Islam Hadhari terus diperkasa - Zahid
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Thursday, May 08, 2008 at 12:47 AM.Zahid tentu buat-buat tidak faham implikasi yang diperkatakannya. Atau betul-betul tidak malu untuk menegakkan kepalsuan!
Zahid: Islam Hadhari akan terus diperkasa
KUALA LUMPUR, 7 Mei - Hanya parti pembangkang sahaja berpendapat Islam Hadhari gagal dan memutarbelitan prinsip pendekatan itu dengan tujuan politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Justeru itu, katanya pendekatan Islam Hadhari akan terus diperkasakan melalui pelbagai agenda bagi membina kesedaran dan penghayatan.
"Usaha juga sedang dijalankan untuk menyediakan piawaian Hadhari dengan menetapkan indeks 10 prinsip sebagai penanda aras bagi mengukur tahap pencapaiannya," katanya semasa menjawab pertanyaan Dr Mohd Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai) pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata JAKIM telah menempatkan dua pegawai di setiap kementerian bagi membantu menyelaraskan pendekatan itu.
"Kenapa perlu fobia dengan Islam Hadhari ia bukan satu mazhab atau agama baru. Lihatlah isi yang ada dalam pendekatan Hadhari," katanya. BERNAMA

Labels: Islam Hadhari, Malaysia, Pak Lah, Zahid
0 Responses to “Islam Hadhari terus diperkasa - Zahid”