Berita TV3 tidak betul, Mohamad Sabu beri taklimat di Taman Melewar malam tadi
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Monday, December 10, 2007 at 11:38 PM.Beliau menjelaskan penangkapan 'operasi padam' sedang dijalankan untuk menakut dan memadam semangat rakyat dari menuntut keadilan.
Antara pimpinan yang hadir. Sdr Mohd Sabu membelakangi kamera.
Diikuti oleh Sdr Hanipa
Sdr Mohamad Sabu memberi taklimat dan penerangan
Diakhiri dengan doa munajat kepada Allah swt oleh Ust Ahmad AwangLabels: Bersih, BN, ISA, Malaysia, Mohamad Sabu
Iringi Mohamad Sabu di mahkamah Jalan Duta pagi in
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on at 6:47 AM.Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyeru semua pihak supaya menghantar sebanyak-banyak mesej pesanan ringkas (SMS) kepada saudara-mara dan rakan-rakan bagi memastikan kehadiran masing-masing untuk mengiringi mereka yang akan didakwa itu.
"Kita penuhi sekitar mahkamah Jalan Duta pagi ini bagi mengiringi sahabat dan rakan kita yang akan didakwa," katanya.
Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar pula menyeru semua ahli dan penyokong berkumpul seawal mungkin di mahkamah Jalan Duta dengan memakai t-shirt Bersih atau sekurang-kurangnya baju kuning.
"Mohamad Sabu, Tia Chua dan lain-lain ditahan semata-mata kerana menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Hari ini, kita buktikan solidariti kita dengan mereka. Pastikan kehadiran kita untuk mengiringi mereka dengan memakai t-shirt Bersih atau sekurang-kurangnya baju kuning," tegas beliau.
Mohamad Sabu ditangkap pihak polis di Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan, kira-kira pukul 8.45 malam tadi.
Sebelum itu, beliau dikepung oleh kira-kira enam buah kereta peronda polis berdekatan Sunway City di Ipoh ketika dalam perjalanan membawa rombongan perkahwinan anak perempuannya menuju ke rumah pengantin lelaki.
Setelah peguam Asmuni Awi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berunding dengan polis yang mengepungnya, Pengarah Jawatankuasa Perhimpunan Aman Rakyat anjuran Bersih 10 November lalu itu telah dibenarkan pulang ke Butterworth dengan diiringi konvoi polis dan diminta menyerah diri di balai polis di sana.
Sebaik tiba di Plaza Tol Bukit Tambun, keluarga dan rakan-rakan yang mengiringi Mohamad Sabu berusaha menyekat polis dari menangkap beliau.
Bagaimanapun, dengan menggunakan kekerasan, polis pencegah rusuhan (FRU) berjaya memecahkan sekatan keluarga dan rakan-rakan Mohamad Sabu.
Oleh kerana beliau enggan turun dari keretanya, polis memecahkan cermin kereta Mohamad Sabu, merentap beliau bersama tiga yang lain di dalam kereta itu, digari seperti penjenayah lalu dipaksa ke IPD Seberang Perai Selatan.
Setelah mengetahui penangkapan itu, lebih seribu penyokong berhimpun di sekitar ibu pejabat polis daerah itu. Kira-kira separuh dari mereka ialah penyokong-penyokong berbangsa India.
Tidak lama selepas itu, Mohamad Sabu dipercayai dibawa ke Kuala Lumpur untuk dibicarakan pagi ini.
Tian Chua pula telah ditangkap oleh Ketua Inspektor Koh Fei Chew dari Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di Pejabat Suaram di Johor Bahru, jam 5:15 petang semalam.
Kedua-dua mereka dipercayai ditangkap di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis.
Labels: Bersih, BN, ISA, Malaysia, Mohamad Sabu
Mohamad Sabu sah ditangkap di Seberang Perai, dibawa ke Bukit Aman
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on at 6:42 AM.KUALA LUMPUR, 10 Dis, 12:25 am (Hrkh) - Selepas melalui proses yang cukup mendebarkan sejak jam 3 petang semalam, akhirnya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu disahkan berjaya ditangkap pihak polis di Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan, kira-kira pukul 8.45 malam tadi.
Beliau kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Selatan, di Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang, untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, semasa berhenti di plaza tol berkenaan, pihak keselamatan cuba melakukan kekerasan, dengan mengugut untuk memecahkan cermin kereta apabila Mohamad Sabu dan rombongannya yang diiringi polis dari Ipoh, Perak enggan "menyerah".
Ketika Mohamad Sabu dibawa ke IPD Nibong Tebal, hampir 1,000 orang penyokong dan pemimpin PAS sekitar Pulau Pinang, Perak dan Kedah sudah berkumpul di sana. Sepasukan FRU, membabitkan lebih 100 anggita juga dikerah untuk mengawal keadaan.
Tanpa menunggu lama, Naib Presiden PAS itu kemudiannya segera dibawa keluar dengan sebuah kereta Proton Wira, dipercayai ke Bukit Aman, Kuala Lumpur. Beliau yang duduk di kerusi belakang kereta itu, kelihatan diapit oleh dua anggota polis berpakaian preman, jam 10.30 malam.
Mohamad Sabu cuba ditahan polis dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang, berdekatan Sunway City, Tambun, Perak, sebaik sahaja selesai menghadiri kenduri kahwin anak perempuannya di rumah pengantin lelaki lebih kurang jam 3 petang semalam. Dipercayai beliau ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), ekoran perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di hadapan Istana Negara, 10 November lalu.
Labels: Bersih, BN, ISA, Malaysia, Mohamad Sabu
