TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


PM: Siasatan pengarah BPR tidak diumumkan

Pak Lah..

KUALA LUMPUR, Mac 2 - (Bernama) - Ketua Pengarah baru Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan diumumkan tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah BPR akan memangku jawatan ketua pengarah itu buat sementara waktu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Ketua-ketua Perwakilan Malaysia di sini.

Agensi itu mempunyai dua timbalan ketua pengarah -- Datuk Ahmad Said Hamdan sebagai Timbalan Ketua Pengarah I sementara Datuk Zakaria Jaffar merupakan Timbalan Ketua Pengarah II.

Abdullah ditanya mengenai siapa yang akan dilantik ketua pengarah BPR yang baru berikutan keputusan kerajaan untuk tidak memperbaharui kontrak Datuk Seri Zulkipli Mat Noor yang tamat pada 31 Mac lepas.

Mengenai penyiasatan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa terhadap Zulkipli, Abdullah berkata: "Kertas siasatan tidak akan didedahkan."

Pada Selasa lepas, polis menubuhkan sebuah pasukan khas menyiasat dakwaan terhadap kes rasuah dan salah guna kuasa oleh Zulkipli, yang dianggotai 10 pegawai polis Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Pasukan itu telahpun mengambil keterangan daripada 21 saksi berhubung kes itu.

Pada tahun lepas bekas pengarah BPR Sabah Mohamad Ramli Abdul Manan membuat laporan polis mendakwa Zulkipli mengamalkan rasuah, memiliki harta dan aset secara tidak sah serta tidak sepadan dengan sumber pendapatannya.

Labels: , , , ,

0 Responses to “PM: Siasatan pengarah BPR tidak diumumkan”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health