Bab 258 - Riyadus Solihin, Larangan mengadu kepada pemerintah
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Wednesday, November 22, 2006 at 6:24 AM.258- Bab Larangan Daripada Mengadukan Cerita Dan Percakapan Orang Ramai Kepada Pemerintah Jika Tidak Ada Keperluan Seperti Bimbangkan Mafsadah (yang lebih teruk) dan Sebagainya.
Ayat-Ayat Suci Al-Qur’anul Karim Yang Berkaitan
وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ِِ
1- Firman Allah s.w.t.: Dan janganlah kamu saling tolong menolong dalam (perkara) dosa (maksiat) dan permusuhan (kezaliman).
[ Surah al-Mai’dah ayat 2 ]
Hadis-Hadis Yang Berkaitan
Berkata Imam Nawawi: Dalam bab ini telah disebutkan hadis-hadisnya iaitu hadis-hadis dalam bab sebelum ini.
وَعَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا يُبَلِّغُنِي أَحَدٌ مِنْ أَصْحَابِي عَنْ أَحَدٍ شَيْئًا, فَإِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَخْرُجَ إِلَيْكُمْ وَأَنَا سَلِيمُ الصَّدْرِ. رَوَاهُ أبُوْ دَاوُدَ وَالتِّرْمِذِيُّ.
1540/1- Daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah seorang daripada sahabat-sahabatku menceritakan kepadaku sesuatu hal sahabat yang lain (perkara-perkara yang aku tidak suka atau perkara yang boleh membawa kesan buruk terhadapnya). Sesungguhnya aku suka untuk keluar kepada kamu semua dalam keadaan lapang dada.
Hadis riwayat Abu Dawuud dan Tirmizi.
Pengajaran Daripada Hadis
1- Galakan kepada menutup keaiban orang lain melainkan dalam perkara-perkara yang terpaksa seperti bimbangkan mafsadah yang lebih besar dsbg.
2- Islam sangat menjaga kesejahteraan masyarakatnya dan kekuatan persaudaraan sesama penganutnya.
Labels: Hadis, Ilmu, Riyadus Solihin
0 Responses to “Bab 258 - Riyadus Solihin, Larangan mengadu kepada pemerintah”