah cara kehidupan kita manakala agama adalah kepercayaan kita.

"Malahan jika kita lihat, orang Islam di negara China mempunyai budaya mereka sendiri, termasuk orang Islam di Arab, Mesir dan India. Mereka juga mengekalkan budaya mereka sedangkan Islam telah menapak di negara-negara itu jauh lebih lama berbanding di negara kita," katanya pada majlis penyampaian dermasiswa untuk 400 pelajar sekolah menengah di negeri ini di sini hari ini.

Kerajaan Negeri Kelantan melarang sebarang persembahan Mak Yong, Wayang Kulit dan Menora dibuat di tempat terbuka kerana ia dianggap bercanggah dengan akidah Islam.

Rafidah berkata jika budaya Kelantan dibiarkan "pupus", berkemungkinan besar lambat laun generasi muda negeri itu tidak akan mengenali apakah itu wayang kulit sehingga terpaksa merujuk perkara itu di luar negara.

"Jangan biarkan budaya ini habis musnah," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau juga meminta ibu bapa agar tidak berpegang kepada budaya bahawa memiliki ijazah adalah lambang kejayaan anak-anak dalam hidup mereka.

"Zaman kini telah berubah. Kita juga memerlukan kemahiran yang tidak memerlukan kelulusan yang tinggi sehingga ke tahap ijazah dan kemahiran itu boleh diperolehi di institusi kemahiran," katanya.

Beliau berkata terdapat kanak-kanak yang tidak mempunyai minat dalam membaca buku kerana kebolehan yang terhad namun mereka mempunyai kemahiran atau bakat lain.

Katanya ibu bapa perlu memainkan peranan mendorong anak mereka menceburi bidang kemahiran yang diminati dan tidak memaksa mereka untuk memilih bidang pengajian yang tidak diminati.

Labels: , , ,

0 Responses to “Pas perlu faham budaya dan agama adalah berbeza - Rafidah”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health