Usah terpedaya dengan lakonan Ismail Hussein, Zainal Kling
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Monday, May 05, 2008 at 12:28 AM.Oleh Muhammad Abu Zahra dari DetikDaily
Seperti yang dijangkakan, Kongres Pemuafakatan Melayu yang dianjurkan di Johor Bahru adalah satu usaha untuk memberi nafas baru kepada UMNO.
Malah tanpa berselindung lagi seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, Ketua I Gapena Dr Ismail Hussien "mengajak orang Melayu mengambil pengajaran di atas kemenangan dan kekalahan sebuah parti Melayu yang telah lama berjasa kepada orang Melayu kerana kini terdapat parti Melayu yang tidak mempunyai pengalaman memerintah masyarakat berbilang kaum yang kompleks".
Jelas sekali beliau cuba berselindung dengan lengggok bahasa sastera sebagai merujuk kepada parti UMNO dan PAS.
Kebanyakan tokoh-tokoh Melayu yang terlibat sebagai penganjur seperti Dr Zainal Kling, Zainal Abidin Borhan dan lain-lain adalah pendukung kuat UMNO.
Ada kalangan mereka yang pernah menjadi anggota panel menyediakan ucapan dasar Presiden UMNO dan juga menasihati pimpinan UMNO dalam isu-isu yang berkaitan dengan sosio-ekonomi Melayu.
Hakikat sebenarnya, mereka ini tokoh yang berdarah cap keris dan nafas mereka berbau UMNO, meminjam ungkapan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu. Oleh sebab itu, Kongres Pemuafakatan Melayu ini rendah sedikit darjatnya di sisi UMNO berbanding Perhimpunan Agung Khas (EGM) yang diwarwarkan oleh Tengku Razaliegh baru-baru ini. Baca seterusnya.
Saya percaya Abim tidak mudah terperangkap dengan Melayu tajaan Umno - Melayu tidak boleh harap parti politik saja

0 Responses to “Usah terpedaya dengan lakonan Ismail Hussein, Zainal Kling”