Mengenal Riba - Siri 2
2 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Wednesday, April 16, 2008 at 10:51 PM.1- Bila kita menyimpan di Bank yang mengamalkan sistem riba. Contoh muamalah mereka ialah, setiap pencarum akan diberikan dividen tahunan sebanyak 5% daripada modal. Tetapi jika ditentukan 5% daripada keuntungan, dan pembahagian pula berdasarkan modal, maka ia adalah halal, dan bukannya riba. Dan perlu diingatkan bahawa mencarum dalam bank yang mengamalkan sistem riba adalah haram hukumnya (kecuali terpaksa), sekalipun kita tidaklah mengambil dividen wang caruman kita,. Ini adalah sebagaimana yang difatwakan oleh kebanyakan ulamak, termasuk Lajnah Fatwa Arab Saudi (No. 2755, 9/01/1400H).
2- Jika satu syarikat menyatakan, jika melabur RM5000 sebagai contoh, dan selepas enam bulan akan diberikan keuntungan bulanan sebanyak RM500 sebulan, maka ia adalah riba. Begitu juga, contohnya selepas setahun, duit RM5000 tadi akan dibayar balik sebanyak RM10,000.
3- Pinjaman yang disyaratkan pembayaran yang lebih. Sebagai contoh, meminjam RM5000, perlu dibayar RM7000. Namun, sebahagian ulamak mengharuskan bagi pemberi hutang mengambil caj pembayaran. Tetapi jika diambil melebihi caj pembayaran, maka ia juga adalah riba.
4- Bila syarikat yang besar atau pihak kerajaan memerlukan modal, mereka akan memohon pinjaman modal daripada individu. Individu yang memberikan modal akan diberikan
5- Bai’ul Inah yang diamalkan oleh kebayanyakan sistem perbankan Islam di Malaysia hari ini melalui sistem pinjaman peribadi adalah perkara khilaf di kalangan para ulamak, samada ia haram dan termasuk riba atau tidak. Di sisi jumhur ulamak, ia adalah haram, dan di sisi mazhab Syafie pula ia adalah halal.
Perkara Yang Bukan Riba, Tetapi Dianggap Riba
Terdapat satu perkara yang biasanya dianggap riba dan haram oleh masyarakat, sedangkan pada hakikatnya ia adalah halal dan bukannya riba. Ia adalah apa yang dipanggil dalam bahasa arabnya sebagai “Baiul Taqsit”.
Ia adalah jual beli secara ansuran. Sebagai contoh, sehelai kain harganya secara tunai ialah RM50. Dan harganya secara bayaran ansuran dalam 3 kali pembayaran ialah RM90. Maka jual beli ini halal kerana pembeli sudah menentukan harga yang ingin dibayarnya, iaitu RM90. Dan harga yang tunai iaitu RM50 tidak lagi disebut semasa akad. Dan Islam membenarkan muamalah ini kerana Islam mengambil kira faktor untung rugi kepada penjual dengan dua cara pembayaran yang berbeza tadi.
Bahaya Riba
Riba adalah dosa yang sangat besar kerana ia merupakan salah satu cara penindasan kepada golongan yang miskin dan memerlukan. Ia boleh merosakkan sistem kehidupan berekonomi Islam yang mempunyai nilai kemanusiaan. Kerana inilah ia dianggap oleh Rasulullah s.a.w. sebagai salah satu daripada tujuh perkara yang membinasakan. Allah tidak akan memberikan ketenangan dan kepada orang yang memakan dan memberi riba. Harta mereka pula tidak akan mendapat keberkatan.
يَمْحَقُ اللّهُ الْرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ {276}
Ertinya: “Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa (menghalalkan riba dan tidak meninggalkannya)”. Surah al-Baqarah: 276.
Orang yang masih mengamalkan riba dan menyokong sistem ribawi adalah orang yang tidak beriman dan mencabar Syariat Allah SWT. Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ {278} فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ فَأْذَنُواْ بِحَرْبٍ مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُؤُوسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُونَ وَلاَ تُظْلَمُونَ {279}
Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak berbuat demikian (meninggalkan sisa riba), ketahuilah (yakinlah), bahawa Allah dan rasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu modal hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. Surah al-Baqarah: 278-279.
Disediakan oleh: Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail. Tasekpauh.blogspot.com. Email: tasekpauh@yahoo.com
BERITA BAIK! BERITA BAIK!
Untuk memperkenalkan diri dengan betul,
Nama saya ibu SUSAN [SYARIKAT PINJAMAN SUSAN BOWMAN]
Saya seorang pemberi pinjaman swasta, syarikat saya menyediakan pinjaman semua jenis dengan kadar faedah 2% sahaja. Ia adalah peluang kewangan di langkah pintu anda, memohon hari ini dan mendapatkan pinjaman cepat anda.
Terdapat ramai di luar mencari peluang atau bantuan kewangan di seluruh tempat dan masih, tetapi mereka tidak dapat mendapatkannya. Tetapi ini adalah peluang kewangan di langkah pintu anda dan dengan itu anda tidak mampu untuk melepaskan peluang ini.
Perkhidmatan ini menjadikan kedua-dua individu, syarikat, lelaki dan wanita perniagaan.
Jumlah pinjaman tersedia antara jumlah pilihan anda untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui e-mel:
Susanbowmanloancompany@gmail.com
Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY (ISKANDAR LENDERS) via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
e_mail:::[aditya.aulia139@gmail.com]
[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
WhatsApp:::[+44] 7480 729811[Chats Only]
Telephone Number☎[+44] 7480 729811[Calls Only]
BBM INVITE:::[D8980E0B]