TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Ummah : Lagi tentang jolok2 main dgn SIS & gabungannya

Selepas kita baca Siapa dibelakang Sisters in Islam? tulisan Roslan SMS yang disiarkan pada 17 Nov, kita lihat pula beberapa fakta bersangkutan dengan aktiviti KAF, salah satu badan yang dikecam bersama-sama SIS di perhimpunan agung Umno baru-baru ini:

Sebelum itu, lihat dulu petikan berita mengenai kecaman seorang perwakilan di perhimpunan agung tersebut (lihat juga SIS and KAF under fire in UMNO general assembly):

"Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikecam hebat di perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PTWC) hari ini kerana didakwa menjalankan aktiviti yang boleh mengancam kesejahteraan agama Islam.

Ketika membahaskan usul agama, perwakilan Pulau Pinang, Shahbudin Yahaya menamakan badan-badan tersebut sebagai Majlis Antara Agama (IFC), Pusat Komas, Projek Etika Global Pulau Pinang dan Sisters in Islam (SIS).

Shahbudin mendakwa NGO ini disokong oleh badan penyelidikan antarabangsa – Konrad Adenauer Foundation (KAF).

“Mereka mengeluarkan buku mengenai liberalisme dan pluralisme agama. Ini disokong oleh Konrad-Adenauer Foundation,” kata perwakilan tersebut yang juga dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang. "

Ini pula beberapa fakta yang dipetik dari laman rasmi KAF Malaysia:
  • In April 2005, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi launched the book Fighting Corruption: My Mission written by Tunku Abdul Aziz which was published by KAF.
  • On a number of occasions, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was a keynote speaker of seminars co-organized by the Malaysian Strategic Research Center and KAF.
  • In December 2004, the Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein opened Malaysia’s 1st Arabic and Chinese Calligraphy Exhibition on the Golden Rule at the Islamic Arts Museum Malaysia (IIUM) which was co-organized by IIUM, KAF and Soka Gakkai Malaysia.
  • In February 2005 the Minister of Culture, Arts and Heritage Datuk Seri Dr. Rais Yatim made the opening speech at the National Conference “Towards the Formation of the Interfaith Commission of Malaysia” which was supported by KAF. The Minister urged all parties to be open-minded and not be prejudiced on the proposal to set up the commission.
Cukuplah dengan beberapa fakta di atas. Persoalannya, apakah kecaman tersebut menjadi jolok-jolok main yang hanya menempelak pimpinan sendiri tanpa memberi apa-apa impak yang akan menyusuli usul tersebut? - zy.

Labels: , ,

3 Responses to “Ummah : Lagi tentang jolok2 main dgn SIS & gabungannya”

  1. # Blogger oakleyses
  2. # Blogger oakleyses
  3. # Blogger oakleyses
Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health