Nazri Aziz dan Siaran Lansung dari Parlimen
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Wednesday, April 09, 2008 at 11:54 PM."Nazri berharap siaran langsung persidangan Parlimen membolehkan ahli-ahli parlimen lebih berhati-hati dengan tutur kata dan kelakuan mereka." Ahh Nazri!
Mesyuarat Jemaah Menteri Dipinda Ke Jumaat
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) - Mesyuarat Jemaah Menteri akan diadakan setiap Jumaat dan bukan pada Rabu seperti sebelum ini bagi membolehkan semua menteri hadir pada setiap sesi sidang Dewan Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata perubahan ini juga berkaitan siaran langsung selama 30 minit yang diadakan pada sesi soal jawab Parlimen yang akan bermula akhir bulan ini.
"Sebelum ini, kita lihat semasa sesi soal jawab menteri yang tidak dapat hadir meminta Setiausaha Parlimen atau timbalan mereka untuk menjawab bagi pihak mereka.
"Dengan siaran langsung ini menteri sendiri yang akan menjawab soalan-soalan yang ditujukan kerana rakyat akan memerhati sesi tersebut," kata beliau pada program Bersemuka Dengan Media di RTM 1 Selasa malam.
Program itu dihoskan oleh Sabaruddin Ahmad Sabri dengan ditemubual oleh Penolong Editor Bernama Hafizah Kamaruddin dan Pengendali Laman Web Agenda Daily Hanafiah Man.
Nazri berharap siaran langsung persidangan Parlimen membolehkan ahli-ahli parlimen lebih berhati-hati dengan tutur kata dan kelakuan mereka.
"Ada ahli yang kadangkala terlepas kata semasa persidangan parlimen. Saya berharap dengan siaran langsung ini, secara tidak langsung ahli parlimen takkan menggunakan bahasa yang kesat.
"Ini termasuk isu-isu sensitif kerana masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang berbilang kaum. Walaupun mempunyai kekebalan di dalam dewan, tetapi sekiranya mereka cuba gunakan hasutan kaum, tindakan tetap akan diambil," katanya. (berita penuh)

0 Responses to “Nazri Aziz dan Siaran Lansung dari Parlimen”