TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Johari jalan kelam-kabut cuba elak isu rasuah

from mStarOnline

KOTA BARU, Mac 10 - Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum yang sebelum ini terkenal mesra dengan media, mula bersikap sebaliknya apabila diminta mengulas mengenai perkembangan terkini kes rasuh melibatkan dirinya.

Beliau hanya menjawab "kes apa? saya tak tahu" sambil tergesa-gesa berjalan ke arah kenderaan yang disediakan untuknya ketika ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap dua lelaki yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Penahanan itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau menerima sogokan RM5.5 juta untuk membebaskan tiga penjenayah yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, beliau hampir-hampir tersilap memasuki kereta yang disediakan untuk pengiringnya sebelum berjalan semula ke kenderaan yang disediakan untuknya tanpa menjawab beberapa soalan lagi berhubung kes itu yang diajukan kepadanya.

Timbalan menteri itu tiba pagi ini ke Kelantan untuk merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah Remaja dan melancarkan Rakan Cop peringkat parlimen Kubang Kerian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Tumboh di sini.

Johari sebelum itu berpesan wartawan untuk tidak bertanya soalan lain kecuali yang melibatkan program Rakan Cop yang dirasmikannya.

"Tanya pasal Rakan Cop sahaja, jangan tanya soalan lain," katanya.

Seorang wakil penganjur majlis berkenaan memberitahu pemberita tiada sesi persidangan media secara formal diadakan dan sekiranya wartawan mempunyai soalan kepada timbalan menteri berkenaan, boleh bertanya Johari semasa beliau berjalan untuk menaiki kenderaannya.

Sebuah laman web baru-baru ini mendakwa Johari menerima sogokan untuk membebaskan tiga lelaki yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Johari. Kes itu kini disiasat BPR.

Dua lelaki berkenaan berjaya ditahan BPR untuk siasatan manakala seorang lagi masih bebas.

Terdahulu, ketika ditanya mengenai perkembangan terkini Rakan Cop, beliau berkata sambutannya menggalakkan dan semakin ramai anggota masyarakat terutama golongan belia menyertainya.

"Setakat ini sudah hampir 40,000 anggota Rakan Cop di seluruh negara, dan ia memang terbukti berkesan membantu membanteras jenayah," katanya.

Labels: , ,

0 Responses to “Johari jalan kelam-kabut cuba elak isu rasuah”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health