TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Jawatankuasa khas Parlimen tolak rayuan Ramli

Aha, keputusan majoriti!
Oleh SA’ODAH ELIAS

KUALA LUMPUR, Mac 27 - Bekas pengarah Badan Pencegah Rasuah, Mohd Ramli Manan yang membuat berbagai-bagai tuduhan terhadap Ketua Pengarah badan itu Datuk Seri Zulkipli Mat Noor tidak akan dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti.

Pengerusi jawatankuasa itu Tan Sri Bernard Dompok berkata keputusan itu adalah muktamad dan ia mendapat sokongan sebulat suara ahli jawatankuasa.

Jawatankuasa itu yang bersidang selama hampir dua jam di Bangunan Parlimen hari ini dianggotai oleh 12 ahli parlimen termasuk daripada parti-parti pembangkang.

Selain Dompok, anggota lain adalah ketua pembangkang Lim Kit Siang, Edmund Chong (BN-Batu Sapi), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa), S.K. Devamany (BN-Cameron Highlands), Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (BN-Gerik), Teng Boon Soon (BN-Tebrau), Rosnah Abdul Rashid (BN-Papar), Eric Majimbun (BN-Sepanggar), Datuk Richard Riot (BN-Serian), Tan Lian Hoe (BN-Bukit Gantang) and Dr James Dawos Mamit (BN-Mambong).

Bercakap dengan pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu, Dompok berkata rayuan daripada Ramli untuk memberi keterangan di hadapan jawatankuasa itu telah dibincangkan panjang lebar oleh anggota-anggota yang hadir dan mereka sebulat suara berpendapat ia tidak perlu.

“Ini adalah keputusan majoriti. Kita rasa tidak ada keperluan untuk mengubah keputusan kita sebelum ini. Lagipun kita ada banyak kes lain,” katanya.

Jawatankuasa itu sebelum ini telahpun mengambil keputusan untuk tidak memanggil Ramli dan Zulkifli untuk memberi keterangan, tetapi peguam mewakili Ramli membuat rayuan agar keputusan itu dikaji semula.

Ramli yang juga bekas pengarah BPR Sabah, pada akhir tahun lalu telah menulis satu laporan mendakwa bahawa Zulkif terlibat dengan beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa. Laporannya itu didedahkan kepada media bulan lalu.

Sementara itu, menurut satu sumber, anggota jawatankuasa itu mengambil keputusan menolak rayuan Ramli kerana ia dibuat oleh peguamnya dan tidak oleh beliau sendiri.

“Keputusan mungkin berbeza jika Ramli sendiri yang membuat rayuan. Apakah pelunya beliau menggunakan peguam untuk merayu bagi pihaknya di hadapan jawatankuasa ini,” soalnya. mStarOnline

Labels: , , ,

0 Responses to “Jawatankuasa khas Parlimen tolak rayuan Ramli”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health