TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Siri 6- Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam

Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam" Siri ke-6, susunan Us TMSTI menerangkan syarat sah sembahyang, rukun sembahyang dan surah-surah yang dibaca Nabi saw di dalam sembahyang. Siri ke-7 seterusnya akan menyusuli , insyaAllah. Selamat membaca, semoga bermanafaat kepada pengunjung serta kami khususnya - zy.

Syarat Sah Sembahyang

Syarat sah sembahyang itu lapan perkara.
1. Islam
2. Mumayyiz
3. Mengetahui masuk waktu.
4. Mengetahuin sembahyang itu adalah fardhu dan mampu membezakan antara rukun dan sunat sembahyang.
5. Suci daripada hadas, samada hadas besar atau kecil.
6. Suci daripada najis yang tidak dimaafkan.
7. Menutup aurat.
8. Menghadap kiblat.

Rukun-Rukun Sembahyang

Rukun sembahyang itu tiga belas perkara.
1. Niat
2. Qiam (berdiri tegak) bagi yang mampu.
3. Takbiratl Ihram.
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Rukuk.
6. Iktidal.
7. Sujud (dua kali).
8. Duduk di antara dua sujud.
9. Membaca tahiyyat akhir.
10. Duduk bagi tahiyyat akhir.
11. Membaca selawat kepada Nabi s.a.w. selepas tahiyyat akhir.
12. Memberi salam.
13. Tertib (melakukannya secara berturutan).

Rukun sembahyang pula dibahagikan kepada tiga bahagian.
i. Rukun Qalbi. Iaitu yang dikerjakan oleh hati. Rukunnya adalah niat.

ii. Rukun Qauli. Iaitu yang dikerjakan oleh lidah. Rukunnya lima, iaitu takbiratul ihram, membaca surah al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat kepada Nabi s.a.w. dan salam.

iii. Rukun Fi’li (Perbuatan). Ia adalah selain daripada rukun qalbi dan qauli tadi.

Rukun Qauli

1. الله أكبر.

2. سورة الفاتحة.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ {1} الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ {2} الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ {3} مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ {4} إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ {5} اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ {6} صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ {7}

3. التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ.

4. اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ.

5. السَّلَاْمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ.

Surah-Surah Yang Dibaca Oleh Rasulullah s.a.w. Dalam Sembahyang

I- Solat Subuh

Dalam hadis riwayat Bukhari, Abu Barzah al-Aslamiyy menyatakan bahawa baginda membacakan ayat dalam solat subuh dalam satu rakaat atau dua rakaat, antara enam puluh ayat hingga seratus ayat. Al-Albani menyebut: "Baginda membacakan surah "Tiwalul Mufassal". Kadang baginda membaca surah al-Waqiah dalam dua rakaat. Baginda pernah membaca surah at-Thur (iaitu semasa hajjatul wada'). Kadang-kadang baginda membaca surah Qaf dan seumpamanya dalam rakaat pertama. Kadang-kadang baginda membaca "Qisarul Mufassal" seperti surah at-Takwir. Pernah satu kali baginda membaca surah az-Zalzalah dalam rakaat pertama dan kedua. Dan pernah satu kali semasa musafir, baginda membaca surah al-falaq dan an-Nas. Baginda pernah membaca surah ar-Rum dan Yasin". Saidina Umar penah membaca surah al-Kahfi pada rakaat pertama dan surah Yusuf atau surah Yunus pada rakaat kedua.

II- Solat Zohor

Abu Said al-Khudriyy menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. membaca pada dua rakaat pertama sembahyang zohor (dalam setiap rakaat) sekadar tiga puluh ayat. Riwayat Muslim. Baginda membacakan surah pada dua rakaat yang pertama dan memanjangkan rakaat yang pertama melebihi rakaat yang kedua. Kadang-kadang baginda memanjangkannya sehigga pernah seorang sahabat pergi ke Baqi untuk qadha hajat, kemudian balik ke rumahnya untuk berwudhuk, kemudian barulah datang untuk berjemaah, dan dia dapati Rasulullah s.a.w. masih lagi dalam rakaat pertama. Kadang-kadang baginda membaca surah at-Toriq, surah al-Buruj, surah al-Lail dan seumpamanya.

III- Solat Asar

Baginda membaca dalam solat asar pada dua rakaat pertama (dalam setiap rakaat) sekadar lima belas ayat (separuh daripada kadar bacaannya dalam solat zohor). Riwayat Muslim. Al-Albani menyebut bahawa baginda juga memanjangkan rakaat pertama berbanding rakaat kedua.

IV- Solat Maghrib

Kadang-kadang baginda membaca "Qisarul Mufassal". Ada juga baginda membaga "Tiwalul Mufassal" dan "Ausatul Mufassal". Bagida pernah membaca surah Muhammad. Baginda pernah membaca surah at-Thur dan juga surah al-Mursalat. Dan pernah baginda membaca surah al-A'raf dalam dua rakaat, dan begitu juga surah al-Anfal.

V- Solat Isya'

Baginda membaca dalam dua rakaat yang pertama dengan "Ausatul Mufassal". Pernah baginda membaca surah as-Syams dan yang seumpamanya. Baginda pernah membaca surah at-Tin. Pernah baginda membaca surah al-Insyiqaq dan baginda sujud tilawah.

Labels: , ,





XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health