TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Dalam Susuana Kealpaan Umno, Tsunami kedua diambang kenyataan

Dalam suasana elit-elit Umno yang masih liat untuk memahami isyarat rakyat dalam PRU12, terbaru ejekan KJ yang mengatakan PR hanya sekadar pakatan perhubungan awam (public relation), beberapa berita terus dilaporkan mengenai tsunami politik yang akan berlaku. Apakah ia akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat?

Cracks in BN unity widening in Sabah, Sarawak - The Malaysian Insider
Anwar: BN MPs to announce their defections - Sun2Surf
Ghapur accuses BN of practising double standards- Sun2Surf
Over 30 Barisan MPs have decided to cross over, says PKR Sabah chief - theStar


Tsunami politik landa Sabah jika...

MalaysiaKini, May 12 - Jika kerajaan pusat terus menganaktirikan Sabah dan mengabaikan tuntutan parti-parti komponen BN negeri itu, tsunami politik akan berlaku di kalangan ahli parlimen di negeri tersebut.

"Saya tidak kata tsunami politik itu adalah lompat parti tetapi lebih baik menubuhkan parti politik yang baru," kata ahli parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh kepada Malaysiakini hari ini.

Ketua bahagian Umno itu berkata langkah itu lebih baik daripada menyertai PKR atau Pakatan Rakyat jika mereka tidak berpuas hati dengan BN.

Bekas timbalan menteri itu bagaimanapun berkata beliau sendiri tidak akan berbuat demikian kerana tidak berminat pada parti pimpinan Dr Wan Azizah Wan Ismail, kini ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

"Saya tidak tahu mengenai lompat parti kerana saya sendiri tidak minat kepada PKR.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mendapat tawaran untuk lompat parti," katanya lagi.

Mengenai pembangunan ekonomi, Abdul Ghapur berkata, kemajuan di Sabah dan Semenanjung ibarat langit dan bumi.

Katanya, masih ada penduduk Sabah yang terpaksa masuk hutan jika mahu membuang air.

"Banyak lagi contoh yang boleh saya berikan tetapi saya merasa malu hendak sebut," tambahnya. seterusnya..

Labels: , ,

2 Responses to “Dalam Susuana Kealpaan Umno, Tsunami kedua diambang kenyataan”

  1. # Blogger Unknown
  2. # Blogger Unknown
Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health