TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Siri 5- Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam

"Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam" Siri ke-5, susunan Us TMSTI menerangkan sifat imam yang disunatkan dan cara mengganti imam. Siri ke-6 membincangakan syarat sah sembahyang, rukun sembahyang dan surah-surah yang dibaca Nabi saw di dalam sembahyang akan menyusuli , insyaAllah. Selamat membaca, semoga bermanafaat kepada pengunjung serta kami khususnya - zy


Sifat Imam Yang Disunatkan.

Yang terbaik menjadi imam ialah yang paling qari dan paling faqih. Orang yang mempunyai dua sifat ini hendaklah didahulukan daripada orang lain. Dah jika tiada yang mempunyai dua sifat ini, maka hendaklah didahulukan yang faqih, kemudan yang qari. Dan jika bersamaan dua calon imam pada faqih dan qari, maka hendaklah didahulukan yang lebih warak, dan jika sama juga, maka didahulukan yang lebih berumur, dan jika sama juga, maka hendaklah didahulukan dengan yang mempunyai keturunan yang baik. Jika sama juga, maka hendaklah didahulukan yang lebih bersih pakaian dan tubuh badannya, dah jika sama juga, maka didahulukan yang lebih baik suaranya.

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ, قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.

Daripada Abu Mas'ud al-Ansoriyy, Rasulullah s.a.w. bersabda: "yang paling terbaik menjadi imam seseuatu kaum ialah yang paling qori di kalangan mereka, dan jika mereka adalah sama sahaja dalam bacaan, maka yang paling mengetahui dengan sunnah…". Hadis riwayat Muslim.

Dalam satu hadis yang lain, Malik bin al-Huwairith menceritakan, kami beberapa orang pemuda datang belajar dengan Rasulullah s.a.w. dan umur kami adalah agak sama sahaja. Dan Rasulullah s.a.w. memang seorang yang sangat penyayang dan sangat baik. Bila dah sampai dua puluh hari kami berada bersamanya, baginda merasa yang kami merindui keluarga kami. Baginda bertanyakan tentang ahli keluarga yang kami tinggalkan dan kami pun menceritakannya kepada baginda. Lalu baginda bersabda: "Baliklah kamu semua kepada keluarga dan berada bersama mereka. Ajarkanlah mereka dan suruhlah mereka…dan sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat daku bersembahyang dan bila masuk waktu sembahyang, maka azanlah salah seorang daripada kamu, dan hendaklah yang paling berumur di kalangan kamu yang menjadi imam kamu". Riwayat Bukhari.

Berkata Imam Bukhari: "Orang yang berilmu dan mempunyai kelebihan itu lebih berhak menjadi imam". Beliau berdalilkan dengan hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh Saidina Abu Bakar yang menjadi imam sembahyang ketika baginda sakit (sebelum kewafatannya).

Menggantikan Imam Semasa Sembahyang

Jika berlaku sebarang keuzuran bagi imam atau dia teringat yang dia berhadas, maka boleh baginya untuk menggantikan orang lain di tempatnya, supaya mengimami sembahyang. Ketika mana Saidina Umar ditikam dalam sembahyangnya (yang membawa kepada kewafatannya), dia telah menjadikan Abdul Rahman bin Auf sebagai gantinya. Lalu beliau mengimami sembahyang dan meringkaskannya. Riwayat Bukhari. Berkata Imam Ahmad: "Jika imam menggantikan seseorang pada tempatnya, maka (perbuatan itu ada asalnya kerana) Saidina Umar dan Saidina Ali telah melakukannya. Dan jika mereka bersembahyang bersendirian (tidak berjemaah sesudah berlaku sesuatu keuzuranbagi imam), maka sesungguhnya Saidina Muawiyah telah ditikam dalam solatnya, dan para makmum menyempurnakan solat masing-masing.

Syarat Wajib Sembahyang

Diwajibkan bersembahyang kepada muslim yang berakal serta baligh. Dan yang suci daripada haid dan nifas (bagi perempuan). Orang yang kafir akan diazab di akhirat dengan sebab dosa meninggalkan solat, tetapi mereka tidaklah diwajibkan mengqadhanya jika memeluk Islam. Begitu juga tidak diwajibkan qadha kepada perempuan yang kedatangan haid dan nifas setelah suci daripada kedua-duanya. Dan tidak diwajibkan ke atas kanak-kanak, sekalipun menjadi kewajiban kepada penjaga untuk menyuruh mereka bersembahyang sesudah mereka berumur tujuh tahun ke atas.

Labels: , ,

0 Responses to “Siri 5- Solat Berjamaah dan Kefahaman Menjadi Imam”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health