Rakyat Kelantan tolak retorik Pas, terima Islam Hadhari - Annuar
0 Comments Published by TasekPauh Blogspot on Saturday, August 18, 2007 at 10:27 AM.Rakyat Kelantan Tolak Retorik Pas Mengenai Islam Hadhari
KOTA BAHARU, 17 Ogos (Bernama) - Retorik sempit PAS terhadap konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya ditolak sebahagian besar penduduk Kelantan, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Annuar Musa.
Beliau berkata sebagai bukti penolakan retorik itu, puluhan ribu rakyat Kelantan sudah mengunjungi Perkampungan Hadhari 2007 di sini sejak dua hari lalu, jelas menunjukkan tanda sokongan mereka.
"Rakyat Kelantan tahu Islam Hadhari mampu membawa negara dan Islam ke satu tamadun yang lebih dipandang mulia," katanya ketika berucap sebelum perasmian Perkampungan Hadhari 2007 di Padang Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab di sini, hari Jumaat.
Majlis perasmian perkampungan itu disempurnakan Perdana Menteri, yang turut diiringi isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin ke majlis itu.
Annuar berkata usaha Perdana Menteri memartabatkan Islam di Malaysia mendapat perhatian rakyat Kelantan yang kini mula menyokong perjuangan itu, dan menurutnya para ulama di Kelantan juga sudah mula berterus terang, memuji langkah Abdullah memperkenalkan 10 prinsip Islam Hadhari.
Perkampungan Hadhari, anjuran bersama TV9 dan TV3 itu diadakan selama empat hari bermula Rabu lalu, menampilkan kira-kira 200 ruang gerai jualan serta pameran, dan sehingga hari ini lebih 200,000 penduduk Kelantan sudah mengunjunginya.

Labels: Annuar, Islam Hadhari, Kelantan, Malaysia
0 Responses to “Rakyat Kelantan tolak retorik Pas, terima Islam Hadhari - Annuar”