TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Zulkipli: PM yakin kepada saya

Oleh B. Hariharasuthan

KUALA LUMPUR, Mac 31 - "Saya terima keputusan penamatan kontrak selaku Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) dengan hati yang terbuka. Saya sudah melaksanakan tanggungjawab selaku Ketua Pengarah BPR at my level best".

Itu komen Datuk Seri Zulkipli Mat Noor ketika ditanya mengenai pengumuman penamatan kontraknya sebagai Ketua Pengarah badan itu oleh Pejabat Perdana Menteri semalam.

Zulkipli berkata kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika melanjutkan kontraknya selaku Ketua Pengarah BPR merupakan penghargaan tertinggi bagi diri beliau.

"Pelantikan pinjaman saya selaku Ketua Pengarah BPR selama tiga kali jelas menunjukkan keyakinan PM terhadap saya. Saya amat berterima kasih kepada beliau.

"Dengan tamatnya kontrak ini, ia akan memberi ruang kepada calon-calon lain untuk menerajui BPR dengan lebih efektif. My advice (to successor) is to work as a team always (Nasihat saya (kepada pengganti) ialah sentiasa bekerja sebagai satu pasukan)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Zulkipli, 57, yang mempunyai ijazah Sains Politik dan Ekonomi Perbandingan dari Universiti Kansas Amerika Syarikat serta Ijazah Sarjana dalam bidang Hubungan Antarabangsa dan Kajian Strategik dari Universiti Lancaster, United Kingdom, menyertai Polis Diraja Malaysia di penghujung tahun 1960-an, sebagai pegawai di Bahagian Cawangan Khas hingga menjawat jawatan Ketua Unit itu.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Johor selama setahun pada 1996 dan kemudian dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak pada 2000.

Beliau mula dilantik secara pinjaman sebagai Ketua Pengarah BPR mulai 1 April 2001 hingga 31 Mac 2003.

Pelantikan pinjaman beliau dilanjutkan sebanyak tiga kali iaitu dari 1 April 2003 hingga 31 Mac 2004, dari 1 April 2004 hingga 31 Mac 2005, dan dari 1 April 2005 hingga 19 Julai 2005 apabila beliau bersara wajib.

Seterusnya perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pengarah BPR dilanjutkan secara kontrak dari 20 Julai 2005 hingga 19 Julai 2006, dan dari 20 Julai 2006 hingga hari ini, 31 Mac 2007.

Ditanya sama ada penamatan kontrak selaku Ketua Pengarah BPR itu mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap dakwaan salahguna kuasa dan rasuah ke atasnya beliau berkata: "Tiada kena mengena langsung. Siasatan telahpun berjalan sebelum kontrak tamat, so please don't speculate anything...saya sentiasa beri kerjasama sepenuhnya kepada polis".

Dalam perkembangan terbaru mengenai siasatan terhadap Zulkipli, polis semalam mengesahkan sudah mula merakam percakapan dan merekodkan kenyataan beliau Rabu lepas bagi membantu siasatan terhadap dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dan sehingga ini telah mengambil keterangan daripada 21 saksi.

Bekas pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Abdul Manan tahun lepas membuat beberapa dakwaan terhadap Zulkipli termasuk mengamalkan rasuah, memiliki harta dan aset secara tidak sah.

Dakwaan itu termasuk kononnya Ketua Pengarah BPR itu memiliki beberapa kepentingan dalam pelbagai perniagaan dan hartanah termasuk memiliki enam buah rumah di Pagoh, Johor yang tidak sepadan dengan sumber pendapatan serta menyalahgunakan kenderaan kerajaan, mendapat perhatian polis serta pejabat Peguam Negara.

"Kini saya boleh berehat dan menumpukan perhatian kepada perkara lain, terutamanya keluarga.

"Saya tidak mungkin dapat menjalankan tugas saya selaku Ketua Pengarah BPR, tanpa persefahaman dan kerjasama daripada pegawaipegawai saya.

"Saya akan beritahu media jika ada (majlis) perpisahan untuk saya, jangan risau," kata beliau. mStarOnline

Labels: , , ,

0 Responses to “Zulkipli: PM yakin kepada saya”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health