TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Shabery: ISA bukan macam Teluk Guantanamo

Menyalut gula di bibir..

KUALA LUMPUR, Mac 28 (Bernama) - Pusat Tahanan Teluk Guantanamo di Cuba, yang menempatkan mereka yang ditahan oleh kerajaan Amerika Syarikat, tidak boleh disamakan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata sebarang tanggapan seperti itu tidak adil sama sekali dan hanya akan merosakkan nama dan imej kerajaan Malaysia.

"Beberapa perkara iaitu isu yang berkaitan dengan pencabulan hak asasi manusia seperti mana yang dibantah oleh dunia terhadap Teluk Guantanamo tidak seperti yang kita dengar dalam konteks ISA di sini.

"(Majalah antarabangsa) Newsweek melaporkan al-Quran dipijak, dihina, diflush dalam tandas (di pusat tahanan itu)... cara begini kita tidak pernah dengar dalam konteks tahanan ISA di sini," katanya di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) yang ingin tahu sama ada kementerian akan menasihatkan kerajaan supaya tidak ada Teluk Guantanamo di Malaysia dengan melupuskan ISA.

Ahmad Shabery berkata terdapat desakan dari pelbagai badan hak asasi manusia termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) supaya kem tahanan itu ditutup tetapi tidak ada pula desakan oleh mana-mana supaya ISA dihapuskan.

Mengenai dua rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Mohd Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep yang sedang ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo, beliau berkata kerajaan menerusi Kedutaan Malaysia di Washington telah meminta kerajaan Amerika supaya memastikan kedua-duanya mendapat perbicaraan yang adil dan saksama.

"Malaysia sentiasa menggunakan kebijaksanaannya supaya mereka dibicara dengan adil dan kita akan terus memantau perkembangan berhubung isu penahanan dan mengikuti perbicaraan dua rakyat Malaysia tersebut," katanya.

Mohd Farik dan Mohammed Nazir adalah antara 14 orang warga asing yang dipindahkan dari lokasi-lokasi tahanan rahsia Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat ke Teluk Guantanamo pada September tahun lepas kerana disyaki terlibat dengan al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah.

Labels: , ,

0 Responses to “Shabery: ISA bukan macam Teluk Guantanamo”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health