TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Sementara Malaysia dilanda tuduhan rasuah atasan,

Indonesia pula ditimpa berbagai musibah termasuk pesawat terbakar di Yogyakarta dan gempa bumi di Sumatra dalam masa 2 hari berturut-turut.

30 mayat rentung ditemui dalam pesawat Garuda yang terbakar

JAKARTA, 7 Mac— Sekurang-kurangnya 20 mayat rentung sudah dikeluarkan daripada pesawat Garuda yang meletup dan terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Adi Sucipto, Yogyakarta, setakat pukul 10 pagi ini, menurut laporan stesen televisyen tempatan yang melaporkan terus dari tempat kejadian.

Visual yang ditayangkan menunjukkan pesawat Boeing 737-400 itu hangus dengan hanya bahagian sayap ekor belakang berlogo Garuda sahaja yang masih tinggal, manakala para pekerja penyelamat sedang bertungkus lumus berusaha mengeluarkan lagi mayat yang berjumlah kira-kira 30 semuanya.

Anggaran itu berdasarkan jumlah 133 orang dalam senarai penumpang pesawat, selepas lebih 90 orang yang cedera dan beberapa mayat dibawa ke beberapa hospital.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Garuda Indonesia, antara penumpang pesawat itu ialah sebilangan para diplomat dan wartawan Australia yang hendak ke Yogyakarta bagi meliputi acara yang dihadiri Menteri Luar Australia Alexander Downer di sana, pagi ini.

Jurucakap Kedutaan Australia di sini mengesahkan kepada stesen televisyen Metrotv bahawa memang terdapat sebilangan rakyat Australia dalam pesawat itu yang berlepas dari Jakarta pada pukul 6 pagi dan dijadual tiba ke destinasi 55 minit kemudian. lagi di UtusanOnline

Rescuers search for quake survivors - Sumatra, March 7

Labels: ,

0 Responses to “Sementara Malaysia dilanda tuduhan rasuah atasan,”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health