Hadis : Bab 257 - Riyadus Solihin, Haramnya Namimah
1 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Sunday, November 19, 2006 at 7:15 AM.257- Bab Pada Menyatakan Haramnya Namimah Iaitu Menyebarkan Kata-Kata Untuk Memecah-Belahkan Orang Ramai.
Ayat-Ayat Suci Al-Qur’anul Karim Yang Berkaitan
هَمَّازٍ مَّشَّاء بِنَمِيمٍ
1- Firman Allah Taala ( Jangan kamu ikuti kata-kata orang ) yang suka mencela dan banyak berjalan (ke
[ Surah al-Qalam ayat 11 ]
مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
2- Firman Allah Taala: Tidak ada satu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa hadir (Raqib Atid).
[ Surah Qaf ayat 18 ]
Hadis-Hadis Yang Berkaitan
وَعَنْ حُذَيْفَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
1537/1- Daripada Huzaifah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan masuk syurga Nammam (yang banyak berbuat namimah/adu domba).
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Pengajaran Daripada Hadis
1- Orang yang melakukan namimah (mengadu domba dengan menghalalkannya, sedangkan dia tahu kesepakatan (ijmak) dalam pengharamannya, maka dia tidak akan masuk syurga selama-lamanya.
2- Orang yang berbuat demikian, tetapi tidak menghalalkannya, maka dia tidak akan masuk syurga bersama-sama orang-orang yang terawal memasukinya.
3- Besarnya janji buruk yang dijanjikan kepada pembuat namimah.
وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِقَبْرَيْنِ, فَقَالَ: إِنَّهُمَا يُعَذَّبَانِ, وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ, بَلَى إِنَّهُ كَبِيْرٌ. أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ, وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
1538/2- Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah s.s.w. melalui dua perkuburan dan baginda bersabda: Sesunggahnya mereka berdua sedang diazab. Mereka tidaklah diazab kerana perkara yang besar (pada anggapan mereka), tetapi sebenarnya ia adalah besar. Yang seorang ini diazab kerana berjalan menyebarkan namimah dan yang seorang lagi pula diazab kerana tidak bersembunyi daripada kencingnya.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dan lafaz ini adalah salah satu daripada riwayat –riwayat Bukhari.
Berkata Imam Nawawi: para ulamak berkata: “mereka berdua tidaklah diazab kerana perkara yang besar” iaitu pada anggapan mereka. Dan ada pendapat yang mengatakan: “mereka tidaklah diazab pada perkara besar” yang ditinggalkan oleh mereka.
Pengajaran Daripada Hadis
1- Sesuatu yang dianggap remeh oleh seseorang tidaklah semestinya remeh di sisi Allah s.w.t..
2- Adanya azab kubur.
3- Pada riwayat yang lain “ dia tidak istibra’ daripada kencingnya”, ganti kepada “dia tidak berselindung daripada kencingnya”. Istibra’ ialah membuang keseluruhan air kencing itu samada dengan menunggu sehingga habis keluar air yang di dalam saluran kencing, berdehem atau sebagainya.
4- Wajib berselindung dan istibra’ ketika membuang air.
5- Berkata setengah ulamak: Orang munafik menganggap dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya, belum sempat dihalau sudah lari, tetapi orang beriman menganggap dosanya seperti bukit, dia bimbang kalau-kalau bukit itu akan menimpanya.
وَعَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَلَا أُنَبِّئُكُمْ مَا الْعَضْهُ؟ هِيَ النَّمِيمَةُ, الْقَالَةُ بَيْنَ النَّاسِ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
1539/3- Daripada Ibnu Mas’ud r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Mahukah kamu aku ceritakan apakah ia a’dh (bohong dan fitnah)? Ia adalah namimah iaitu yang mereka-reka kata-kata (mengadu domba) di antara manusia.
Hadis riwayat Muslim.
Pengajaran Daripada Hadis
1- Peringatan supaya menjaukan diri daripada namimah. Ini kerana namimah boleh memecah belahkan masyarakat.
2- Uslub Rasulullah s.a.w. dalam memberikan ilmu.
Labels: Hadis, Ilmu, Riyadus Solihin
golden goose
fila shoes
yeezys
supreme clothing
supreme hoodie
ralph lauren uk
retro jordans
golden goose
louboutin shoes
off white nike